Bab 19

Romance Completed 2540

Ainun kembali menjalani kehidupannya seperti biasa bersama suami dan anak-anaknya. Hari semakin dan tiba masa untuk Ainun mendaftarkan anak-anaknya ke sekolah tadika. Syafiq tidak dapat menemani isteri dan anak kembarnya untuk mendaftarkan mereka. Semasa Ainun hendak menyiapkan barang-barang sekolah anak-anaknya, tiba-tiba dia merasakan suatu kesakitan yang sangat sakit pada kepalanya sehingga dia ingin rebah tetapi dia menahannya. Kesakitan itu terus menyerang dan menyerang sehingga Ainun membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan penuh sebelum mendaftarkan anak-anaknya.
Setelah tiba di hospital, Ainun hampir terserempak dengan Syafiq yang sedang berjalan sambil meneliti fail-failnya tetapi Ainun sempat mengelak daripada bertembung dengan suaminya. Beberapa jam berlalu dan Ainun pun selesai membuat pemeriksaan kesihatan sepenuhnya. Ainun diminta untuk kembali ke hospital keesokan harinya bagi mengetahui keputusan pemeriksaan kesihatan. Ainun risau dengan keputusan tersebut. Keesokan harinya, Ainun kembali untuk mendapatkan hasil keputusan kesihatannya.

"Puan Suhainun, sebelum saya jelaskan dan serahkan keputusan ini kepada Puan, saya minta puan untuk bersabar." terang doktor tersebut kepada Ainun.

"Baiklah doktor." jawab Ainun.

"Puan Suhainun, saya sarankan agar puan serahkan keputusan ini kepada pakar untuk mengesahkan sama ada keputusan ini positif ataupun bukan. Kami mengesan ada suatu ketumbuhan pada otak puan
. Puan Suhainun berpotensi mengalami barah otak." terang doktor tersebut kepada Ainun.

"Ya Allah! Barah otak?" tanya Ainun untuk mendapatkan kepastian.

"Saya sarankan supaya Puan serahkan keputusan ini kepada Pakar Neuro kerana mereka pakar dalam hal ini." saranan doktor kepada Ainun.

"Baiklah doktor, terima kasih"

"Sama-sama Puan Suhainun."

Ainun terus berlari dan pergi mencari doktor Pakar Neuro. Akhirnya, dia menemui Syafiq yang sedang berehat.

"Assalmualaikum, abang!" sapa Ainun.

"Waalaikumsalam. Eh, sayang? Sayang buat apa kat sini? Rindu ye dengan abang?" tanya Syafiq.

"Ish! Tak ada lah. Sayang datang ni nak tau sesuatu dari abang."

"Apa dia?" Syafiq kembali bertanya.

Ainun menyerahkan satu sampul coklat besar kepada Syafiq dan Syafiq pun membukanya.

"Astaghfirullah hal azim, sayang. Siapa punya test result ni?" tanya Syafiq dengan terkejut.

"Oh, ni kawan bekas kolej Ainun dulu. Dia minta Ainun tolong confirmkan. Kenapa bang?" tanya Ainun sekali lagi.

"Result dia mengatakan bahawa pesakit tersebut mengalami barah otak tahap akhir." jawab Syafiq.

"Tahap akhir? Masih boleh sembuh ke lagi ni bang?" soal Ainun sekali lagi.

"Kalau tahap akhir, susah sebab peluang untuk dia selamat 80/20." sekali lagi Syafiq menjawab soalan Ainun.

Ainun terasa seperti ingin menangis tetapi dia menahan kerana dia tidak sanggup menangis di hadapan suaminya. Ainun membuat keputusan untuk menyembunyikan hal ini daripada suaminya agar suaminya tidak terlalu risau dengan keadaanya. Hari demi hari berlalu, sedikit demi sedikit Ainun kehilangan gumpalan rambutnya. Wajahnya menjadi semakin pucat namun, dia menutupinya dengan alat solek untuk mengelakkan suaminya curiga. Berat badannya semakin susut dan tubuhnya semakin kurus dan mengecil. Akhirnya, dia rebah di lantai biliknya kerana dia merasakan tubuhnya semakin lemah. Pada masa yang sama, Syafiq juga tiba dan melihat isterinya rebah ke atas lantai bilik mereka dan terus membawanya ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience