Bab 13

Romance Completed 2550

LAPAN BULAN KEMUDIAN...

Syafiq mundar-mandir di hadapan bilik bersalin menunggu berita daripada doktor atau jururawat yang bertugas dalam bilik bersalin tersebut. Akhirnya, seorang doktor wanita keluar dari bilik tersebut.

"Doktor Syafiq, tahniah! Isteri doktor telah selamat melahirkan dua orang bayi untuk doktor. Bayi lelaki dan bayi perempuan." kata doktor tersebut kepada Syafiq.

"Alhamdulillah! Terima kasih Ya Allah!"

Syafiq mendukung anak kembarnya dan mengazankan mereka dengan lembut. Bayi pertama mereka ialah bayi lelaki dan bayi kedua ialah bayi perempuan.
Ainun memerhatikan suaminya yang mendukung bagi perempuan manakala Ainun mendukung bayi lelaki.

"Tak sangka kita dapat sepasang kan abang."

"Ha ah. Allah betul-betul memberkati kehidupan kita."

"Allah pun dengar permintaan sayang sebab dulu sayang nak sangat lahirkan sepasang anak kembar." balas Ainun.

"Alhamdulillah, Allah dah makbulkan pun. Terima kasih sayang sebab sayang berjuang untuk meneruskan generasi abang."

Ainun mengukir senyuman yang manis buat suaminya.

"Abang, bayi lelaki kita ni abang nak bagi nama apa?" tanya Ainun.

"Abang nak bagi nama Syukrie. Abang suka dengan nama tu." balas Syafiq.

"Sayang pun suka nama tu. Kalau bayi kita yang perempuan pula, sayang nak bagi nama Sahannie Syainun."

"Hmmm. Sedap juga nama tu. Abang pun suka nama tu. Sahannie Syainun. Sahannie. Annie."

Tiba-tiba, satu suara yang memberi salam bergema dalam bilik tersebut.

"Assalamualaikum, beb." Nana memberi salam diikuti oleh Lan yang mendukung anak mereka.

"Waalaikumsalam, beb. Terima kasih sebab kau datang nak jenguk aku. I really appreciate it. Thank you."

"Sama-sama la. Ish, jangan lah nak berterima kasih pula. Awak kan BF saya sampai bila-bila. Eh, awak family saya lah, ipar saya. Haha." gurau Nana.

Suasana menjadi riuh selepas kedatangan Nana dan Lan.

Setelah beberapa hari di hospital, akhirnya Ainun dibenarkan pulang. Ainun mengalami kesukaran dalam menjaga kedua anak kembarnya itu. Tambahan lagi, dia berada dalam keadaan pantang. Nasib baik ada Nana yang dapat menolong Ainun dalam menguruskan bayi yang baru lahir.
Ketika Ainun dan Syafiq sedang bermain bersama kedua anak kembarnya, nada dering smartphone Ainun berbunyi dan terpapar satu nombor yang tidak dikenali sedang memanggil Ainun. Ainun pun mengangkat smartphone tersebut dan memberi salam.

"Assalamualaikum. Siapa ini?" tanya Ainun.

"Hai Ainun. Awak dah tak kenal ke dengan suara saya lagi?" jawab lelaki tersebut.

Kedua-dua mata Ainun membulat seperti biji matanya hendak keluar. Daif, lelaki yang pernah tergilakan Ainun sejak sekolah menengah lagi.

"Daif? Kau nak apa? Tak cukup ke apa yang telah kau buat kat aku?! Aku hampir kehilangan Nana gara-gara kau!" kata Ainun dengan nada yang kasar dan perlahan.

"Hahaha. Tak sangka awak dah berkeluarga ye. Lagipun, Nana masih hidup juga kan. By the way, comel anak-anak kembar awak." balas Daif.

"Jangan ganggu hidup aku dan jangan ganggu keluarga aku! Jangan ganggu Nana dan jangan pernah muncul dalam hidup kami lagi!" tegas Ainun terus memutuskan talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience