Bab 5

Romance Completed 2540

TUJUH BULAN KEMUDIAN...

"Beb! Cantik sungguh sahabat aku ni. Adik ipar aku lagi tu. Tak sangka, kita dahulunya sahabat kemudian jadi keluarga. Tak sangka ya minah parking dan mamat poyo bersatu menjadi suami isteri. Besar cinta Syafiq kat kau ya. Sekali lafaz je terus korang dua sah jadi suami isteri." gurau Nana yang terduduk di belakang.
"Ewah-ewah. Mentang-mentang kau dah berpengalaman dan dah berisi pun masih nak ejek aku. Beb, aku nampak ok tak?" kata Ainun dan terus menyoal penampilannya kepada Nana. Lan masuk ke dalam ruangan tersebut dan mengucup dahi Nana yang sedang mengandung selama 6 bulan.
"Dah lah tu. Pengantin lelaki dah siap dah tu korang masih lagi nak bergurau. Cantik juga adik ipar abang ni. Mudah-mudahan Ainun dan Syafiq akan bahagia hingga ke dunia akhirat. Dan cepat-cepat dapat anak yang banyak supaya abang Lan pun ada juga nak bermain-main dengan bakal anak-anak buah nanti." gurau Lan kepada Ainun. Nana terus mencubit pinggang suaminya dan suaminya pun mengerang kesakitan.
"Abang ni kan, anak dalam kandungan ni pun belum lahir dah nak suruh Ainun dapat anak banyak-banyak. Kalau abang nak anak banyak-banyak, abang tanyalah Nana." gurau Nana kepada Lan. Lan terus menarik isterinya ke dalam pelukannya dan mencubit manja hidung isterinya. "Nakal isteri abang ni kan."
"Baru abang tahu?".
Ainun hanya mampu tertawa melihat gelagat sepasang suami isteri yang berkelakuan seperti kanak-kanak.
Syafiq memasuki ruangan tersebut untuk menjemput isterinya ke singgah sana dan bersanding dengan isterinya. Lan dan Nana mengiring mereka berdua masuk ke dalam dewan dan terus ke tempat duduk mereka masing-masing. Lan ingin sekali membantu sepasang suami isteri tersebut tetapi teringat akan keadaan Nana yang sedang mengandung, dia mahu terus berada di sisi isterinya itu. Akhirnya majlis persandingan Suhainun dan Syafiq berlangsung seperti yang dirancang dan meriah.
Setelah majlis persandingan Syafiq dan Ainun selesai, mereka pulang ke rumah masing-masing. Lan memapah Nana masuk ke dalam kereta kerana Nana asyik muntah-muntah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience