BAB 9

Romance Completed 2079

“Sayang jomlah makan”,ajak Firash yang melihat aku terlentok lemah di sofa empuk di hadapan tv.

“Tak naklah,abang.Nissa taka da selera.Kalau nak temankan abang bolehlah”,aku berjalan lemah mendekati Firash yang sedang menyedukkan nasi ke pinggan.

“Tadi beria-ria masak sekarang tak nak makan pulak”,marah Firash yang tidak mengerti dengan sikap aku.

“Nissa masakkan untuk abang nanti abang lapar pulak”,beritahu aku lemah.Semenjak dua menjak ini selera makan aku seakan-akan hilang.Jika aku makanpun aku akan memuntahkan kembali.Sangkaan aku keracunan makanan.Aku langsung tidak membuat pemeriksaan doctor kerana badan aku yang terlalu lemah untuk bergerak.

“Kalau Nissa tak nak makan abang boleh je makan kat luar”,beritahu Firash bersimpati dengan aku.

“Nissa kan ada,Nissa boleh masakkan untuk abang,don’t worry,ya”,beritahu aku mesra.Firash mengeleng kepala dan tersenyum melihat sikapku.

“Tak nak makan ke,abang suapkan?”.Aku pantas mengeleng.Namun Firash tetap menyuapkan ke dalam mulut aku.Aku gagahi jugak untuk menerimanya masuk ke dalam perut aku.Ajaibnya selepas Firash menyuapkan nasi ke dalam mulut aku tidak lagi muntah-muntah.Mungkin itulah kebarakahan kerana ketaatan kepada suami.

“Kau ni kenapa macam tak sihat je,tak sihat ke?”,soal Aina prihatin.Melihat wajah pucat aku.

“Tak tahulah,pagi tadi rasa macam sihat.Nie rasa macam nak pitam pulak.Tapi aku rasa aku masih ok lagilah”,beritahu aku membuang kegusaran hati Aina.

“Aku nak jumpa bos kejab kalau ada apa-apa kau panggil aku kat bilik bos”,beritahu Aina prihatin.

“Thanks,Aina”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience