Bab 1

Romance Completed 2540

Sekujur tubuh yang terbaring di atas katil hospital memerhati keluarganya yang tersayang sedang tertidur di sampingnya. Tangan kanannya digenggam oleh kedua-dua anaknya dan tangan kirinya digenggam oleh suaminya. Dia teringat akan perjumpaan suaminya, Syafiq ketika hendak berebut satu parking.

5 TAHUN YANG LALU....

"Hoi! Tak nampak ke orang tengah tunggu parking kat sini?! Orang siap pakai signal lagi! Apa ni?! Nak cari gaduh ke?! Dah lah mamat poyo berlagak lagi tu!" jerit Ainun kepada pemandu kereta Ford yang berwarna oren itu.

Lelaki itu keluar dari kereta tersebut dan mengejek Ainun. "Oh, ye ke? Bukannya siapa cepat dia dapat ke? Salah awaklah sebab awak lambat. Ok la bye. Haha."

Setelah naik beberapa anak tangga menuju ke sebuah pintu, Syafiq masuk ke satu ruangan di mana pengantin lelaki, iaitu Lan, abangnya telah segak berbaju Melayu.

"Bro! Aku kira kau tak dapat nak datang tetapi kau datang juga. Kau kata jadual kau padat hari ni. Aku call hospital. Mereka kata kau sibuk sepanjang hari ni." kata Lan kepada adiknya Syafiq.
"Ish, kau kan abang aku. Takkan aku nak lepaskan moment bahagia kau ni. Memang tak la." balas Syafiq.

Ainun bergegas mendapatkan sahabatnya yang berada di ruangan make up dan terus memeluk sahabatnya.
"Beb! Akhirnya kau datang juga! Kau kata nak gi jumpa klien dulu and you're gonna be late. Ke kau ponteng kerja kau?" usik Nana.
"Aii. Takkan la aku nak biarkan sahabat aku kahwin tanpa aku kat sisi dia. Klien aku tunda hari esok that's why aku terus bergegas ke sini nak jadi pengapit kau." balas Ainun.

Ainun dah siap dengan make up dan hendak berpusing mengambil baju pengapitnya yang ada di sebalik langsir. Tiba-tiba dia terlanggar Syafiq yang sudah segak berbaju Melayu. Ainun terjatuh dan menjerit kesakitan kerana kaki kirinya terseliuh. Syafiq terkejut dan terus mengangkat Ainun duduk di atas kerusi. Syafiq risau dengan keadaan Ainun kerana dia terlanggar Ainun.
"Cik tak ape-ape ke?" tanya Syafiq dengan risau.
"Saya tak pa-pe. Cuma kaki kiri saya je terseliuh." jawab Ainun dengan nada yang menahan kesakitan.
"Awak, minah parking tu?!" kata Syafiq dengan nada terkejut.
"Awak! Mamat poyo tu!" balas Ainun dengan nada yang marah.
Mereka terus berpaling muka dan sibuk hal sendiri.
Majlis persandingan Nana dan Lan berjalan dengan lancar dan Ainun perlu bergegas ke rumah untuk berehat kerana esok merupakan hari yang paling sibuk bagi dirinya sebagai seorang peguam. Tetapi Ainun tidak dapat memandu kerana kaki kirinya terseliuh. Nana yang melihat akan keadaan Ainun mengajak dia untuk pulang bersama Syafiq. Syafiq juga perlu berehat kerana esok juga merupakan hari yang sibuk kerana dua pembedahan yang akan dia hadapi dan dia perlu membuat persiapan dari segi fizikal dan mental sebagai doktor neurosurgeon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience