BAB 9

Romance Completed 6070

Megat tiba kondominium miliknya tepat pukul 10 malam. Banyak perkara
yang dia hendak lakukan. Banyak hal sebenarnya yang Rania tidak
mengetahui tentang Megat.

Megat berfikir, tentang seseorang yang menelefon Rania. Baru dia
tersedar Rania ada menyebut nama Raf. "Tapi, siapa Raf? Takkanlah nama
dia Raf je.?" Fikir Megat.

Megat mencapai telefon bimbitnya dan menelefon seseorang. "Bob,aku nak
kai siasat seorang perempuan ni. Maksud aku siasat siapa lelaki yang
selalu dia jumpa. Senang cerita kekasih hatilah" Arah Megat kepada Bob.

" No hal saja Encik Megat. Nanti saya call encik kalau sudah tau
siapa orang itu." Balas Bob. Dia merupakan orang suruhan Megat yang lama
berkhidmat.

" Bagus. Bayaran aku transfer ke akaun kau saja. Tak payah risau."
Jelas Megat. Lalu dia mematikan panggilan tersebut. Dia segera mencapai
tuala dan membersihkan diri.

^^^^^^^^^^^^^^^^

Tinggal dua hari lagi majlis itu akan berlangsung. Nasib baik Rafaal
mahu menemani Rania. Sekurang-kurangnya dia boleh mengelakkan diri dari
Megat.

" Baju apa aku nak pakai? Ha!! Dah ingat..huhu..pakai baju yang Rafaal
bagi tu lah. Mesti dia suka." Kata Rania yang asyik memikirkan cara
pemakaiannya nanti.

" Mata dah ngantuk. Masa untuk tidur." Rania menguap lalu mematikan suis
lampu ruang tamu dan membawa cawan ke dapur. Dia terus memasuki biliknya
selepas itu.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Rania tiba di pejabat seawal 7.45 pagi. Dia memberi senyuman kepada
tukng cuci ketika menaiki lif. Senyuman itukan satu sedekah.

Tiba di biliknya,dia membuka pintu bilik pejabatnya dan ketika itu Megat
berdiri disebalik pintu itu.

" Rania, saya nak cakap sikit." Tegur Megat. " Apa yang Encik Megat nak
cakap? " Tanya Rania yang cuba mengawal suaranya. Dia terus duduk di
atas kerusi dan mengarahkan Megat.

" Kenapa awak macam nak mengelak daripada saya? Bukan saya nak telan
awak pun dan saya menyampah bila awak asyik berencik-encik bila kita
berdua ni." Megat bertanya kepada Rania dan menjelaskan ketidakpuasan
hatinya.

" Ok. Macam ni ya ENCIK Megat. Saya tak pernah mengelak atau melarikan
diri dari encik lagipun tak ada perkara yang boleh kita bincangkan dan
saya tau yng awak bukan boleh telan saya lainlah encik harimau atau
buaya. Akhir sekali, saya berencik-encik dengan ENCIK ni sebab kita ni
dekat tempat kerja." Jawab Rania dengan panjang lebar.

" Kalau awak memang tak berniat mengelakkan diri daripada saya, masa
majlis malam itu saya nak awak jadi pasangan saya. Kalau awak tak terima
bermaksud awak memang sengaja mengelakkan diri awak daripada saya."
Megat berkata dengan nada sindiran dan seperti ugutan. Walaupun tidaklah
seteruk mana ugutan itu.

Rania mendengar hanya terdiam. Megat menambah lagi. " Kalau awak tak
pergi majlis itu dengan saya,saya nak keluar lunch or dinner dengan
awak. Macammana? " Megat tersenyum dengan ajakanny sendiri.

" Sorrylah Rania. Terpaksa." Hati Megat berbicara.

" Encik, sebenarnya ..." Rania teragak-agak memberi jawapan.

" Macam ini,awak fikir dulu. Waktu balik saya tanya awak. Ok bye. Buat
kerja tu. " Setelah Megat berkata begitu dia sempat memberikan senyuman
yang menampakkan lesung piput kirinya.

" Aduh.. Mampos. Balik ini kena keluar cepat lepastu ikut laluan
tangga.. Hahaha.mesti dia tak perasan. " Rania bermain dengan
fikirannya. Yalah,takkanlah hendak cakap kuat-kuat. Tentulah kantoi.

" Macam tak tau saja kau rangka strategi." Bisik Megat yang mengintai
disebalik tirai luar bilik Rania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience