Bab 15

Romance Completed 2540

Ainun memecut keretanya menuju ke rumah Nana tetapi Nana tidak menyambut kedatangannya kerana Nana menyangka bahawa Ainun sengaja menyakitkan hati Syafiq, adik iparnya. Ainun terasa hati dengan tindakan Nana yang tidak bersama-sama dia dalam waktu dan keadaan yang sukar. Ainun membawa kedua anak kembarnya ke rumah sewa mereka sebelum ini yang pernah ditinggali oleh Ainun dan Nana untuk merehatkan diri.

Keesokan harinya telah tiba. Ainun membuat keputusan untuk meninggalkan negara Malaysia untuk selamanya. Ainun membuat keputusan untuk pergi ke New York dan membesarkan kedua anak kembarnya di sana. Tiga hari sebelum bertolak ke New York, Ainun menjenguk Syafiq dari jauh buat kali terakhir sebelum dia bertolak ke New York. Dia melihat Syafiq yang sedang berdiri di anjung rumah, sedang menghirup minuman pada gelas putih hadiah perkahwinan mereka.
Kemudian, dia melihat Syafiq keluar dengan membawa sekotak album. Seterusnya, Syafiq menyalakan api dan memasukkan kotak tersebut ke dalam api yang dia nyalakan. Ainun mengetahui bahawa album tersebut mengandungi gambar-gambar perkahwinan mereka. Ainun menitiskan air mata yang deras membasahi tudung kelabunya. Ainun tidak mampu menghadapi semua ini sendiri. Dia telah kehilangan kedua-dua orang tuanya dalam satu insiden iaitu kemalangan jalan raya semasa mereka dalam perjalanan menuju ke Lembah Danum, Sabah. Ainun berumur 16 tahun masa itu. Kini, dia terpaksa merasa kehilangan buat kali kedua, iaitu suaminya yang tercinta. Ainun memecut ke rumah sewanya. Akhirnya, hari untuk Ainun bertolak ke New York pun tiba. Ainun dan kedua-dua anak kembarnya tiba di Lapangan Terbang New York dengan selamat. Ainun teringat bahawa dia mempunyai seorang keluarga yang jauh menetap di New York, iaitu anak perempuan daripada adik ibunya yang bekerja sebagai peguam, sama seperti bekas kerjaya Ainun. Ainun mencari lokasi sepupunya berdasarkan alamat yang pernah diberikan kepadanya semasa hendak menghantar surat. Setelah sehari suntuk mencari bersama kedua anak kembarnya, akhirnya mereka menemui lokasi tersebut. Hanna yang tinggal bersama teman lelakinya, Yun menyambut kedatangan mereka. Ainun merasa agak tidak selesa setelah mendapat tahu bahawa sepupunya tinggal berdua bersama dengan teman lelakinya. Tetapi, Ainun tidak mempunyai pilihan lain selain menetap di rumah sepupunya bersama dengan teman lelaki sepupunya demi keselesaan kedua anak kembarnya.
Hari demi hari, bulan demi bulan, Ainun menghadapi ketidak selesaan dalam rumah sepupunya. Ainun menyedari bahawa dia hanya hidup menumpang dan tidak layak untuk menegur kehidupan mereka. Mereka tidak sah tetapi tinggal sebumbung. Kadangkala, mereka pulang lewat malam dalam keadaan mabuk. Suatu hari, Ainun menyambut kepulangan mereka. Mereka berbau alkohol dan muntah-muntah. Sehingga keesokan paginya, apabila Ainun hendak masuk ke dalam bilik sepupunya untuk mengejutkan sepupunya, Ainun terkejut melihat dua sosok tubuh yang tidak berbaju sedang nyenyak tidur di atas sebuah katil. Ainun tidak mahu kedua anak kembarnya melihat apa yang dia lihat. Akhirnya, pendapatan Ainun mencukupi apabila dia kembali kepada kerjayanya untuk membeli sebuah rumah.
Ainun terus berpindah ke rumah barunya sejurus selepas diberikan kunci rumah tersebut. Ainun memulakan hidup barunya dalam rumah tersebut bersama kedua anak kembarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience