Bab 12

Romance Completed 2550

DI RUMAH SYAFIQ DAN AINUN...

"Abang! Cepat lah. Abang Lan dengan Nana tunggu kita kat hospital tu. Nana dah bersalin kat hospital Melaka semalam. Cepatlah bang!" jerit Nana memanggil suaminya yang sedang bersiap di bilik atas.

"Iya sayang, iya. Abang dah nak siap dah ni. Abang nak mandi sebab abang bau ikan sayang tau tak. Dah lah sayang minta abang cari ikan buntal, nak goreng lagi tu. Mau tak mau, abang kena juga buat untuk sayang dan untuk anak kita." rungut Syafiq.

"Ya Allah, abang ni kan. Pasal tu je nak rungut. Abang nak ke sayang jalan sendiri biar abang yang drive sendiri." kata Ainun dengan nada yang merajuk.

"Ya lah. Abang dah siap dah ni. Kita pakai kereta sayang ye? Nnti kalau pakai kereta abang, takut sayang trauma pula sebab sayang kan takut naik kereta tinggi." kata Syafiq kepada Nana.

"Caringnya abang dengan sayang. Dah lah. Jom kita jalan."

Syafiq memandu menuju ke hospital Melaka dan ianya mengambil masa selama beberapa jam dari Selangor kerana Ainun yang selalu merasa lapar. Setelah beberapa jam memandu, akhirnya mereka tiba di hospital tempat Nana dirawat.

"Assalamualaikum. Hai beb. Awak apa khabar?" salam Ainun kepada Nana.

"Waalaikumsalam. Ya Allah, beb! Akhirnya kau datang juga. Alhamdulillah, sihat." balas Nana.

"Beb, aku minta maaf sebab tak dapat call kau masa aku nak bersalin. Janji nombor lima kita tak dapat ditunaikan. Kita berjanji kalau kita dah nak bersalin, kita mesti ada dekat sisi antara satu dengan yang lain." kata Nana sekali lagi kepada Ainun.

"Eh, kenapa pula nak minta maaf? Yang penting, kau ngan baby tu selamat. Takde yang un-healthy. Dua-dua safe and healthy. Alhamdulillah, akhirnya kau dapat juga seorang anak lelaki." kata Ainun kepada Nana.

Lan mengangkat bayi tersebut dan memberikannya kepada Ainun. Syafiq hanya mampu memerhati dari jauh kerana keadaan Nana yang agak terbuka sedikit membuatkan Syafiq berasa tidak selesa. Syafiq ingin keluar dari ruangan tersebut tetapi Lan melarangnya kerana Lan nak Syafiq mendukung bayi tersebut serta merasakan perasaan seorang pakcik dan ayah.

"Ainun, ni Mohd Azlan Azryan bin Mohd Azmilan. Anak lelaki kepada Nana binti Abah dan Mohd Azmilan bin Muktar. Cantik tak nama tu?" terang Lan kepada Ainun.

"Mohd Azlan Azryan. Best la nama tu, abang Lan." kata Ainun dengan nada teruja.

"Nana pun suka nama tu." sampuk Nana sambil tergelak.

Syafiq meminta diri untuk pulang dan membawa Ainun sekali kerana ada hal penting yang perlu Syafiq uruskan di hospital. Setibanya mereka di rumah, Syafiq bergegas mengambil beg galasnya dan berlari menuju ke kereta. Beberapa saat kemudian, Syafiq menghidupkan enjin keretanya dan pagar automatik pun telah dibuka dari dalam oleh Ainun. Syafiq turun dari keret dan berlari mendapatkan isterinya di ruang tamu.

"Sayang, abang lupa sesuatu la dengan sayang." kata Syafiq dengan lembut kepada isterinya.

"Apa dia?" soalnya kepada Syafiq.

Syafiq mengucup dahinya kemudian berlari ke kereta dan meninggalkan perkarangan rumah. Pagar automatik pun tertutup dari dalam kereta oleh Syafiq sejurus sahaja Syafiq keluar dari kawasan rumah tersebut. Selepas Syafiq pergi ke kerja, Ainun pun membuat surat peletakan jawatan untuk dihantar ke tempat kerjanya. Ainun ingin menjadi suri rumah sepenuh masa seperti yang dia inginkan sebelum berbadan dua. Setelah selesai mencetak surat tersebut, Ainun terus memecut ke tempat kerjanya.

"Assalamualaikum, Encik Zali."

"Waalaikumsalam. Eh, Ainun? Kenapa datang ke mari? Bukannya kamu ada dua hari lagi ke bercuti?"

"Iya, saya ada dua hari lagi. Tapi mungkin saya tidak akan dapat kekalkan diri untuk bekerja lagi. Saya dah buat keputusan nak menjadi suri rumah sepanjang masa." balas Ainun sambil menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Encik Zali.

"Awak nak berhenti kerja ke? Saya terima surat peletakan jawatan kamu. Tapi kalau kamu masih nak bekerja, tempat ini akan selalu terbuka untuk menerima kamu kembali. Kamu merupakan peguam terbaik tahun ini kerana telah memenangi sebanyak sembilan kes. Saya harap, kamu bahagia dunia akhirat."

" Amiin. Alhamdulillah. Terima kasih Encik Zali."

"Sama-sama Ainun."

Ainun pulang ke rumahnya dengan perasaan puas hati. Setibanya dia di rumah, Ainun terus naik ke bilik, menghidupkan penghawa dingin dan melabuhkan tubuhnya di atas katil.

"Akhirnya! Dapat juga aku selesaikan kehendak aku."

Ainun tertidur sehinggalah Syafiq pulang dari bekerja. Syafiq yang penat juga melabuhkan tubuhnya di sebelah Ainun. Ainun terjaga tetapi dia menyambung tidurnya dan mendekatkan dirinya kepada Syafiq. Tangan kanan Syafiq pun merangkul leher Ainun dan memeluk dia dengan rapat sehingga mereka berdua tertidur. Hari yang begitu memenatkan bagi sepasang suami isteri yang bekerjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience