Bab 20

Romance Completed 2540

Ainun membuka matanya dan memori yang dia kenang itu hilang secara tiba-tiba. Keadaannya yang begitu lemah dan pucat tidak mampu berbuat apa-apa. Dia kecewa melihat dirinya yang hanya mampu terbaring dan tidak berdaya. Dia mencari kelibat Syafiq dan anak-anaknya tetapi tidak dijumpai. Syafiq sedang menunaikan solat Isyak di surau hospital sebelum membuat pemeriksaan bagi setiap pesakit yang berada di bawah rawatannya, termasuk isterinya sendiri iaitu Ainun. Setelah selesai membuat pemeriksaan terhadap setiap pesakit di bawah rawatannya, dia terus menuju ke bilik isterinya.

"Assalamualaikum, sayang. Sayang apa khabar?" tanya Syafiq sambil melipat tangan dan bersandar di hadapan pintu bilik tersebut.

"Waalaikumsalam. Sayang ok. Abang dari mana? Mana budak-budak?" tanya Ainun kepada suaminya.

Syafiq masuk sambil membuka jaket putih panjang yang dia pakai sepanjang hari lalu menggantungnya di belakang pintu bilik tersebut. Kemudian, Syafiq duduk di sisi Ainun dan mengusap kepalanya. Syafiq menggenggam setiap gumpalan rambut Ainun yang melekat di telapak tangannya.

'Ya Allah, hambaMu mohon agar penderitaan isteri hambaMu ini engkau permudahkan. Janganlah engkau biarkan isteri hambaMu ini menanggung penderitaan yang besar dengan lama. Jikalau sudah tiba masanya untuk dia pergi meninggalkan dunia ini, hambaMu merelakan pemergiannya dan terima takdir Ilahi yang telah tersurat bagi hambaMu.'

Keesokan harinya, Syafiq yang tertidur sambil menggenggam tangan Ainun dikejutkan dengan usapan Ainun yang lemah pada rambutnya.

"Abang, Ainun nak jumpa anak-anak kita bang. Ainun rasa rindu dengan mereka."

"Ok. Kejap ye, abang nak call Nana dan Lan dulu."

Syafiq keluar daripada bilik tersebut lalu bercakap dengan Lan di telefon. Beberapa minit kemudian, Syukrie dan Annie tiba lalu memeluk Ainun.

"Mommy, we miss you so much. When will you be home? We miss everything about you mommy." kata Syukrie kepada Ainun dengan nada yang manja.

"Mommy will coming home soon, sweetheart." balas Ainun.

'Ya Allah, hambaMu mohon kekuatan daripadaMu, ya Allah. HambaMu mohon agar Engkau kuatkan mereka dalam melepaskan pemergian hambaMu untuk kembali kepadaMu, ya Allah. Jangan pernah Engkau tinggalkan mereka dalam menghadapi kehidupan ini. Tak lama lagi aku akan tinggalkan semua. Selamat tinggal Syafiq, suamiku. Selamat tinggal Syukrie, anak sulungku. Selamat tinggal Anie, anak bongsuku.'

Tepat pukul dua petang, Ainun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ainun dikebumikan di sebelah ibu bapanya. Setelah selesai membacakan Yassin, Syafiq dan kedua anak kembarnya mengemas barang-barang yang ada lalu pulang. Syafiq menoleh ke belakang lalu melihat kelibat Ainun yang tersenyum kepadanya dan membalas senyumannya dengan senyuman yang sangat manis.

'Suhainun Syafiqah, terima kasih kerana telah membahagiakan abang selama sayang masih hidup di dunia ini. Abang bersyukur kalau Allah telah menemukan kita dengan satu parking je. Abang pasti, Allah yang mempertemukan kita, Allah juga yang memisahkan kita. Sayang tunggu abang di sana. Abang akan selalu mendoakan sayang agar sayang tenang di sana. Biarlah cinta abang kekal abadi bersama sayang dalam hati abang. Selamat tinggal, Suhainun Syafiqah. Selamat tinggal isteriku'

Syafiq pergi meninggalkan kawasan perkuburan tersebut. Manakala, kedua anak kembarnya yang baru sahaja ditenangkan daripada menangis teresak-esak tertidur di tempat duduk belakang. Syafiq hanya tersenyum melihat mereka berdua dan melihat kelibat Ainun yang berbaju dan bertudung putih bersinar membelai kedua anak kembar mereka. Syafiq tahu bahawa walaupun isterinya sudah tidak bersama-sama mereka lagi di dunia ini, tetapi isterinya tetap berada dalam hati mereka.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience