BAB 12

Romance Completed 2079

“Nissa kita solat asar berjemaah pergi ambil wudhu dulu”,arahan Firash aku turuti tanpa banyak kerenah.Sebenarnya itu bukanlah satu arahan kerana kewajipan kita sebagai muslim untuk menunaikan solat 5 kali sehari semalam.Perkara pertama yang Allah akan persoalkan di akhirat kelak adalah kesempurnaan solat kita.Jika solat kita sempurna maka Allah akan menerima semua amalan kebaikan kita.Jika tidak sempurna solat kita maka amalan kebaikan kita tidak akan diterima.

Usai solat Asar berjemaah kami membaca mathurat bersama-sama.Mengenalkan anak kami dengan ayat-ayat Allah daripada alam rahim lagi.Pengambilan susu dan kurma serta makanan sunnah setiap pagi seperti badam,apricot,kismis dan madu amat baik kepada perkembangan minda anak-anak daripada alam rahim lagi.Aku juga selalu membuat latihan matematik yang ringan-ringan bersama dengan Firash untuk kecergasan ulamak kami yang bakal lahir.Amalan memakan kurma juga dipercayai memudahkan untuk bersalin.

“Firash ,Nissa jom minum petang dulu”,ajakan ummi kami turuti ketika di laman ummi yang menghijau pelbagai tumbuhan menyejukkan hati dan mata yang memandang.Aku membantu ummi meletakkan kuih untuk minum petang di atas meja di luar villa sambil dapat menghirup udara segar di luar villa.

“Nanti Nissa nak bersalin dekat mana?”,soal ummi teruja untuk menyambut cucunya daripada kelahiran sulung aku.

“Mestilah Nissa nak ummi jagakan macam Nissa kecil-kecil dulukan,abang?”,aku juga ingin meminta pendapat daripada Firash tentang persetujuan tentang hal ini kerana kami belum berbincang lagi tentang hal ini.Kami juga belum mempunyai nama yang sesuai untuk ulamak kecil kami ini.

“Sebenarnya ari tue mama ada cakap nak jaga Nissa jugak.Jadi untuk lebih adil Nissa dengan ummi dulu lepas Nissa dah sembuh sikit dengan mama.Boleh begitu sebab ummi lebih arif tentang keadaan Nissa berbanding mama?”, Firash cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.Keputusan Firash itu diterima baik oleh ummi yang tidak sabar menuggu kelahiran ulamak kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience