Bab 9

Romance Completed 2540

"Ainun!!" jerit Syafiq setelah tiba di hadapan Ainun yang pengsan.
Syafiq berlari dan mengangkat kepala Ainun ke atas ribanya dan menampar lembut pipi Ainun.

"Ainun! Sayang! Bangunlah! Sayang! Sayang, tolonglah bangun sayang!"

Syafiq meletakkan kedua jarinya di leher Ainun. Nadi Ainun masih kuat dan hal ini menghairankan Syafiq.

"Aii? Nadi dia ok je? Habis tu apasal dia pengsan?" soal Syafiq kepada dirinya sendiri.

Syafiq terus mendukung isterinya masuk ke dalam keretanya dan memecut ke hospital. Ainun dibawa masuk ke dalam ruang kecemasan dan pada masa yang sama, ada seorang wanita yang tiba pada waktu yang sama Ainun sampai di hospital. Wanita tersebut juga bernama Ainun, Ainuniansyah yang mengalami serangan jantung. Selepas beberapa minit, seorang jururawat wanita keluar dari bilik rawatan tersebut dan bertanya sesuatu.

"Sesiapa di sini keluarga kepada Puan Ainun?"

Syafiq yang mundar-mandir seperti menunggu isterinya bersalin terus meluru ke arah jururawat tersebut dan mengatakan bahawa dia ialah suami kepada Ainun. Manakala seorang lelaki yang merupakan bapa saudara wanita itu tidak menghiraukan jururawat itu kerana dia tidak seberapa mengenal anak saudaranya itu dan dia hanya mengenal anak saudaranya dengan panggilan Syah sahaja.

"Saya suami Puan Ainun nurse. Macam mana keadaan isteri saya?"

"Kami minta maaf encik. Isteri encik tidak mempunyai banyak waktu. Dia perlukan penderma jantung dengan segera. Kali ini, serangan yang dia rasakan adalah lebih kuat daripada yang biasa."

Syafiq menangis sehingga terduduk kerana dia menyangka bahawa isterinya itu mempunyai penyakit jantung dan menyembunyikan hal itu daripadanya. Tiba-tiba, seorang jururawat lagi keluar dan bertanyakan soalan yang sama.

"Sesiapa di sini keluarganya Puan Ainun?"

Kali ini, lelaki yang merupakan bapa saudara Syah menjawabnya kerana dia baru sahaja mengingat bahawa nama anak saudaranya ialah Ainuniansyah.

"Saya keluarga dia nurse. Ada apa dengan dia?"

"Encik ni suami Puan Ainun ye? Tahniah! Puan Ainun mengandung. Usia kandungan puan Ainun sekarang ialah empat minggu."

Lelaki tersebut berasa hairan kerana anak saudaranya belum berkahwin dan mempunyai suatu penyakit iaitu penyakit jantung.

"Mengandung? Suami? Kejap nurse, saya bukan suaminya. Saya bapa saudaranya dan anak saudara saya belum berkahwin dan dia ada penyakit. Apa nama penuh Puan Ainun ni?"

"Suhainun Syafiqah"

Syafiq terdengar akan nama tersebut lalu meluru ke arah nurse tersebut.

"Suhainun? Itu isteri saya nurse."

Lalu Syafiq berpaling ke arah nurse yang tadi mengatakan bahawa Puan Ainun menghidap penyakit lalu bertanya.

"Siapa nama penuh pesakit itu?"

"Ainuniansyah Murad"

"Oh, dia bukan isteri saya. Nama isteri saya Suhainun Syafiqah."

Syafiq terus berlari menuju ke wad wanita di mana Ainun, isterinya ditempatkan manakala bapa saudara kepada Syah bergegas ke ICU kerana keadaan anak saudaranya semakin tenat.
Syafiq memegang erat tangan kanan Ainun dan mencium jari-jemari isterinya.

"Sayang bangunlah. Sayang bakal jadi ibu dan abang bakal jadi bapa. We are the parents to be."

Syafiq terlelap dengan menggenggam tangan kanan Ainun. Selepas dua jam tidak sedarkan diri, Ainun akhirnya membuka matanya dan memandang ke bawah. Ainun mengusap rambut suaminya yang terlelap dan menyebabkan suaminya tersedar.

"Sayang dah bangun? Sayang nak minum, nak makan? Sayang perlu apa?" tanya Syafiq.

"Taklah, sayang tak lapar dan tak haus. Sayang cuma rasa badan sayang ni lemas-lemas. Rasa macam nak tidur je sepanjang hari." balas Ainun

"Laa. Sayang rehat la. Sayang hanya ada sampai hari esok je kat hospital ni."

"Ok lah tu so sayang ada masa nak rest. By the way, kenapa sayang boleh ada di tempat ini?"

"Sayang pengsan kat daput tadi tu yang abang terus bawa sayang ke sini"

Ainun hanya menganggukkan kepalanya.

"Tapi bang, Ainun sakit apa ye?"

"Sayang mengandung, empat minggu."

"Ye ke bang? Alhamdulillah. Tercapai juga hasrat kita kan bang."

Syafiq menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Tiba-tiba, riak muka Syafiq yang tadinya ceria berubah menjadi muram.

"Sayang, pasal sikap abang tadi, abang nak minta maaf sebab abang sudah sakitkan hati sayang."

"Tak pe, kali ini sayang maafkan. Tapi, ini kali pertama tau sayang dibentak. Sebelum ni, orang lain tak pernah bentak sayang walaupun orang itu ibu bapa sayang tau. Kalau abang buat lagi, sayang tak maafkan abang. Abang tak boleh bawa hal kerja ke rumah. Belajar kurangkan tekanan abang ye? Sayang bukan ape, sayang cuma tak nak abang terlalu tertekan dengan hal kerja"

"Wah wah, panjang lebar penjelasan abang ni."

Ainun mencubit lengan kiri suaminya.
Keesokan harinya, Syafiq mengejutkan isterinya selepas mengemas pakaian isterinya. Kemudian, Syafiq menuju ke farmasi untuk mengambil ubat isterinya.

"Aii doktor, sakit ke?" tanya seorang ahli farmasi yang melayani Syafiq.

"Eh, tak lah. Isteri saya yang kena tahan kat sini. Tapi dah discharge tadi. Jadi saya tolong lah ambilkan ubat untuk dia sebab dia tak berapa larat nak berjalan. Lagipun farmasi ni jauh dari wad." balas Syafiq.

"Oh, patutlah. Sweet juga doktor ya. Isteri doktor sakit apa?"

"Dia tak sakit. Dia pregnant four weeks."

"Wah tahniah doktor. Selamat menjalani kehidupan sebagai seorang ayah, doktor. Akhirnya, bujang Malaya sudah berkahwin dan jadi ayah."

"Terima kasih, Erni."

Syafiq terus mendapatkan isterinya di wad selepas mengambil ubat. Ainun dipapah oleh Syafiq menuju ke kereta.

Setelah tiba di rumah, Ainun didukung ke atas bilik oleh Syafiq. Ainun tidak larat untuk menaiki tangga. Selepas meletakkan Ainun ke atas katil, Ainun terlelap dan Syafiq turun ke dapur untuk membuat minuman panas buat Ainun. Semasa sedang membuat minuman untuk Ainun, Syafiq teringat dengan pesanan doktor kepadanya.

"Doktor Syafiq, isteri doktor masih berada pada peringkat awal kandungan. Kestabilan emosinya berperanan besar dalam kandungan yang dia bawa. Kalau emosi isteri doktor tak stabil, kandungan isteri doktor boleh terjejas. Mungkin pada masa ni dia masih lemas walaupun kandungannya masih di peringkat awal, tetapi doktor kena beri perhatian sepenuhnya kepada isteri doktor. Isteri doktor memerlukan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya."

"Baiklah Doktor Maria. Terima kasih."

"Sama-sama."

Syafiq berjanji kepada dirinya untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada isteri dan anak yang berada dalam kandungan isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience