BAB 18

Romance Completed 2079

Aku memulakan hidup baru dengan kehadiran silincah Adnan .Dia terlalu aktif dan kuat menangis.Tetapi kebahagian yang teramat sejak kehadirannya.Pagi-pagi sibuk untuk memandikannya serta mengepam susuku untuk bekalan di nurserynya.Dia sangat manja dengan aku dan Firash .Kadang-kadang aku menjadi cemburu melihatnya yang hanya mahu di dalam dukungan Firash .Tetapi benarlah Allah telah mengantikan ulamak aku dengan ulamak kecil Adnan ini.Aku dan Firash menyayanginya bagaikan anak kandungan sendiri tiada istilah anak angkat atau anak sedara.Kasih-sayang kami curahkan buatnya seorang.

“Abang bagilah Adnan kat Nissa ,Nissa nak susukan dia”,beritahu aku geram menunggu lama Firash yang leka bermain dengan Adnan .

“Nantilah dulu abang belum puas bermain dengan Adnan ”,jawap Firash sambil mengacah-gacah Adnan yang ketawa terbahak-bahak menampakkan giginya yang baru tumbuh.Lantas aku tanpa memperdulikan Firash mengambil Adnan dalam kereta bulatnya.Aku meletakkannya di atas tilam untuk menyusukannya.Air susu yang jatuh ke dalam mulutnya telah aku ikhlaskan kerana Allah memberikannya.

“Abi nak juga air susu”,beritahu Firash manja berbaring disebelah aku.Aku senyum mengejek kepadanya.

“Kalau abi nak air susu abi pergilah minum susu kambing dalam peti ais tuekan,Adnan ”,jawapan aku mengenakannya yang liat untuk minum susu kambing pada waktu pagi.

“Abi tak naklah ummi,abi nak susu segar yang ummi beri kat Adnan juga”,gurau Firash dalam mengenakan aku.Aku tertidur bersama Adnan dan Firash kerana kepenatan menyusukan Adnan yang kuat menyusu dan aku terjaga saat Adnan menangis.

“Kenapa?”,soal Firash yang dalam keadaan masih mengigau. “Adnan menangis.Pampers dia dah penuh”,beritahu aku lalu Firash mengambilnya membasuh kencingnya dan menukar lampin.Firash sangat membantu aku dalam menguruskan Adnan .Aku sangat bersyukur dengan perhatian yang ditunjukkan Firash .

“Aina,aku dah nak balik dah,kau belum nak balik lagi?”,soal aku kepada Aina yang sedang tekun di hadapan computer menghasilkan design 3D.

“Awalnya kau dah nak balik,selalunya lewat sikit.Rindu sangat kat Firash ?”,soal Aina kepada aku yang ingin cepat pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience