Rania bersiap-siap didalam biliknya. Rambutnya seakan-seakan pelakon
Anzalna itu dibiarkan lepas dan hanya memakai cekak rambut.
" Macam over pula. " Hati Rania terdetik. Dia memakai dress labuh
berwarna krim dan hanya memakai pelembap bibir sahaja.
" Ok, done !! " Rania segera mencapai beg tangannya lalu terus ke
tempat yang dijanjikan Rafaal untuk menjemputnya.
***************
Rafaal menunggu Rania tiba. Dia melihat Rania berjalan ke arah keretanya
melalui cermin sisi kirinya.
" Lama tunggu? " Tanya Rania yang memasuki kereta Rafaal.
" Tak adalah. By the way, awak nampak cantik. Tapi..., lebih cantik
lagi kalau " Belum sempat Rafaal mengatakan sesuatu Rania memintas.
" Awak, saya tahu apa yang awak nak cakap. Terima kasih sebab nasihatkan
saya. In shaa Allah suatu hari nanti saya akan lengkapkan perkara wajib
yang sepatutnya saya lakukan." Rania berkata. Tidak terkesan dihatinya
mahupun sakit hati dengan Rafaal kerana teguran itu. Bagi dia, Rafaal
lelaki yang baik.
" Rania, kita kena lakukan sesuatu perkara itu dengan ikhlas. Jangan
takut untuk berubah menjadi lebih baik lagi." Nasihat Rafaal lagi.
Ketika itu mereka hampir tiba di restoran yang telah ditempah oleh Megat.
" Baiklah cik abang sayang." Balas Rania dengan senyuman. Rafaal hanya
menggeleng sahaja.
" Ok dah sampai. Awak turun dulu. Saya cari parking. Masuk terus pun
tak apa." Arah Rafaal kepada Rania.
" Ok. Raf, cepat sikit tau." Kata Rania. Dia terus masuk kedalam
Restoran Homst Chinese Muslim di Shah Alam.
****************
**Rafaal segera mematikan enjin. Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek
seluarnya. Ternyata didalam kotak tersebut adalah sebentuk cincin.
" Rania, saya harap awak bersedia menjadi pedamping saya." Rafaal
bermonolog. Dia terus keluar dari keretanya dan menuju ke restoran tersebut.
**************
" Mana kekasih hati awak? Bukan awak cakap dia datang ke? Tanya Megat
yang selamba menarik kerusi dan duduk di hadapan Rania.
" Tengah cari parking." Jawab Rania acuh tak acuh. Dia resah lagi-lagi
Megat duduk dihadapannya. Azura pula tidak datang lagi. Ketika itu
Rafaal memasuki restoran tersebut. Rania melambai tangannya agar Rafaal
nampak dirinya.
" Dekat sini rupanya." Tegur Rafaal ketika itu. Dia melihat Megat
seperti tidak menyenangi dengan kehadiran dirinya ini.
" Awak, jom ambil makanan. Encik Megat saya pergi dulu." Pamit Rania.
Megat melihat mereka pergi dengan hati yang walang.
************
" Fara Rania Binti Azam, saya nak jadikan awak sebagai teman,kekasih dan
isteri saya. Sudikah awak? Tanya Rafaal kepada Rania.
Rania terkejut ketika dia ingin mengambil minuman,lampu tiba-tiba
terpadam. Saat lampu terbuka, yang berada didepan matanya Rafaal.
" Cepatlah bagi jawapan. Ayah awak dah terima saya. Awak pula?" Tanya
Rafaal lagi.
" Raf, terima awak atau tidak? Mestilah saya terima." Jawab Rania.
Rafaal berasa senang kerana Rania menerima lamarannya. Ketika itu dia
menyerahkan bekas cincin kepada Rania.
" Terima kasih kerana terima saya. Nah,tapi awak kena pakai sendirilah.
Lainlah kita dah nikah." Balas Rafaal yang masih menghulurkan bekas
cincin tersebut. Dia fikirkan Rania tidak bersedia.
Rania mengambil cincin dari bekas tersebut lalu menyarungkan cincin
tersebut di jarinya.
" Terima kasih." Ucap Rania. Semua gembira atas lamaran Rafaal terhadap
Rania. Nasib makin menyebelahi Rafaal kerana dia akan bekerja di
syarikat Nezmar Holding yang merupakan rakan Syarikat Mara Holding.
Encik Rashid yang melihat adegan itu hanya menggelengkan kepala. Dia
berasa kesian terhadap Megat. Megat pula entah ke mana. Dia nampak Megat
meluru keluar dari restoran itu. Malas dia memikirkan masalah orang muda.
**************
" Cepat kau jalankan rancangan itu." Lelaki itu mematikan panggilannya.
Lalu pergi dari majlis itu.
" Sebelum kau nikah, roh kau bakal terpisah dari badan kau!!" Teriak
lelaki itu didalam kereta.
Share this novel