BAB 16

Romance Completed 2079

“Taka da selera akak”,jawab aku lemah.

“Adik kehilangan anak pertama?”,soalnya lembut.Aku dapat melihat redup mata yang penuh sifat keibuan.Aku mengangguk lemah.

“Adik jangan bersedih.Pasti ada hikmah yang tersembunyi.Akak….kehilangan anak untuk kali ke-2…tetapi Allah telah mengajar akak erti redha dan ikhlas menerima takdir Allah.Sekarang akak yakin bahawa anak akak sedang menanti akak di syurga Allah kelak.Dulu saat pertama kali akak keguguran akak juga seperti adik.Tetapi kini akak bahagia kerana akak yakin dan percaya anak akak sedang menuggu ummi dan abinya di jannah kelak.Adik redha dan ikhlaslah kerana Allah menerima ujian ini akak yakin dan percaya ulamak kecil adik sedang menanti ummi dan abinya di syurga kelak”.

Kata-kata akak itu bagaikan peringatan Allah untuk aku melalui akak itu.Barulah aku menyedari kekhilafan aku kepada Allah dalam menerima takdirnya.Allah sedang mengajar aku erti redha dan ikhlasnya dalam menerima takdir Allah.Aku yakin dan percaya seprti akak itu bahawa ulamak kami sedang menanti kami di syurga kelak.Terima kasih,ya Allah kerana telah menyedarkan aku.Aku memulakan kehidupan yang baru selepas habis berpantang dirumah ummi dan mama seperti yang dirancangkan tetapi sedikit terkesan dengan ketiadaan ulamak kecil aku.Tetapi aku tetap bersyukur kerana Allah telah meminjamkan aku sebentar ulamak kecil aku selama 9 bulan di dalam rahim aku.Firash juga sangat bersusah-payah menjaga aku ketika di dalam pantang. Ummi dan abi sangat rindukan ulamak ummi,insyaallah nanti kita bertemu di syurga kelak,ya ulamak abi dan ummi.

“Nissa hari ini abang hantarkan Nissa ke tempat kerja,ya”,beritahu Firash ketika aku sedang sibuk membuat breakfast.

“Okey,tapi balik nanti kita singgah ke kubur Muhammad,ya”,beritahu aku ketika langkah kaki Firash yang mendekati meja makan.Bagaikan titisan airmata ingin menitis di pipi.Tetapi aku seka dengan hujung jari menyembur nama itu.

“Kalau Nissa sedih abangpun sedih,tetapi kitakan dah janji nak redha dan ikhlas kerana Allah menerima kematian Muhammad nanti dapatlah kita bertemu dia di syurga.Dia sangat menanti kitakan”,kata-kata Firash membawa aku ke dalam pelukan kejab Firash bersama rasa redha dan ikhlas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience