Bab 3

Romance Completed 2540

Setelah beberapa jam terlelap, akhirnya Ainun tersedar dan melihat jam yang ada pada lengan kanannya. Jam tersebut sudah menunjukkan pukul 10 pagi.
"Ya Allah! Dah pukul 10 pagi?! Aku belum lagi tunaikan solat subuh! Aku kat mana ni?"
Nana bersembunyi di belakang pintu dan melompat keluar dan menjerit. Ainun terkejut dan melatah. "Oii hey kau eh aku eh dia eh awak eh ewah eh apa pasal pulak ni. Ya Allah! Beb! Kau tau tak aku sekarang ni nak latih diri aku untuk tidak melatah! Aku kat mana ni? Kenapa tempat ni mewah dan cantik? Aku kat syurga ke? Aku dah mati ke?" soal Ainun dengan nada yang risau.
"Eh, beb! Kau tak mati lah. Kau kat rumah kami sekarang. Syafiq yang bawa kau kat sini sebab takde siapa yang nak jaga kau kat rumah sana. Syafiq kata kau kurang sihat, sebab tu la kau pengsan semalam kat restoran. Gelabah betul Syafiq semalam masa dia hantar kau ke sini. Macam tunggu isteri nak bersalin. Siap bagi aku tips lagi cara-cara nak jaga kau macam mana kalau kau jadi macam ni lagi." kata Nana. Ainun merasa serba salah dengan tindakannya yang menuduh Syafiq sebagai malapetaka dalam hidupnya. Tiba-tiba, bunyi cawan kaca berkeriut dari jauh dan satu tubuh yang sasa dan sedikit buncit sedang berjalan menuju pintu yang terbuka. Nana berkata kepada Lan, suaminya dengan nada yang tinggi untuk berhenti sekejap kerana Ainun tidak memakai tudung. "Tunggu sekejap bang, Ainun belum bersiap. Ainun, tudung kau, pakai cepat sebelum Lan masuk".
"Ya Allah! Boleh pula aku tak perasan yang aku tak bertudung. Kau ada selendang tak? Tudung aku kotor habis la kena air milo panas semalam." kata Ainun. Mereka mencari selendang seperti mencari harta karun tetapi tidak dijumpai selendang. Ainun terpaksa menudungi kepalanya dengan selimut yang dipakainya dan ketawa sendiri kerana melihat dirinya seperti orang eskimo. Akhirnya, Nana memberikan isyarat untuk Lan dibenarkan masuk. Lan membawa teh hijau yang panas ke dalam bilik tersebut dan terus berlalu pergi kerana memahami situasi tersebut. Nana menghantar Ainun pulang ke rumah dan meminta nombor telefon Syafiq. Ainun masih berasa serba salah dengan tindakannya terhadap Syafiq semalam. Dia menelefon Syafiq untuk berjumpa dengannya tetapi Syafiq tidak dapat berjumpa dengannya kerana masih ada satu lagi pembedahan yang akan dia jalani. Mereka membuat keputusan untuk berjumpa pada hari esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience