BAB 8

Romance Completed 2079

Usai solat subuh berjemaah aku menyediakan breakfast untuk Firash yang sudah mula bekerja hari ini sebagai enginer di syarikat gas dan petroleum di Kota Kemuning berdekatan dengan rumah kami.

“Abang jomlah kita breakfast dulu”,ajak aku yang melihat bagaikan Firash yang ingin berlalu pergi kerja.

“Abang dah lambat nanti takut jem”,beritahu Firash tergesa-gesa ingin keluar.

“Kalau jem sapulah kat roti gardenia,sedap tue”,beritahu aku bergurau.

“Yalah sayang, nanti sedap jugak abang kena marah come late dengan bos abang”,beritahunya sambil tersenyum dengan gurauan aku.

“Kalau yapun,abang minumlah susu kambing nie,satu teguk je,please.Susu segar nie tak hanyir “,aku meyuapkan susu ke dalam mulutnya.Dia mengetap kuat mulutnya menolak susu kambing itu masuk ke dalam mulutnya.

“Abang…please”,aku mengodanya dengan susu kambing secara halus.Melihat kesungguhan aku dia mengalah akhirnya.

“Bismillahlah dulu”,beritahu aku melihat kealpaannya.Suami isteri haruslah saling lengkap-melengkapi dan saling nasihat- menasihati bukan saling menuding jari sesama sendiri akan sesuatu masalah dan cuba mencari jalan penyelesaian secara bermusyawarah.Tanpa pengetahuannya aku telah selitkan bekalan kismis,kurma,badam,apricot serta roti bakar dan kaya kedalam beg kerjanya.Hanya whatsap yang mengantikan percakapan aku untuk memberitahu dia setelah dia berlalu pergi aku berikan untuk tidak mengganggu kontrevarsi kerja Ir.Muhammad Firash Aween .

Dalam kesibukan aku dalam tugasan aku sebagai arkitek di Syarikat Art & Design bukan alasan untuk aku mengabaikan suami dan rumahtanggaku.Kepenatan pulang daripada kerja bukan alasan aku untuk mengabaikan tanggungjawab aku sebagai zaujah.Aku sangat bersyukur kerana Firash selalu membantu meringankan beban yang tergalas di bahuku.Dia akan membantu kerja rumah yang tidak susah untuk dilakukan.Kami sentiasa berjemaah di dalam melakukan kerja rumah.Aku sangat bersyukur kerana memiliki suami yang memahami aku.Seharusnya di dalam kehidupan rumahtangga suami isteri mestilah sentiasa bekerjasama dan saling memahami untuk mengelakkan daripada perselisih fahaman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience