BAB 7

Romance Completed 2079

“Ahlan wasahlan ila baiti jannati”,beritahu Firash dalam bahasa Arab.Aku tersenyum mendengar ungkapan itu.

“Syukran,ya habibi”,ucapaku dengan mengatakan terima kasih kekasihku.

“Afwan,Nur Narwa Nissa”.

“Jom abang tunjukkan bilik kita”.Aku menuruti langkahnya ke tempat yang ingin ditunjukkannya.Aku melihat bilik tersebut yang kemas dan tersusun.Bilik yang agak besar untuk kami berdua.Semua kelengkapan sudah tersedia.

“Ok ke dengan pondok moden kita ini?”soal Firash dalam nada gurauan.

“Syukur kepada Allah itu aula daripada orang yang hidup merempat tiada tempat tinggal”,beritahu aku cuba menggunakan kaedah ayat yang lebih kreatif dan berhikmah.

“Na’am,sayang”,kata-kata sayangnya membuatkan aku berkali-kali jatuh cinta yang halal dan diredhai Allah.Usai bersolat zohor berjemaah aku dan dia menyusun pakaian kedalam almari secaran berjemaah.Terasa kerja yang berat menjadi mudah dengan berjemaah.Selesai mengemas hampir kesuluruhan rumah banglow berkembar kami aku melihat Firash yang terlentok kepenatan di sofa empuk.Aku tersenyum melihat wajah kacaknya dalam tidur.Aku menyediakan air oren untuk membasahkan tekak aku dan menunggu Firash terjaga.Aku sangat bersyukur kerana selama ini aku yang terlalu menjaga perhubungan agar tidak bercinta dianugerahkan Allah lelaki yang juga menjaga rasa cintanya untuk yang halal untuknya.

“Abang nak air”,aku menghulurkan air oren kurang manis untuk membasahkan tekaknya.Dia tersenyum kepadaku dan meminumnya dengan bismillahirahmanirahim.

“Syukran,sayang nak jugak basahkan tekak abang”,dia lantas membawa gelas ke singki dan mencucinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience