BAB 13

Romance Completed 2079

Amalan solat berjemaah amat dititikberatkan oleh Firash ketika dia tidak berkelapangan untuk ke surau berdekatan rumah kami.Jika dia berkesempatan dia akan berjemaah di surau.Dia sentiasa menggalakkan aku untuk solat awal waktu kerana solat waktu adalah sangat dituntut di dalam Islam.Kami sering bertadarus bersama-sama walaupun dalam keadaan aku yang sedang sarat ini.Kepenatan dan ketidakupayaan aku untuk berdiri lama bukan alasan untuk meningalkan solat aku boleh bersolat dengan duduk tetapi dengan syaratnya aku perlu berdiri dahulu kerana masih mampu berdiri dan selepas itu aku bolehlah bersolat dengan cara duduk.Kami sentiasa bertadarus bersama mengenal ulamak kami dengan Allah.Kami cuba menghabiskan satu juzuk Al-Quran dalam suatu malam.Surah As-Sejadah,Luqman,Mariyam dan Al-Imran ialah surah yang selalu kami amalkan sejak aku mengandung kerana kelebihannya yang tersendiri tetapi tajdid niat yang aula ialah melakukan sesuatu kebaikan kerana Allah.

Apabila aku sedang membaca Al-Quran ulamak aku yang kadang-kadang memberi reaksi suka menendang perut aku akan menjadi lebih baik dan tidak menendang saat aku dan Firash bertadarus bersama.Aku juga selalu membuat checkup yang berkala namun sehingga saat ini aku belum mengetahui jantina ulamak kami kerana Firash yang tidak mahu aku terlalu mengharap.Kami redha dengan pemberian Allah walaupun apapun jantina anak kami.Aku sangat sayang kepada ulamak kecil kami ini.Aku ingin menjaganya dengan baik sejak alam rahim lagi.

Suatu malam yang hening aku terjaga daripada tidur.Perut aku memulas-mulas sakit,di celah-celah paha mengalir seperti air.Aku terus membangunkan Firash disebelah.

“Kenapa,sayang?”,soal Firash cemas kerana kandungan aku yang telah cukup 9 bulan tetapi due-date yang masih berbaki lagi 2 minggu.

“Perut Nissa sakit sangat abang”,lantas Firash mencapai kunci kereta di atas meja dan mendukung tubuhku masuk ke dalam kereta.

“Mengucap sayang,selawat,ingat Allah banyak-banyak,ya”.Aku yang menahan kesakitan untuk bersalin mengagahkan bibir aku untuk banyak berzikir kepada Allah dan selawat berterusan tanpa henti. Firash memecut kereta laju ke Pusat Perubatan Islam.Setibanya aku di hospital aku terus dimasukkan ke dalam wad bersalin yang telah dibooking sebulan yang lalu oleh Firash begitu juga dia telah memilih doktor perempuan untuk menyambut kelahiran ulamak kami.Dia ingin menjaga kehormatan dan maruah aku kerana dia berkemampuan untuk membiayainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience