Bab 7

Romance Completed 2550

Bunyi telefon bimbit Ainun berbunyi dan terpapar nama Nana. Ainun mengangkat panggilan tersebut dan mengucap salam.

"Assalamualaikum. Ada apa beb? Kenapa tetiba je kau call aku ni? Kau rasa tak sihat ke atau apa ke?"

"Waalaikumsalam. Takde lah, kau ni beb. Mentang-mentang aku sarat mengandung langsung nak fikir yang bukan-bukan. Aku cuma nak ajak kau je lepak kat rumah aku. Aku bosan la beb duduk sorang-sorang kat rumah besar ni. Terasa macam kosong."

"Laaa. Ye ke? Tak pe lah. Aku nak gi siap dulu. Nanti aku call kau kalau aku dah sampai."

Ainun memakai baju kemeja berwarna kelabu yang dihadiahkan oleh Nana masa mereka masih di kolej dan memakai tudung berwarna ungu lembut serta skirt hitam panjang. Kemudian, dia terus mengambil kunci keretanya dan memecut ke rumah Nana.
Setelah beberapa minit memandu, Ainun tiba di hadapan rumah Nana dan menelefon Nana.

"Assalmualaikum, beb. Aku dah ada kat depan pagar rumah kau ni."

"Ok beb. Kejap, aku nak gi buka pagar dulu." tuut. Talian diputuskan.

Pagar dibuka selepas Nana menekan suis pagar yang berada di hadapannya dan menjemput Nana masuk ke dalam rumah.

"Akhirnya, ada juga teman aku kat rumah ni. Bosanlah sorang-sorang kat sini. Baru je aku nak bermanja-manja dengan suami aku dan kena panggil ke office. Katanya ada projek baru yang dia kena handle. Lagipun esok aku nak balik kampung dengan Lan. Nak melahirkan dekat sana."

"Wah, baguslah! Ada yang boleh tolong jagakan kau nanti kat sana. Aku pun bosan juga sorang-sorang kat rumah. Baru dua hari kitorang kahwin dah kena call buat surgery. Aku pula masih ada seminggu nak cuti."

Nana dan Ainun berkongsi cerita tentang keadaan mereka setelah hidup sebagai seorang isteri.
Matahari sudah terbenam dan Ainun pun pulang ke rumahnya. Ainun terserempak dengan Lan, abang iparnya semasa hendak keluar dari kawasan perumahan tersebut dan membunyikan hon.
Setelah Ainun tiba di hadapan rumahnya, dia menekan suis yang bergantung di cermin hadapan keretanya dan pagar rumah tersebut terbuka lalu meletakkan keretanya di sebelah kereta Syafiq. Syafiq pulang ke rumah sebelum matahari terbenam.

"Assalamualaikum, abang oh abang."

"Waalaikumsalam. Hah, sayang ni dari mana? Kenapa abang balik sayang tak de kat rumah?"

"Oh. Sayang pergi rumah Nana kejap. Nana minta sayang temankan dia. Esok dia nak pulang kampung. Nak melahirkan di kampung katanya."

"Lan pun ada juga cakap dengan abang. Sayang dah masak ke? Abang lapar ni."

"Sayang ada masak tadi nak makan tengah hari tapi tak kesampaian sebab Nana call. Kalau nak sayang boleh tolong panaskan."

"Sayang tak makan sekali ke?"

"Tak lah. Dah kenyang makan kat rumah Nana tadi. Tapi sayang boleh temankan abang makan."

"Boleh juga. Cepat lah panaskan. Perut abang dah berbunyi ni. Dah macam guntur dah."

"Ye, baiklah. Dah lah abang belum mandi. Nasib perfume abang tahan lama. Kalau tak, mesti sayang pengsan nanti"

"Abang nak mandi dengan sayang nanti. Boleh tak? Lagipun, kalau sayang pengsan abang kan ada? Hehe."

"Hish abang ni. Mengada-ngada."

Ainun menuju ke dapur dan memanaskan makanan untuk Syafiq. Syafiq menjamah makanan tersebut dengan penuh selera kerana kesedapan masakan Ainun selalu membuatkan dia lapar.
Setelah makan, Ainun membasuh pinggan Syafiq dan naik ke bilik tidur. Syafiq membuka kemeja birunya dan memakai tuala mandi menuju ke bilik mandi. Ainun membuka tudungnya dan melabuhkan tubuhnya di atas katil kerana kepenatan.
Selepas beberapa minit, Syafiq keluar dari bilik mandi dan terus melabuhkan tubuhnya di sebelah Ainun. Tangan kanannya merangkul pinggang Ainun dan menariknya dekat kepada dadanya. Ainun yang sudah terlelap tersedar dengan tindakan suaminya itu lalu menepis manja bahu suaminya.
Tangan Syafiq perlahan-lahan membuka butang baju kemaja Ainun dan mengucup dahi Ainun. Ainun hanya merelakan perbuatan Syafiq dan menyangkutkan tangannya di leher Syafiq. Ainun dan Syafiq bertentang mata. Kemudian, Syafiq menarik selimut putih dan menudungi tubuh mereka. Ainun merelakan suaminya menikmati tubuhnya pada malam itu.

Pagi sudah menjelma dan matahari sudah terbit. Ainun tidur berbantalkan tangan kanan Syafiq yang berotot dan tangan kiri Syafiq memeluk pinggangnya yang ramping. Ainun cuba untuk melepaskan pelukan suaminya tetapi suaminya mengeraskan tangannya supaya Ainun tidak pergi dari pelukannya.

"Abang! Bangunlah. Dah terik dah matahari tu. Abang tak kerja ke?"

"Tak lah. Abang cuti hari ni. Abang nak spend time dengan sayang."

"Kalau ye pun nak spend time dengan sayang, bagilah sayang pakai baju dulu. Takkan nak turun ke dapur nak masak sarapan macam ni je? Hish abang ni."

"Biarlah. Takde siapa juga kat dalam rumah ni selain sayang dengan abang. Lagipun, kita ni halal jadi tak salah kalau abang nak tengok sayang je depan abang."

"Hish abang ni, mengada je. Takkanlah sayang nak turun macam ni? Abang tak lapar ke?"

"Abang tak lapar. Abang cuma nak berehat atas katil ni je dengan sayang boleh tak? Lagipun abang penatlah. Sayang temankan abang rehat ye?"

"Mm. Yelah. Tapi dengan satu syarat, tangan abang tak boleh meliar"

"Laa. Kalau itu abang tak boleh janji."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience