BAB 17

Romance Completed 2079

Selepas selesai bacaan Al-Fatihah dan Yaasin di kubur Muhammad,ulamakku kami berangkat pulang ke rumah.

Deringan telefon Firash membawa aku dan dia ke Hospital Serdang.Setibanya kami kesana duka meyelubungi mama dan papa kerana kehilangan puteri sulungnya dan juga abang Firhad yang terlibat di dalam accident di jalan Karak.Wajah suci Adnan yang tidak mengikuti kedua ibubapanya kerana ditinggalkan dengan mama tidur nyenyak dalam dukungan aku.Ujian yang terlalu besar untuk anak kecil ini yang belum mengerti apa-apa ini.Sabarlah sayang Allah sedang merencana yang terbaik untuk kamu.

Usai majlis tahlil 3 hari 3 malam perjumpaan mengejut yang diadakan oleh papa diterima oleh kami dengan hati yang terbuka.Aku melihat kesedihan di mata mereka.Adnan yang berada dalam dukungan aku bagaikan tidak mahu aku meninggalkannya dengan mama.

“Sebenarnya mama dan papa ada satu permintaan yang sangat besar kepada Nissa .Memandangkan abang Firhad yang merupakan anak yatim-piatu dan tiada keluarga dan hak penjagaan Adnan jatuh ke tangan kita mama dan papa memohon untuk Nissa dan Firash menerima Adnan seperti anak sendiri”,pernyataan mama itu membawa rasa bahagia dalam hati aku yang terlalu berkepingan untuk mendapatkan anak.

“Mama,papa,Nissa terima Adnan kerana Allah sebagai anak Nissa ”,jawapan aku mengutumkan senyuman yang paling manis di wajah mama dan papa.

“Firash ?”,soal mama ingin tahu penerimaan Firash .

“Kalau Nissa setuju Firash lagi-lagilah setuju”,jawapan Firash mesra senyuman kami bersatu dalam satu cinta.

“Thanks to Allah mama,papa kerana Allah telah membukakan hati kami untuk menerima Adnan ”.Mama dan papa mengangguk setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience