Bab 11

Romance Completed 2540

Selepas beberapa jam menunggu, seorang jururawat keluar dan memanggil seseorang.

"Sesiapa di sini suami kepada Puan Nana?"

Lan yang mendengar nama tersebut terus berdiri dan mendapatkan jururawat tersebut.

"Saya suami dia. Macam mana dengan keadaan anak dan isteri saya?"

"Tahniah, anak lelaki encik telah selamat dilahirkan." kata jururawat tersebut kepada Lan.

"Alhamdulillah, Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, terima kasih." Lan menyapu mukanya dengan kedua belah tapak tangannya. Kemudian dia bertanya lagi.

"Macam mana dengan keadaan isteri saya nurse?"

"Isteri encik masih tidak sedarkan diri tetapi isteri selamat dan sedang berehat. Encik boleh berjumpa dengan isteri encik selepas kami pindahkan isteri encik ke wad wanita."

"Baiklah nurse. Terima kasih." ucap Lan.

Nana terbaring di atas katil hospital dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dan bayi mereka pada sisi kanan Nana yang nyenyak tidur. Lan melaungkan azan dengan lembut pada telinga anak lelaki mereka. Kemudian, Lan mengucup dahi Nana dengan penuh kasih sayang sehingga menitiskan air mata. Nana terbangun kerana merasakan ada satu benda yang berat pada dahinya. Nana terkejut melihat dada Lan yang sasa berada tepat di hadapan matanya dan menaikkan anak matanya melihat suaminya yang sedang mengucup dahinya. Nana memeluk pinggang suaminya sehingga mengejutkan Lan dan menatap mata Nana.

"Alhamdulillah, sayang dah sedar akhirnya." kata Lan.

"Dah berapa lama sayang tak sedarkan diri?" tanya Nana kepada Lan.

"Lebih kurang empat jam setengah." jawab Lan.

"Ya Allah, lamanya. Maafkan Nana bang sebab tinggalkan abang selama empat jam setengah."

"Eh, kenapa nak minta maaf pula. Sayang berjuang untuk abang, untuk anak kita. Sayang berjuang untuk meneruskan generasi abang. Sepatutnya abang berterima kasih dengan sayang sebab sayang sanggup pertaruhkan nyawa sayang untuk memberikan abang zuriat. Terima kasih, sayang." Lan berkata kepada isterinya sambil meletakkan tangan kanannya pada pipi sebelah kiri Nana.

Nana menutup matanya menikmati kelembutan tangan suaminya yang diletakkan pada pipi sebelah kirinya.

"Abang ni, suka berkata manis dengan Nana. Oh ya bang, dah call Ainun dengan Syafiq ke?"

"Allah! Abang lupa la. Kejap abang call dulu mereka."

Lan terus mengambil telefon yang ada pada poket kirinya dan menekan nama 'Brof Syaf'.

"Assalamualaikum, bro. Oh, Ainun ke? Mana Syafiq? Haha, akhirnya dia ke dapur juga. Ni abang nak bagitau ni yang Nana dah bersalin. Kami dapat anak lelaki. Alhamdulillah, terima kasih Ainun. Baiklah, nanti abang jemput kat luar. Assalamualaikum." Lan meletakkan telefonnya.

"Abang telefon Ainun ke?" soal Nana.

"Tak lah, abang call Syafiq tapi Ainun yang jawab. Katanya Syafiq kat dapur masak." jawab Lan.

"Masak? Reti ke adik abang tu masak?"

"Abang tak tahu la. Tapi pandai juga dia jaga isterinya yang mengandung tu."

Nana mengangguk tanda setuju dengan kata suaminya. Lan mendukung anak lelakinya dan meletakkan pada lengan kanan Nana.

"Eh, hidung dia macam abang lah" kata Lan kepada Nana.

"Ye ke? Bukannya macam Nana ke? Eh, macam Nana lah. Mata dia ikut abang." balas Nana sambil tergelak.

"Hmm. Ye lah. Ikut sayang." Lan berkata lagi sambil menaikkan kening sebelah kanannya.

"Eh, mana mak dengan ayah?" soal Nana.

"Diorang terpaksa balik tadi sebab mak lupa nak tutup kipas elektroniknya sekali nak kemas baju Nana. Ayah pula lupa nak tutup reban ayam semalam. Terpaksalah ayah kejar anak-anak ayam tu ke hulu dan ke hilir." terang Lan panjang lebar.

"Adik kembar Nana pula, kat mana?" sekali lagi Nana mengajukan soalan.

"Oh, mereka kata tak nak tinggal. Sekarang waktu belajar katanya. Jadi diorang pun ikutlah mak dan ayah pulang. Disiplin juga adik-adik sayang ni ya." jawab Lan.

"Diorang tu memang begitu. Ayah pun tak faham dengan perangai mereka tu. Tapi kan, pemikiran mereka tu betul-betul lincah. Kalau mereka nak, mereka betul-betul akan usahakan. Memang respect la Nana dengan diorang tu. Nana pun tak risau sebab dah ada orang lain dah yang boleh tolong-tolong mak dan ayah kat rumah. Zul tolong mak buat kerja rumah, Ain tolong ayah di kebun dan ladang. Terbalik kan." terang Nana.

"Ha ah. Lelaki buat kerja perempuan, perempuan buat kerja lelaki. Memang padanlah." balas Lan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience