BAB 4

Romance Completed 2079

Usai membantu menyediakan breakfast dan menghidangkannya aku menyoroti langkah Firash dan papa yang sedikit berpeluh mengemas di hadapan rumah.

“Nissa duduklah sebelah Firash tue jangan malu-malu”,beritahu papa.

“Marilah,duduk di sebelah abang nie”,ajak Firash dan menarik kerusi di sebelahnya.Aku hanya menurut dan melabuhkan duduk di sebelah Firash .

“Hari nie tak dapatlah Nissa nak berkenalan dengan adik-beradik Firash .Kak Farah anak dia tak sihat,Hazrul dan Hazril dah kena balik ke kampus dah”,beritahu papa dalam reaksi yang sedikit sedih.

“Takpalah papa,nanti-nanti Nissa boleh berkenalan dengan mereka banyak lagi masa, kan”,beritahu aku menyedapkan hati mereka.Aku melihat anggukan dan senyuman mama dan papa.Kami memulakan doa oleh Firash dan tenang dalam menikmati breakfast tanpa ada apa-apa perbualan lagi.

Aku dan Firash berehat dan bersantai-santai di taman villa ini.Aku teruja melihat ikan-ikan kap yang bebas berenang di dalam kolam itu.

“Nak beri ikan makan?”,tanya Firash sambil meletakkan makanan ikan itu ke atas tapak tangan aku.Aku gementar saat tangan Firash bersatu di atas tapak tangan aku.

“Nie semua ikan-ikan kesayangan papa,pokok-pokok bunga pulak kesayangan mama.Nissa pulak apa kesayangan Nissa ?”,soal Firash ingin tahu.Kedudukannya yang tidak terlalu hampir dengan aku memberi ruang untuk aku tidak terlalu berkeluh-kesah di dalam hati kerana baru pertama kali aku duduk sebegini rapat dengan lelaki yang telah menjadi mahram dengan aku.

“Abang cakaplah dulu apa kesayangan abang?”,soalku ingin tahu aku biarkan pertanyaan sepi tanpa jawapan.

“Nissa lah dulu”,desaknya manja mengoda hati perempuan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience