BAB 15

Romance Completed 2079

“Abang penat Nissa tunggu abang kemana?”,soal aku yang menanti Firash yang sangat lama di surau.

“A…bang berdoa kepada Allah….semoga zaujah abang dapat menerima dengan redha dan ikhlas bahawa ulamak kecilnya Allah lebih menyayangi”berjuraian airmata Firash menitis saat dia mengatakan kebenarannya bahawa ulamak kami telah meninggalkan kami bertemu penciptanya.Aku terkaku dengan kata-kata Firash .Dia memeluk aku erat memberi semangat.Airmata merembes keluar bagaikan musim tengkujuh tanpa henti.Aku terlalu sedih dengan kenyataan ini.

Firash meminta kebenaran aku untuk pulang ke rumah membersihkan diri dan menukar pakaian yan belum berganti.Aku mengizinkannya dengan ikhlas.Ulamak kami yang meninggal akibat lemas di dalam perut telah dikebumikan dengan selamat kerana kandungan 4 bulan keatas sudah mempunyai nyawa dan jika keguguran atau meninggal di dalam perut diharuskan dikebumikan dan diletakkan nama kepadanya.Ulamak kami diberi nama Muhammad.Setiap anak yang dilahirkan diharuskan memberi nama permulaannya Muhammad atau Ahmad kerana nama yang baik dan permulaannya Muhammad atau Ahmad akan dipaggil dahulu oleh Allah di padang masyar kelak.

Termenung adalah rutin harian aku yang baru.Kehadiran Firash menjaga aku di hospital terasa hambar.Ummi dan abi,mama dan papa sering berganti-ganti menziarahi.Adik-beradik aku serta Firash juga sering menziarahi tetapi semua terasa begitu hambar.Tiada apa yang dapat merawat kesedihan aku.Tangisan kanak-kanak kecil berhampiran aku bagaikan jeritan histeria yang menakutkan telinga aku.Aku akan pekukan telinga semahu-mahunya tidak mahu mendengar.

Hari ini hidup terasa begitu sepi tanpa kehadiran Firash yang terpaksa pergi menguruskan tender besar yang sangat memerlukan khidmatnya.Tinggallah aku seorang diri ditemani nurse yang datang silih-berganti memberi ubat dan makanan.Ummi akan datang menemani aku petang nanti.

“Adik kenapa tak makan?”,soal kakak di sebelah katil aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience