BAB 2

Romance Completed 2079

Usai membersihkan diri yang seharian penat melayan tetamu yang berpusu-pusu datang ketika waktu inilah aku berpeluang menrehatkan diri.Melihat Firash yang terbaring kepenatan aku tersenyum.Kamar Firash yang terlalu mewah yang dihiasi indah sebagai kamar pengantin baru.Taburan bunga mawar yang menwangikan kamar bagaikan menambahkan keterujaan dan ketakutan aku untuk menghadapi malam pertama kami.Usai membersihkan diri aku mengejutkan Firash yang belum mendirikan solat Isya.

“Awak bangun mandi dan kita solat Isya berjemaah”,kejut aku menggerakkan tubuhnya perlahan.Dia mencelikkan mata dengan mudah.Dia tersenyum melihat aku.

“Bukan awak,abanglah”,usik Firash .Aku kemaluan sendiri dengan usikkan Firash dan melihat susuk tubuhnya yang menghilang ke kamar mandi.

Kami bersolat Isya berjemaah dan solat sunat syukur dan hajat berjemaah memulakan pelayaran mahligai bahagia kami dengan restu dan redha Ilahi.Bertadarus bersama surah Al-Mulk,Sejadah,Al-Kahfi dan Yaasin terasa seronok dan bahagia dalam keadaan berjemaah tetapi apa yang lebih aula adalah nawaitu yang ikhlas kerana Allah.Setiap perkara kebaikan yang diniatkan ikhlas kerana Allah adalah ibadah dan berpahala manakala setiap ibadah yang tidak diniatkan kerana Allah adalah rutin atau adat dan tidak berpahala.

Dengan lafaz bismillahirahmanirahim,selawat,3Qul,ucapan syahadah dan ayatul kursi.Kami menglabuhkan tirai malam pertama kami yang akan menjadi rahsia rumahtangga kami.Aku telah menyerahkan kegadisan aku kepada kekasih halal aku.Aku sangat bersyukur kerana Allah memelihara kegadisan aku kepada yang halal kepadaku.Aku tersedar daripada tidur tepat pukul 4 pagi.Aku tersenyum saat melihat Firash yang berada disebelahku meringkuk kesejukan di dalam selimut.Aku mengucapkan doa syukurnya bangun tidur dan aku yang masih bernafas.

Usai menbersihkan diri aku mengejutkan Firash untuk solat bertahajud bersama.Kami menlaksanakan solat tahajud bersama dengan penuh rasa keimanan kepada Allah.Jika dahulu aku melakukan solat tahajud seorang diri kini Allah telah menghadirkan pedamping aku dan aku berharap dia menjadi pedamping aku hingga ke jannah.Kami melakukan solat tasbih,hajat dan taubat bersama berimamkan Imamku dan bertadarus Al-Quran sehinggalah masuk waktu subuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience