Bab 2

Romance Completed 2633

Di sebuah restoran, Ainun menunggu kliennya. Air milo panas yang di hirupnya sudah habis, tetapi kerana tekaknya masih kering di pagi hari, dia memesan segelas milo panas dan semangkuk ais batu.
'Ish, takkan lah tak jadi lagi. Dah 45 minit aku tunggu, tapi klien masih tak sampai-sampai. Kalaulah kaki kiri aku dah sembuh, dari tadi lagi aku balik.' keluh Ainun dalam hati. Ainun teringat akan peristiwa semalam di mana dia terlanggar Syafiq sehingga menyebabkan kaki kirinya terseliuh. Tanpa dia sedari, perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Tiba-tiba, satu suara mengejutkan Ainun daripada lamunannya.
"Assalamualaikum, minah parking. Jauh termenung nampak. Teringatkan saya ke?" gurau Syafiq. Ainun terperanjat dan hampir melatah namun kali ini dia berjaya menahan dirinya daripada melatah. Dia menjawab salam Syafiq.
"Waalaikumsalam. Kenapa kau boleh ada kat sini?". Tiba-tiba, seorang pemuda yanv sedang bertelefon terlanggar pelayan yang membawa air milo panas yang dipesan oleh Ainun sehingga pelayan tersebut tersandung dan air milo panas tertumpah di atas tudung Ainun. Syafiq terkejut dengan tragedi yang baru sahaja berlaku. Ainun berdiri dan menunjukkan jari telunjuknya kepada Syafiq. "Kau! Semua ni salah kau. Ke mana saja aku pergi, di mana ada kau, pasti aku kena malapetaka. Hish, kau ni apa sebenarnya!? Mengganggu betullah!" marah Ainun.
Ainun mengangkat beg yang ada pada tempat duduk sebelah kirinya dan berjalan pergi. Tiba-tiba, Ainun rebah dan tidak sedarkan diri. Syafiq terkejut dan mengangkat Ainun masuk ke dalam keretanya. Semasa dalam perjalanan menuju ke hospital, Ainun tersedar. Ainun masih berasa lemah dan tidak berdaya untuk berjalan. Syafiq yang rasa serba salah memapah Ainun masuk ke dalam rumah Ainun. Syafiq cuba untuk menghubungi kakak iparnya, Nana, iaitu sahabat Ainun untuk menjaga Ainun tetapi telefon Nana tidak dapat dihubungi. Syafiq ingin menjaga Ainun, tetapi dia juga memikirkan akan tanggapan jiran-jiran Ainun dan risikonya kerana pada asalnya, Ainun tinggal bersama dengan Nana tetapi oleh kerana Nana sudah berkahwin dengan abang iparnya, Ainun kembali tinggal bersendirian. Akhirnya, Syafiq membuat keputusan untuk membawa Ainun balik ke rumah pengantin barh tersebut untuk mengelakkan daripada timbul persoalan dalam kawasan kejiranan yang didiami oleh Ainun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience