Sam atau Syukrie bersembunyi di belakang ibunya. Beberapa jam berlalu, akhirnya Syafiq terbangun dan mendapati dirinya berada di atas katil. Syafiq melihat anak lelakinya yang sedang bersembunyi di belakang Ainun lalu mengedangkan tangannya untuk memeluk Sam tetapi Sam tidak mahu kerana takut. Ainun menarik tangan kanan Sam atau Syukrie lalu membawanya di hadapan Syafiq.
"Mommy, I'm scared." kata Sam kepada Ainun lalu berpaling dan memeluknya.
"It's okay, sweetheart. He is your dad." akhirnya, Ainun berterus terang dengan kedua anaknya.
Akhirnya, kedua anak kembar mereka dapat menerima Syafiq sebagai ayah kandung mereka. Tetapi, Ainun masih belum bersedia untuk menerima Syafiq kembali sebagai suami dan cinta hatinya. Setelah seminggu Syafiq berada di New York, satu panggilan yang memaksa Syafiq untuk pulang ke Malaysia, iaitu panggilan daripada hospital. Syafiq belum bersedia untuk meninggalkan keluarganya buat sementara kerana takut sementara itu akan menjadi selamanya. Ainun yang memahami akan perasaan Syafiq bersetuju untuk mengikuti suaminya pulang ke Malaysia kerana anak kembar mereka akan mencecah umur lima tahun pada tahun hadapan dan tiba masa untuk mereka bersekolah di sekolah tadika.
Setelah beberapa jam berada di atas kapal terbang, mereka pun sampai di Malaysia. Semasa hendak memunggah barang masuk ke dalam teksi, Ainun membuat satu permintaan yang sangat berat untuk Syafiq tunaikan. Tetapi, Syafiq terpaksa juga menurut dengan kemahuan Ainun.
"Awak, saya nak tinggal di rumah sewa yang saya dan Nana pernah tinggal dulu. Ainun belum sedia nak balik ke rumah awak sebab ingatan saya tentang sejarah hitam dan pahit itu masih segar. Saya harap awak faham." kata Ainun kepada Syafiq sambil mendukung anak lelakinya yang tidur, iaitu Syukrie atau Sam.
"Tapi sayang..." belum lagi Syafiq menghabiskan perkataannya, Ainun yang mendukung anak perempuan mereka yang tertidur, iaitu Sahannie kembali mencela.
"Please... Bila saya dah sedia nanti, saya sendiri yang akan datang kepada awak." kata Ainun kepada Syafiq.
Syafiq dengan berat hati membenarkan Ainun tinggal di rumah sewanya bersama kedua anak kembar mereka. Keesokan harinya, Nana datang melawat Ainun untuk mengubati rindunya terhadap sahabatnya yang sudah lama meninggalkannya.
Pintu dibukakan oleh Ainun dan kedatangannya disambut dengan suram oleh Ainun.
"Assalamualaikum, beb. Boleh aku masuk?" tanya Nana kepada Ainun.
"Masuklah. Lagipun, bukannya duit saya sendiri saya bayar sewa rumah ni. Ni rumah awak juga, kan." jawab Ainun.
"Beb, aku nak minta maaf sebab tak percayakan kau dari awal lagi. Tak sangka arwah Daif masih tak berubah." kata Nana kepada Ainun.
"Semua tu dah berlalu, Nana. Tak payah nak ungkit-ungkit cerita lama. Buat semakkan hidup je." balas Ainun dengan nada yang sedikit marah.
"Tapi beb, hidup aku takkan tenang selagi kau tak maafkan aku. Aku minta maaf, beb. Aku betul-betul menyesal sebab tak percayakan kau." rayu Nana kepada Ainun.
"Awak fikir dengan maaf hidup saya yang dahulunya bahagia dapat kembali?! Awak tak fikir betapa sakitnya hati saya bila awak tolak saya, tak nak percayakan saya! Awak tak fikir betapa menderitanya saya kerana saya tak punya bahu untuk sandarkan kepala saya memikirkan apa sebenarnya yang terjadi dalam hidup saya ni! Empat tahun Nana, empat tahun saya menderita sendiri memikirkan, merindui awak, sebagai sahabat saya sebab saya tak pernah berjauhan dengan awak! Semua kekuatan saya dapat daripada anak-anak saya. Saya bersyukur kalau saya masih ingatkan anak-anak saya untuk teruskan hidup. Pada masa yang sama saya rasa kecewa dengan awak! Kecewa yang teramat sangat!" bentak Ainun sehingga menitiskan air matanya membasahi tudungnya lalu terduduk di atas lantai.
Nana tergamam dengan apa yang telah terjadi. Selama bersahabat dengan Ainun, ini merupakan kali pertama dia melihat kemarahan Ainun yang bernyala-nyala. Kemudian, dia pun terduduk memeluk Ainun dan menenangkan Ainun yang menangis. Lalu Ainun pun memeluk Nana kembali dan memaafkannya. Setelah keadaan kembali tenang, Nana menceritakan keperitan Syafiq selama kehilangan keluarganya. Syafiq hampir kemalangan kerana memandu dalam keadaan yang tidak stabil kerana memikirkan keberadaan keluarganya. Syafiq juga tidak dibenarkan untuk membuat mana-mana pembedahan selama tiga bulan malah hampir dibuang kerja. Ainun dapat rasakan keperitan Syafiq. Akhirnya Nana dan Ainun berbaik kembali dan Nana pun pulang ke rumahnya.
Setelah beberapa minggu berfikir, akhirnya Ainun membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan Syafiq. Ainun mengemaskan semua barang-barangnya bersama kedua anak kembarnya semasa ketiadaan kedua anak kembarnya kerana Syafiq membawa mereka menerokai Kuala Lumpur dan Ainun membenarkannya agar hubungan mereka dapat dieratkan. Hari semakin gelap dan anak kembarnya pun telah kembali ke rumah. Ainun menjemput Syafiq masuk ke dalam rumah. Syafiq berasa hairan kerana Ainun begitu teruja untuk memanggilnya masuk ke rumah. Setelah tiba di pintu rumah, Syafiq melihat beberapa bagasi yang disusun di ruang tamu dan perkara itu membuatkan hati Syafiq gembira. Ainun sudah bersedia untuk kembali ke pangkuan Syafiq.
"Betul ke ni? Sayang nak kembali kepada abang?" tanya Syafiq dengan nada yang gembira. Ainun hanya mengangguk dengan perlahan sebagai jawaban.
Syafiq berlari ke arah Ainun lalu memeluknya dan mengangkatnya. Sahannie atau Susan dan Syukrie atau Sam sudah menempatkan diri mereka di dalam kereta Syafiq. Setelah memuatkan semua bagasi ke dalam keretanya, Syafiq kembali ke dalam rumah sewa tersebut untuk mengambil Ainun. Syafiq mendukung Ainun keluar dari rumah tersebut masuk ke dalam keretanya. Mereka kelihatan seperti pengantin baru. Setelah semuanya selesai, Syafiq memandu dan memecut ke rumah mereka berdua. Syafiq tidak henti-henti memandang dan memegang tangan Ainun sepanjang perjalanan.
Share this novel