Bab 8

Romance Completed 2550

Sayfiq bercuti selama sebulan kerana hendak meluangkan masa dengan Ainun. Syafiq tidak terlalu risau dalam meninggalkan pekerjaannya kerana banyak doktor Neurosurgeon yang boleh gantikan dia. Tetapi, seminggu selepas dia menghabiskan cutinya, Syafiq bergegas turun dengan pakaian yang rapi. Ainun hairan dengan gelagat suaminya itu.

"Aii abang, kata takde kerja. Apasal tiba-tiba je ni pakaian smart." tanya Ainun

"Abang ada emergency. Pesakit yang abang bedah semalam masih tidak sedarkan diri dan tekanan darahnya menurun jadi abang nak pergi check dulu kalau ada apa-apa yang tidak kena." balas Syafiq.

"Mm. Yelah. Sebelum tu, makan dulu ni dan minum susu ni."

Ainun menyuap Syafiq dalam keadaan berdiri dan Syafiq melahap makanan yang Ainun suapkan dengan kelam kabut.

"Dah. Abang jalan dulu ya? Bye." kata Syafiq.

"Ok bang. Hati-hati." balas Ainun.

Syafiq menugucup bibir Ainun dan mengenyitkan mata sebelum jalan ke kerja. Ainun terkejut melihat perbuatan suaminya.

"Abang kenakan lagi sayang" kata Ainun dengan nada yang perlahan.

Ainun kembali ke dapur dan menjamah sarapannya. Ainun berangan-angan dengan masa hadapannya bersama anak-anak. Dia berharap dia dapat melahirkan anak kembar.

"Kan bagus kalau rumah ni ada anak-anak. Barulah aku tak bosan. Nanti, kalau dah ada anak-anak, aku nak berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa."

Ainun bersungguh-sungguh hendak menjadi ibu dan isteri yang baik kepada keluarganya pada masa hadapan. Dia ingin menumpukan sepenuh perhatiannya kepada anak-anak.

DI HOSPITAL

"Ini bukan perkara main-main! Kalau kamu betul nak kerja dalam bidang ni, kamu kena perhatikan betul-betul! Kan saya dah kata, jangan lepaskan pandangan kamu daripada pesakit ni!" tegas Syafiq kepada jururawat dan junior doktor neurosugeon yang bekerja dalam kumpulannya.

"Kami minta maaf Doktor. Kami sepatutnya lebih berhati-hati dan lebih teliti. Sekali lagi kami minta maaf Doktor Syafiq." kata Sufi, salah satu doktor junior Syafiq.

"Baiklah. Kali ini saya maafkan. Tapi kalau perkara ni berulang lagi, saya tidak akan segan-segan mengeluarkan kamu dari senarai pasukan saya dan dari hospital ni. Kamu faham tak?"

"Kami faham doktor ."

Syafiq pulang ke rumah dengan tekanan. Dia menghempaskan tubuh dan beg galasnya di sofa. Ainun turun ke ruang tamu kerana mendengar bunyi pintu di buka kerana dia mendapati suaminya sudah pulang. Ainun duduk di sebelah kanan suaminya dan meletakkan kedua tangannya di kedua-dua bahu suaminya dan memicitnya dengan penuh kasih sayang.

"Abang? Abang ok tak? Nampak macam stress je abang ni?"

"Ainun jangan ganggu abang dulu boleh tak?"

Ainun terkesima. Ainun? Sepanjang mereka berkahwin, belum pernah Syafiq memanggil dia dengan namanya selain sayang.

"Abang panggil sayang Ainun? Abang dah makan? Kalau belum, Ainun tolong panaskan." soal Ainun untuk mengubah suasana.

Syafiq memandang isterinya dengan penuh marah.

"Kan abang dah cakap, jangan ganggu abang dulu!!" bentak Syafiq lalu menepis tangan Ainun lalu menongkat kepalanya.

Ainun terkejut dengan kelakuan Syafiq dan terus berlalu ke dapur untuk memanaskan makanan buat suaminya.
Ainun terasa hati apabila dibentak oleh Syafiq kerana sebelum ini dia belum pernah dibentak oleh sesiapa. Air mata Ainun jatuh ketika sedang memanaskan makanan untuk Syafiq.

"Abang, marilah makan. Ab..."

Ainun rebah di dapur. Syafiq tidak perasan dengan keadaan Ainun sehinggalah dia pusingkan kepalanya menuju ke arah dapur lalu mencari kelibat isterinya yang kata hendak memanaskan makanan untuknya. Akhirnya, dia membuka langkah kakinya menuju ke dapur dan berhenti sejenak di hadapan tubuh isterinya yang sedang terbaring.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience