BAB 10

Romance Completed 2079

“Welcome”.

Aku ke pantry untuk membasahkan tekak aku yang kering.Tiba-tiba aku terasa seperti kehilangan imbangan badan dan aku rebah tidak sedarkan diri lagi.Saat aku mencelikkan mata aku melihat diri aku yang berada di tempat yang sangat asing daripada pandangan mata.Aku cuba mengingati kembali bagaimana aku boleh sampai ke sini.Namun minda aku kosong tanpa jawapan.Senyuman manis Firash yang mendekati aku akan memberi jawapan kepada persoalan aku.

“Sayang dah sedar?”,soal Firash membantu aku untuk minum air suam.

“Abang,kenapa Nissa kat hospital nie.Nissa sakit apa?”,soalku bertalu-talu ingin tahu.

“Nissa sakit kena buatan abang”,beritahu Firash tersenyum manis sekali.

“Abang nie betul-betulah”,marah aku tidak sabar.Firash masih dalam senyuman manisnya.

“Ha..tengok tue dah tak sabar.Sabarkan separuh daripada iman”,sengaja Firash ingin menguji iman aku.

“Iyalah,Nissa sabar.Lepastue abang tak payah bagitahu teruslah sakit Nissa ”,rajukku kepada Firash . Firash masih dalam senyumannya.

“Iyalah merajuklah pulak zaujah kesayangan abang nie.Nissa tak sakit apa-apa.Cuma dekat dalam nie ada ulamak kecil yang bakal lahir ke dunia ini”,beritahu Firash sambil meletakkan tangan aku ke perut aku.

“Means Nissa pregnant?”,soal aku teruja yang teramat sangat.Firash hanya mengganguk menyetujui jawapan aku.

“Alhamdulilah,ya Allah.Thanks to Allah,abang.Keterujaan kami bersatu dalam kesyukuran dengan anugerah Allah yang terlalu cepat ini.Kami menerimanya dengan seadanya.Semoga ulamak kecil yang bakal lahir ini akan menjadi ulamak yang muktabar dalam membela Islam.Kami menunaikan solat sunat syukur berjemaah selepas aku discharge daripada hospital.Menuggu lagi 24 minggu untuk saat aku menghadirkan ulamak kecil kami ini ke dunia. Firash lah orang pertama yang memaklumkan berita gembira ini kepada kedua-dua belah keluarga kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience