Bab 14

Romance Completed 2540

Satu deringan menandakan mesej masuk berbunyi. Ainun membuka mesej tersebut dan terkejut. Mesej tersebut daripada Daif dan bertulis,

'Kita jumpa kat cafe yang selalu kita kunjungi masa kat kolej dulu. Kalau tak, aku akan kacau keluarga awak. Tapi, kalau awak turuti permintaan aku, aku takkan ganggu keluarga awak dan aku takkan munculkan diri aku lagi di depan awak.'

Ainun dengan terpaksa menurut permintaan Daif demi keluarganya.
Setelah Ainun tiba di cafe yang mereka selalu kunjungi dahulu, seorang lelaki dengan berpakaian serba hitam dan memegang kamera duduk di sebelah barisan meja. Ainun tiba di cafe dan duduk berhadapan dengan Daif.

"Akhirnya, awak datang juga. Awak nampak makin cantiklah. Makin terpikat saya awak buatnya." kata Daif kepada Ainun.

"Kau nak apa?! Kenapa kau tiba-tiba muncul di depan aku?! Kenapa kau nak ganggu hidup aku?!" bentak Ainun.

"Woho, sabar sayang, sabar. Saya cuma nak awak je, sayang. Tinggalkan suami awak dan kahwin dengan saya. Saya boleh bahagiakan awak, sayang." kata Daif kepada Ainun sambil meletakkan tangannya di atas tangan Ainun.

Ainun menepis tangan Daif dan membentaknya sekali lagi.

"Lepaskan tangan aku! Kau fikir aku ni patung?! Kau fikir suami aku tu barang pakai buang?! Hei! Mimpilah kau! Aku hanya cintakan suami aku seorang je dan aku takkan tinggalkan suami aku demi manusia yang keji macam kau!"

Daif berdiri dan duduk di sebelah Ainun. Daif meletakkan tangannya di bahu Ainun dan tangan kirinya memegang tangan kanan Ainun yang berada di atas paha Ainun. Kemudian dia mengusap lembut pipi Ainun. Pada masa yang sama, lelaki yang berpakaian serba hitam tersebut menangkap gambar mereka berdua. Ainun berdiri lalu menampar Daif. Semua orang yang berada di kafe tersebut terkejut dengan perbuatan Ainun. Kali ini, Ainun menjerit nama Daif dengan kuat dan mempermalukan Daif.

"Rasdaif bin Ahmad, jantan tak guna! Pemusnah hidup orang, pembunuh, pemerkosa, orang yang paling hina yang pernah saya jumpa! Sampah masyarakat yang tak guna! Sanggup merayu supaya kita tinggalkan orang yang kita sayang hanya untuk membahagiakan diri dia sendiri! Jantan tak guna! Kamj semua hati-hati dengan jantan ni!"

Ainun berdiri dan terus pergi dari kafe tersebut dengan perasaan puas hati.
Daif hanya tertawa kecil kerana Ainun betul-betul telah masuk ke dalam perangkap Daif.

"Awak permalukan saya? Awak tunggu, tak lama lagi awak akan jadi milik saya." kata Daif dengan nada yang perlahan.

Ainun terus pulang ke rumah dan mencari Syafiq. Syafiq meninggalkan nota lekat pada peti sejuk.

'Saya ada emergency kat hospital. Awak panaskan je makanan kat dalam peti sejuk yang saya dah masak.'

Ainun terus naik ke bilik atas dan mendapati Nana dan Lan sedang menjaga kedua anak kembarnya. Nana yang syok mendukung anak perempuan Annie berpaling dan melihat Ainun.

"Hai beb, kau dah sampai. Syafiq call tadi minta tolong jaga anak-anak kau so, kami pun dengan big pleasure menawarkan diri. Nasib baik Lan balik awal tadi." terang Nana tentang keberadaan mereka di rumah Ainun dan Syafiq.

"Terima kasih beb." jawab Ainun ringkas.

Lan menerima panggilan telefon dari pejabatnya meminta untuk dia turun ke pejabat. Nana mengikuti Lan sekaligus pulang ke rumah. Nana tidak mahu mengejutkan Ainun. Nana hanya meninggalkan nota kecil kepada Ainun.

'Sorry beb, kitorang ada hal sikit. Tak sanggup nak kejutkan kau. So, kitorang jalan tanpa beritahu. Bye'

Ainun terbangun dan membaca nota tersebut. Dia hanya tersenyum membaca nota tersebut. Ainun membuka langkah kakinya menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Kemudian, dia memandikan kedua anak kembarnya. Setelah dia siap membersihkan diri, Ainun turun ke bawah untuk menjemput suaminya yang baru pulang dari kerja.
Semasa hendak menyalam suaminya, Syafiq menampar Ainun dan mengheret Ainun ke bilik atas. Dia memasukkan semua baju-baju Ainun dan baju anak-anak mereka ke dalam beg besar. Syafiq mengheret Ainun keluar dari rumah. Dia membuang beg pakaian Ainun dan masuk semula ke dalam dan mengambil anak kembar mereka lalu memberikan mereka kepada Ainun.

"Abang! Kenapa abang buat macam ni?! Kenapa?! Abang halau sayang ke?!" tanya Ainun dengan menangis.

"Kau jangan pernah injakkan kaki lagi di rumah ni. Kau bawa anak-anak kau yang kau claim anak aku dan jangan pernah muncul depan aku lagi. Kalau tak, aku bunuh kau dan anak-anak kau sekali! Perempuan murahan! Selama ni kau tipu aku bulat-bulat! Rupanya selama ni kau seorang pelacur! Bertudung! Munafik! Kau berhambus!" bentak Syafiq sambil menaikkan jari telunjuk ke arah luar pagar.

"Kenapa?!" jerit Ainun.

"Kau tanya aku kenapa?! Ini!" Syafiq melempar sepucuk sampul surat kepada Ainun.

Ainun membuka sampul tersebut. Dia melihat gambar-gambar tersebut dan menafikannya. Kemudian, tertulis satu surat yang berkata;

'Tak sangka satu malam seja boleh buatkan sayang lahirkan anak kembar. Tapi, walaupun dah ada anak kembar, saya tetap cintakan sayang dan tubuh sayang yang seksi tu'

Ainun mengucap. Syafiq menghempaskan pintu sehingga tertutup rapat. Ainun memandu keretanya lalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience