BAB 11

Romance Completed 2079

Sejak aku hamil ini perhatian Firash yang terlalu kepada aku.Semua kerja rumah dia tidak membenarkan aku melakukannya.Tetapi kadang-kadang aku berdegil jugak untuk melakukannya.Aku sudah terbiasa melakukannya.Hari ini,selepas kerja aku dan Firash akan pulang ke rumah ummi dan abi memandangkan keesokan hari ialah hari cuti.Aku ingin melepaskan rindu yang terpendam kepada ummi kerana telah lama aku tidak pulang ke rumah ummi di sebabkan aku dan Firash yang busy dalam kerja.Tetapi semua itu bukan alasan untuk mengabaikan kebajikan orang tua kami.

“Selesa tak,duduk tue?soal Firash kepada aku yang sentiasa beralih ke kiri dan kanan duduk mencari keselesaan.

“Selesa je,abang”,beritahu aku memberi senyuman manis kepadanya.

“Ulamak abi duduk diam-diam dalam perut ummi, ya.Kesian ummi kalau ulamak abi nakal-nakal”,beritahu Firash sambil mengosok perut aku lembut yang sudah besar dan hampir menjangkau 6 bulan.Aku tersenyum melihat perlakuannya.Aku mengenakan jubah yang longgor dan tudung yang labuh melepasi dada seperti yang dituntut oleh Islam.

“Ulamak abi dengan ummi ini jenis yang mendengar katalah abi dan tak nakal-nakal”,kata-kataku mendoakan yang baik-baik kepada ulamak kami yang bakal lahir.

“Bismillah dan selawat dulu abang sebelum nak mulakan perjalanan”,pesan aku mengingatkan Firash .Kereta bmw 5 series Firash bergerak sederhana laju membelah jalan ke Perumahan Mewah Gombak rumah ummi dan abi kami.

“Assalamualaikum”,Firash memberikan salam di luar rumah.Ummi dan abi beriringan datang kepada kami.Kami bersalaman penuh mesra ikhlas kerana Allah.Aku berpelukan lama dengan ummi dan abi yang terlalu aku rindui.Tangan ummi jatuh kepada perut yang sudah kelihatan dan ulamak yang sedang membesar dalam rahim aku.

“Masuklah kenapa masih tercegat kat situ,umminya”,ajakan abi mengembalikan ingatan aku yang masih tercegat di depan pintu villa bersama ummi.Firash pantas mengangkat beg pakaian kami ke dalam villa.Aku menuruti langkah Firash ke atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience