Bab 16

Romance Completed 2550

EMPAT TAHUN KEMUDIAN...

Ainun mengubah nama kedua anak kembarnya, Syukrie menjadi Sam dan Sahannie menjadi Susan. Ainun bersiar-siar bersama Sam dan Susan, iaitu kedua anak kembarnya di bandar New York. Tiba-tiba, Ainun terpandang seseorang yang sangat dikenalinya. Syafiq, suaminya yang juga sedang bersiar-siar di bandar New York melihat Ainun yang sedang memegang kedua anak kembarnya yang berbaju tebal. Pada masa yang sama, Sahannie atau Susan terlepas daripada genggaman tangan Ainun dan berlari ke arah Syafiq. Ainun panik lalu mengejar Susan. Ainun mendapat Susan tepat di hadapan Syafiq. Ainun menaikkan anak matanya terus berlalu pergi. Susan hairan dengan tindakan ibunya yang tiba-tiba berlari.

"Mommy, why are we running?" tanya Susan sedikit jelas di pendengaran Ainun.

"No, sweetheart. We are not running. Mommy just want us to go home now because it's going to be snowing soon" terang Ainun kepada Susan.

Syafiq berlari mengejar Ainun dan anak-anak kembarnya namun gagal menjejaki keberadaan mereka. Syafiq pergi ke New York untuk mencari isteri dan kedua anak kembarnya selepas mengetahui bahawa dia ditipu bulat-bulat oleh Daif. Setelah dua tahun, dia mengetahui bahawa dia ditipu oleh Daif, Syafiq pergi mencari keluarganya yang telah dia buang. Bertahun Syafiq mencari Ainun dan anak kembar mereka tetapi tidak juga ditemui. Syafiq hampir putus asa dalam mencari keluarga tersayangnya. Nana yang turut berasa serba salah kerana menuduh sahabatnya yang bukan-bukan turut membantu Syafiq dalam mencari Ainun dan anak-anaknya. Bertahun-tahun mereka mencari tanpa putus asa namun masih tidak menemui. Akhirnya, Daif yang nazak memberitahu akan keberadaan Ainun. Daif mengupah seseorang untuk mengikuti Ainun. Setelah memberitahu keberadaan Ainun, Daif menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan Syafiq. Wasiat terakhir yang disampaikan kepada Syafiq ialah sampaikan permohonan maaf Daif kepada Ainun. Daif meninggal dunia kerana barah usus.

Syafiq kembali kepada kenyataan. Dia duduk di bangku panjang sambil merenungkan kenangannya bersama keluarga tersayangnya. Dia membuka Fac dan melihat setiap paparan yang ada. Tiba-tiba, matanya tertuju kepada satu gambar iaitu salah satu kawan bekas sepengajiannya di Melbourne yang bekerja sebagai doktor Neurosurgeon di Perth kebetulan berada di New York bergambar bersama isteri dan kedua anak kembarnya. Dia langsung menelefon kawannya itu untuk berjumpa dengannya.
Mereka berjumpa di sebuah restoran sambil bertukar soalan dan jawapan.

"Hey Syafiq, long time no see my man. How's your life?" tanya Andrew kepada Syafiq.

"I'm good. I want to ask you someting. Do you know this woman?" tanya Syafiq kepada Andrew sambil menunjukkan gambar yang ada pada telefon pintarnya.

"Yes, I do know her. She's your wife right, Syafiq?"

"Yes, she's my wife but I lost her for some reason that unforgivable. Where have you seen her?"

"Ouh, I took this picture in front of her apartment. It's three block away from here."

"Thanks, pal! I really apreciate your help and because of you, I will get my happines back."

Syafuq terus berlari menuju ke apartment yang didiami oleh Ainun dan anak-anaknya. Setelah tiba, Syafiq menekan loceng pada sebelah kanan pintu dan mengetuk pintu tersebut. Sam membuka pintu tersebut. Syafiq mendukung Sam dan memeluknya serta menangis. Ainun yang baru sahaja keluar dari lif membawa sayur-sayuran terpaku melihat kelibat Syafiq lalu menjatuhkan semua barang-barang yang dibawanya ke atas lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience