BAB 20

Romance Completed 2079

“Iyalah nah pegang Adnan tapi duduk dekat ruang tamu je”,arahan Firash aku turuti tanpa banyak kata lagi.Tubuh kecil Adnan yang berada dalam dukungan aku peluk dengan kejab.Adnan yang tidak banyak meragam sangat mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang ingin mendukungnya.Aku peluk dan ciumnya sepenuh hati.Benarlah takdir Allah itu yang terindah kerana aku telah jatuh sayang kepada Adnan sejak pertama kali melihat wajah comelnya bersama dengan arwah akak Farah.

“Penat ke?”soal aku kepada Firash yang sedang melunjur kakinya ke sofa di sebelah aku.

“Bantal kat abang tak de ke?”,soalnya sambil tersenyum dengan kelakuan aku yang terlalu sayang kepada Adnan dengan mengambil semua bantal sofa untuk menjadi penghadang kepada Adnan takut dia terguling di atas lantai yang aku tidurkan di atas toto kecil di ruang tengah berhampiran sofa.

“Orang tue penat sebab berebut-rebut dengan kita nak ambik dulu Adnan ”,aku sengaja ingin memulakan skesta rindu berbual dengan Firash kerana saat ini masing-masing bagaikan hanya sibuk melayan telatah Adnan .

“Orang tue pulak selalu kalah walaupun selalu berusaha lebih mungkin kekurangan skills kot”,Firash mengajuk aku kembali.Aku tersenyum senang kepadanya.Saat aku yang sudah menidurkan Adnan .Aku tersenyum melihat Firash yang nyenyak dalam tidurnya.Aku bergerak perlahan meninggalkan dua beranak itu keatas untuk mendapatkan bantal dan selimut untuk Firash yang hanya tidur beralaskan lengannya.

Kini Adnan sudah menjangkau usia setahun dia sudah boleh berjalan sendiri.Kami tetap melaksanakan tadarus tetapi yang berbeza kini dengan kehadiran Adnan yang membahagiakan bersama-sama bertadarus bersama kami.Aku sentiasa melebihkan untuk membeli dia buku cerita Nabi dalam bahasa Melayu dan Inggeris daripada mainan kerana ingin membiasakan dia daripada kecil dengan ilmu.Banyak mainan seperti logo yang dibelikan aku dan Firash untuk menggalakkan mindanya berfikir daripada kecil dengan membuat pelbagai bentuk yang disukainya.

Keputusan ujian air kencing yang aku lakukan kerana sudah 3 bulan tidak kedatangan haid membawa aku dan Firash melakukan solat sunat syukur dengan kandungan aku yang sudah berusia 3 bulan.Namun ketakutan aku akan keguguran lagi tetap ada tetapi aku sudah belajar ikhlas dan redha menerimanya.Aku lebih berhati-hati dengan kandungan kali ini.Akupun telah bercerai susu dengan Adnan yang sudah berusia 2 tahun.Dia sudah pandai memanggil ummi dan abi dalam bahasanya.Aku sangat gembira dengan panggilan itu walaupun bukan aku yang melahirkannya aku tetap ummi susuan dan aku telah menggangapnya seperti anak kandung kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience