BAB 1

Romance Completed 2079

“Aku terima nikahnya Siti Saidatul Nissa Bt Ahmad Sulaiman dengan mas kahwinnya sebuah Al-Quran”,dengan sekali lafaz sahaja aku bergelar isteri kepada Muhammad Firash Aween .Kami dijodohkan oleh Allah melalui perantaraan restu ibubapa kami.Saat pertama kali kami bertemu di hari keluarganya merisik aku membuatkan aku telah jatuh cinta kepada akhlak dan adabnya sebagai seorang muslim daripada risikan ummi aku mengatahui bahawa Firash juga telah jatuh cinta kepada aku saat pertama kali melihat wajahku saat aku mengunjungi keluarganya pada hari raya haji yang lalu atas permintaan ummi dan abi.

Firash mencium ubun-ubun aku dan berdoa dengan meletakkan tanggannya atas ubun-ubun aku memohon doa akan redha dan restu Ilahi ke atas pelayaran cinta yang halal kami.Aku menyelami tangannya penuh rasa cinta.Aku dan Firash bersalaman dengan semua yang halal bersalaman dengan kami.Kucupan lama aku di tangan ummi menyebabkan reaksi wajah lembut dan redup ummi memberitahu aku bahawa dia sudah ikhlas melepaskan aku kepada Firash yang telah sah menjadi zaujku.Berat terasa untuk aku yang selama ini anak ummi untuk beralih arah kepada tanggungjawab sebagai isteri.Tetapi aku telah berlajar redha dan ikhlas kerana Allah menerima Firash .

Aku beriringin dengannya untuk solat sunat tahayatul masjid dan solat sunat nikah.Solat sunat tahayatul masjid ialah sunat yang sangat dituntut ketika kita berada di masjid.Terasa kebahagian kerana Allah memilih untuk aku seorang suami yang soleh pada agamanya.Aku bersyukur permulaan hidup kami dengan jalan menuju redha Ilahi.Terima kasih,ya Allah kerana menghadiahkan Muhammad Firash Aween kepada Nissa .Walimatul urus yang sederhana diadakan di villa Firash adalah permintaan Firash sendiri sepertimana yang dituntut oleh syarak yang hanya mendirikan pelamin untuk dilihat saudara-mara yang halal dengan kami sahaja kerana pelamin yang didirikan untuk menjadi tontonan orang ramai adalah tidak bolehkan dalam Islam.

Jubah pengantin yang berpotongan longgar dan taburan pearl yang tidak terlalu sarat menjadi pilihan aku dan shawl yang labuh melepasi dada adalah senada berwarna hijau cair sepertimana yang dikhendaki oleh Islam dan begitu juga dengan Firash yang segak dalam persalinan baju Melayu berwarna hijau cair dan bersongkok itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience