Bab 4

Romance Completed 2550

"Assalamualaikum, minah parking. Asal saya jumpa awak, mesti awal mengelamun. Awak fikir pasal apa juga sebenarnya ni?" Syafiq memberi salam kepada Ainun yang sedang mengelamun.
"Waalaikumsalam. Tak lah. Saya cuma terfikir tentang apa yang saya cakap kat awak. Saya minta kita berjumpa hari sebab saya nak minta maaf dan nak berkenalan dengan awak dengan cara yang baik." jelas Ainun.
'Ya Allah, cantiknya warna matanya. Kalau lah dia milik aku, pasti aku akan jadi orang yang paling berbahagi kat dunia ni.' Syafiq bermonolog dalam hatinya.
"Nama awak siapa?" soal Ainun yang menghentikan lamunan Syafiq.
"Nama saya Syafiq Sharif bin Mustafa. Nama awak pula?" jawab Syafiq dan terus mengutarakan soalan kepada Ainun.
"Nama saya Suhainun Syafika binti Sharul. Ayah saya yang bagi nama sebab dia suka huruf S dan N. Ibu nak bagi saya nama Suriani tetapi ayah bantah jadi ayah la yang menang." jawab Ainun panjang lebar.
"Uish. Konflik juga ya keluarga kau ni sampai nak bagi nama pun nak berbantah-bantah." gurau Syafiq. Keadaan antara mereka berdua menjadi senyap dan tiba-tiba Syafiq mengutarakan satu soalan yang membuatkan mata Ainun menjadi besar dan terus terbatuk. "Bolehkah saya masuk meminang awak?".
Ainun mengangguk perlahan tetapi hatinya masih bercelaru. Dia tidak pasti sama ada Syafiqlah orang yang dia cari untuk menjadi peneman hidupnya. Syafiq menghantar Ainun pulang ke rumah.
"Saya harap soalan saya tidak mengganggu hari awak. Selamat petang Ainun."
Ainun hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala sebagai tanda bahawa soalan tersebut tidak mengganggunya tetapi hati Ainun masih bercelaru.
Ainun merebahkan dirinya atas sofa di ruang tamunya dan terlelap. Tiba-tiba Ainun bermimpi tentang Syafiq. Ainun melihat Syafiq yang terbaring dengan darah yang berlumuran pada mukanya di riba Ainun. Ainun menangis dan meminta agar Syafiq tidak meninggalkannya. "Syafiq!" jerit Ainun dan terbangun daripada tidurnya. Kemeja yang dia pakai basah dengan keringatnya.
"Astaghfirullahalazim, apa yang aku mimpu ni? Syafiq! Aku kena call dia sekarang!".
Ainun berasa lega kerana Syafiq menjawab panggilannya.
"Helo? Ainun? Kenapa? Ada apa? Kenapa call tengah-tengah malam ni? Awak tak apa-apa ke?" soal Syafiq bertubi-tubi.
"Assalamualaikum. Maaf Syaf sebab call awak malam-malam buta. Saya mimpi buruk tadi pasal awak." balas Ainun.
"La. Pasal tu ke. Mesti awak tak basuh kaki. Dah la. Awak kena jaga kesihatan. Tubuh awak tu lemah sebab awak kurang rehat. Awak rehatlah secukupnya. Esok saya nak masuk meminang. Selamat malam. Tuut" Syafiq memutuskan talian. Ainun tersenyum sendiri dan berkata dalam hatinya. 'Ya Allah, hambamu pasti bahawa dia lah yang telah Engkau siapkan bagi hambamu. Terima kasih Ya Allah untuk insan yang telah kau siapkan untuk menjadi peneman hidup hambamu Ya Allah'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience