BAB 6

Romance Completed 2079

“Farah, bila sampai,mana Firhad?”,soal papa yang baru muncul daripada atas.

“Baru je,papa,Firhad nanti petang dia datang sebab ada masalah sikit kat site”,beritahu Kak Farah menyelami papa.

“Alah,alah comelnya cucu atuk”,papa mengacah Adnan yang berada dalam pangkuan aku.Adnan sudah pandai tersenyum.Aku terasa bahagia yang teramat dengan kehadirannnya.Entah perasaan ini sangat asing dengan aku.Aku begitu senang dengan secilik ini.

“Papa,mama nie Firash nak beritahu, Firash dengan Nissa akan pindah hari rabu ini”,beritahu Firash yang duduk di sebelah aku.

“Kenapa Firash dengan Nissa nak pindah awal sangat.Belum puas mama nak berkenalan dengan menantu mama”,rajuk mama dengan Firash .

“Sori mama. Hari isnin nie Firash dah mula kerja dah, Nissa pun.Lagipun jauhlah kitaorang nak ulang-alik pergi kerja”,beritahu Firash menerangkan situasinya agar difahami oleh mama.

“Allah,awak nie bukannya budak-budak nie tak boleh selalu datang melawat awak.Macamana dengan Nissa setuju ke dengan keputusan Firash ?”,soal papa meminta pendapat aku.

“Nissa ikut abang je ketaatan Nissa selepas Allah dan Rasulnya ialah abang.Syurga Nissa di bawah tapak kaki abang”,jawapan aku bersambut dengan senyuman papa,mama,Farah dan zaujku.

“Alhamdulilah,tepatlah jawapan tiga kali istikharah Firash ”,beritahu papa gembira.Aku juga dan ummi dan abi membuat tiga kali istikharah untuk perkahwinan ini gerak hati yang kuat untuk menerima Firash dengan memohon restu Ilahi membuatkan aku menerima Firash dalam hidup aku yang baru pertama kali melihat wajahnya aku telah jatuh cinta.Akhlak dan adabnya membuatkan aku jatuh sayang.

Menglangkah ke rumah baru dengan ucapan Assalamualaikum w. b.t dan Bismillahirahmanirahim adalah satu amalan yang baik untuk menghalang makhluk-makhluk halus,jin dan syaitan masuk ke dalam rumah bersama kita.Aku teruja melihat concept dan dekorasi rumah yang indah dan cantik.Semua kelengkapan teratur di tempatnya.Rumah ini sangat bersih dan aku sangat berpuas hati dengan dekorasinya yang banyak terdapat kligrafi ayat Al-Quran tergantung di dinding.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience