BAB 3

Romance Completed 2079

“A…bang’’,panggil aku tergagap-gagap.Firash tersenyum melihat wajah aku yang kemaluan.

“Ya,sayang kenapa?”,soal Firash cuba menghilangkan rasa malu aku.

“A…bang nak kemana dengan treaksuit tue?”,soalku yang melihat Firash dengan treaksuit dan t-shirt yang menampakkan kemachoan dirinya.

“Abang nak tolong papa kemas-kemas apa yang patut kat luar tue”,terang Firash merungkai kemusykilan aku.Aku terangguk-angguk sendiri.

“Kenapa, nak ikut ke?”,usik Firash tersenyum bersedekah kepada aku.

“Taklah, Nissa nak tolong mama buat breakfast kat bawah tue”.

“Ok,kalau ada apa-apa whatsap or wechat abang kat luar”,beritahu Firash dalam nada gurauan dan kami beriringan turun ke bawah.

“Assalamualaikum,awalnya pengantin baru bangun”,usik papa yang melihat kemunculan Firash dan aku.Aku menjawab salam di dalam hati dan tersenyum kepada papa.Mama disebelah papa di sofa empuk juga tersenyum kepada aku.Aku bersyukur kepada Allah akan penerimaan diri aku yang baik oleh mentuaku.

“Mama,papa mestilah kitaorang bangun awal,kan awal-awal pagi rezeki mudah masuk,tak gitu Nissa ?”,beritahu Firash ramah dan ceria pada awal-awal pagi.Aku tersenyum mendengar coleteh zaujku.

“Iyalah,Firash .Firash memang macam nie Nissa ”,beritahu papa tentang Firash yang mudah mesra dan ramah tue.Aku tersenyum dan mengganguk.

“Papa jomlah kita mulakan operasi mengemas depan rumah tue”,ajak Firash membawa kepada langkah Firash dan papa kehadapan rumah yang sedikit bersepah akibat daripada walimatulurus semalam.

“Jomlah kita sediakan breakfast,boleh Nissa ?”,ajak mama.Aku mengangguk dan menuruti langkah mama ke dapur.Di dapur aku membantu membancuh kopi dan susu dengan memulakan dengan lafaz bismillahirahmanirahim kerana setiap permulaan pekerjaan yang dimulakan dengan bismillahirahmanirahim mempunyai barakah di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience