BAB 14

Romance Completed 2079

Dia bersama aku menemani saat aku menlahirkan ulamak kami. Apabila melihat wajahnya aku bagaikan terus bersemangat menerang keluar ulamak kami.

“Abang yakin sayang boleh melakukannya,ingat Allah banyak-banyak sayang” Firash mengengam tanganku erat.Aku mencuba dan terus mencuba meneran dengan pertolongan Allah dan doktor sehinggalah gengaman tangan aku yang bersatu dengan gengaman tangan Firash longgar dan aku tidak sedarkan diri lagi.

Saat mata aku celikkan subuh itu. Aku melihat Pusat Perubatan Islam itu tampak begitu suram. Aku bersimpati dengan Firash yang tertidur di kerusi bersebelahan aku.Namun,aku sangat hairan melihat airmata yang masih berada di tubir mata Firash. Mengapa Firash menangis?.Persoalan itu aku biarkan sepi tanpa jawapan melihat keletihan Firash dalam tidurnya yang nyenyak.Tangisan kanak-kanak kecil yang kedengaran membawa ingatan aku akan kandungan aku.Aku meraba-raba perut aku yang kempis tanpa ulamak aku lagi.Bermakna aku telah selamat menlahirkan ulamak comel untuk Islam .Tetapi di mana ulamak kecil aku?.Aku terlalu merinduinya dan ingin menatap wajah comelnya.

“Nissa dah terjaga?”,soal Firash sambil mengelap pantas titisan mutiara di pipinya.

“Dah abang,abang solat tak lagi?”,soal aku dalam senyuman menanggung sakitnya perut aku ketika ini.

“Belum”,jawapan ringkas itu bersama senyuman.

“Abang pergilah solat dulu nanti bawakan Nissa tengok ulamak kita,boleh?”,beritahu dalam senyuman membetulkan tudung aku yang senget.Kewajipan menutup aurat tetap perlu dilaksanakan walaupun berada dalam kesakitan.

Firash hanya tersenyum kesedihan tanpa menjawab ajakan aku dia berlalu lemah menuju ke surau.Aku sangat hairan dengan sikap yang sedikit aneh.Namun aku sentiasa berhusnuzhon dengan suami aku yang tercinta.Aku sangat teruja untuk melihat ulamak kecil aku dan tidak sabar-sabar menanti Firash kembali kesini selepas solat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience