“Adnan mana abang?”,soal aku apabila tidak melihat Adnan yang tidak pulang bersama Firash yang pergi menziarahi ummi memandangkan aku yang tidak menyertai mereka kerana tidak berapa sihat dengan alahan aku yang tidak terlalu teruk.
“Mama nak jaga Adnan sampailah sayang bersalin”,kenyataan Firash sangat menyedihkan aku.Aku akan sangat rindukan Adnan .
“Tetapi Nissa mampu lagi nak jaga Adnan ”,pujuk aku lembut meraih simpati Firash .
“Nissa ,memanglah boleh jaga Adnan tetapi mama tak nak apa-apa yang terjadi kepada Nissa .Adnan kan tengah membesar dia perlu orang yang selalu boleh melihat pergerakkan dia.Redha dan ikhlaslah Allah sedang merancang yang terbaik untuk kita”,jawapan Firash itu membawa wajah mendung tanpa hujan aku.Sejak Adnan tidak bersama kami hidup aku rasakan begitu sepi.Selalu juga aku menziarahinya melepaskan rindu tetapi masa aku yang terbatas menghalang aku berlama-lama dengan jantung hati aku ini.Aku sedang berlajar untuk redha dan ikhlas melepaskan Adnan kepada jagaan mama.
“Nissa ”,panggilan Firash aku menjawab dengan pingitan mata.
“Nissa tengoklah siapa yang nak tinggal dengan kita nie”,tiba-tiba aku merasakan getaran yang teramat sangat dengan tetamu hati misteri aku.Aku berlari pantas dan berhati-hati dengan kandungan aku yang sudah menjangkau 6 bulan itu.Aku memeluk Adnan dengan linangan airmata syukur dan rindu yang teramat.Aku memeluknya kejab dan lama.Firash hanya tersenyum memerhati.Seperti kehadiran ulamak kami yang pertama kami melakukan amalan yang sama dengan kehadiran ulamak kedua kami ini.Kali ini aku sangat bahagia dengan kehadiran Adnan yang menyerikan lagi rumahtangga kami.Adnan selalu ingin memegang perut aku yang sudah sarat menanti waktu melahirkannya.Aku kini selamat melahirkan putera kedua kami yang diberi nama Muhammad Uwais Al-Qarni bin Muhammad Firash Aween dengan selamat dan sihatnya.Adnan sangat teruja dengan kehadiran adik barunya.Terima kasih,ya Allah kerana menghadiahkan aku suami yang soleh dalam ketaatan kepadamu dan anak-anak yang soleh dan solehah dan quratain.Buat putera sulung kami Muhammad Adnan ialah anak ummi dan abi di dunia dan akhirat.Amin.
Share this novel