Bab 6

Romance Completed 2540

Syafiq memandu keretanya menuju ke satu kawasan perumahan yang mewah sambil menggenggam tangan kanan Ainun. Dia tertawa melihat Ainun yang nyenyak tidur di sebelahnya kerana terlalu penat walaupun aktiviti sehariannya hanyalah duduk. Syafiq turun daripada kereta tersebut dan membuka pintu rumahnya kemudian kembali ke kereta untuk mengambil isterinya yang sedang nyenyak tidur. Ainun tersedar dari tidurnya apabila Syafiq merangkul pinggang dan kakinya dan mendukung dia masuk ke rumah. Ainun berasa malu untuk menatap muka suaminya yang dari tadi merenung mukanya. Syafiq menuju ke bilik utama dan melabuhkan Ainun di atas sofa. Syafiq menuju ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya manakala Ainun membuka tudungnya dan menutupi separuh tubuhnya yang memakai kemeja dan skirt panjang dengan selimut. Syafiq keluar dari bilik mandi dan terpaku melihat kejelitaan Ainun.
'Ya Allah, cantik sungguh ciptaanMu yang kau tetapkan bagi hambaMu.' Syafiq bermonolog dalam hatinya.
Syafiq melabuhkan tubuhnya di sebelah Ainun dan menatap mata Ainun. Ainun berasa malu sehingga tidak sanggup nak bertentang mata dengan suaminya.

Keesokan paginya Ainun mengejutkan Syafiq untuk menunaikan solat subuh bersama. Setelah itu, Ainun turun ke dapur untuk menyediakan sarapan buat Syafiq yang akan berangkat ke kerja.

"Selamat pagi sayangku."

"Selamat pagi abang."

"Masak apa tu? Tau-tau je yang abang nak sarapan dulu baru ke kerja. Biasa abang kelam kabut nak ke hospital tapi kali ni abang takkan kelam kabut dah sebab dah ada yang akan kejutkan abang dengan kasih sayang."

"Hish abang ni. Pandai sangat puji orang dengan mulut manis abang tu. Dah lah cepat lah makan. Nanti sejuk pula sandwich cheese yang sayang buat"

Syafiq menjamah sarapan yang dibuat oleh Ainun. Ainun juga turut menyediakan bekalan buat suaminya yang akan kerja sampai petang.

"Syif abang sampai petang je jadi ada masa la nak balik makan malam."

"Ye la bang. Pergilah kerja sekarang. Nanti terlambat pula."

"Ye la."

Ainun mencium tangan suaminya sebelum melepaskan suaminya pergi kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience