3 BULAN KEMUDIAN...
DI KAMPUNG NANA
"Mak! Abah! Abang! Zul! Ain! Aii? Kemana semua orang ni?" jerit Nana sambil mencari kelibat keluarganya.
Tiba-tiba, seorang wanita yang sedikit tua muncul dari dalam dapur. Wanita tersebut ialah ibu kepada Nana.
"Aii? Dah bangun pula anak mak ni. Diorang takde kat rumah. Lan ikut abah kamu ke kolam." kata Puan Runia kepada Nana.
"Laa. Budak-budak pun ikut sekali ke mak? Bila pula budak-budak ni suka keluar rumah? Biasanya duduk je kat rumah belajar. Mereka kan nak jadi prof."
"Dah adik-adik kamu nak ikut, ikut je lah. Biarlah mereka teroka alam sekitar ni. Lagipun, bukan selalu mereka dapat luangkan masa dengan abang ipar diorang tu. Tetapi kan, kalau Syafiq yang ada kat sini, mesti diorang adik-adik kau tanya macam-macam."
Puan Runia ketawa kecil bila mengingatkan anak-anak kembarnya yang berumur 15 tahun bertanya macam-macam soalan tentang sains kepada Syafiq selepas majlis akad nikah Syafiq dan Ainun.
"Ok lah tu mak. Daripada dok terperap je kat rumah. Elok juga diorang tu keluar-keluar juga dari rumah supaya terbakar juga lemak gedempol diorang tu"
Nana duduk di meja makan sambil minum susu yang telah dibancuh oleh ibunya. Selepas minum, Nana berdiri dan membuka langkahnya menuju ke ruang tamu. Tiba-tiba, Nana merasakan kesakitan yang teramat sangat. Waktu untuk Nana melahirkan telah tiba!
"Ya Allah! Mak! Sakit!" jerit Nana.
"Nana?! Kenapa ni?! Dah nak melahirkan ke?!" soal ibunya dengan penuh kerisauan.
"Iya mak! Seluar Nana dah basah ni mak! Sakit ni mak!" jerit Nana sekali lagi.
"Baiklah! Mak nak telefon abah dan suami kamu dulu!
Nada dering nokia abah Nana berbunyi. Nama Ruina Isteriku terpapar di kaca telefon nokianya dan abah Nana terus menjawabnya.
"Assalamualaikum. Ada apo Ru?"
"Ni anak kita ni dah nak beranak dah!"
"Ha! Ye lah. Kami dah nak sampai kat rumah ni."
Abah Nana terus naik ke motor dan memanggil anak menantu lelakinya.
"Lan! Jom lah kita balik!"
"Balik? Kita belum kemas barang lagi ni bah. Takkan nak tinggal je kat sini. Budak-budak ni macam mana?"
"Tinggalkan je kat situ. Tak payah nak risau tentang budak-budak tu. Mereka dah besar panjang dah tu. Cepat lah! Nana di rumah tu dah nak beranak dah!"
"Ha! Nana dah nak melahirkan?! Ye abah. Jom kita balik!" jerit Lan dengan penuh kerisauan.
Abah Nana mengalihkan pandangannya kepada anak kembarnya dan mengarahkan mereka.
"Ha! Kamu dua buat apa yang perlu. Kemas barang-barang ni dan terus balik rumah. Korang jangan singgah ke mana-mana. Zul, bawa motor yang abang Lan kamu bawa tadi. Ingat! Korang berdua terus balik rumah!" tegas abah Nana kepada anak kembarnya.
"Baiklah, abah!" jawab mereka serentak seperti askar sambil berdiri tegak dan mengangkat tabik hormat kepada abah mereka.
Setibanya mereka di rumah, Puan Runia terus mengarahkan Lan untuk memanggil bidan. Sebelum Puan Runia menghabiskan ayatnya untuk memanggil bidan, Lan telah menghilang ke rumah bidan yang dikatakan oleh ibu mertuanya.
"Assalmualaikum! Makcik Milah! Lan ni menantu Puan Runia!" jerit Lan kepada Makcik Milah, bidan yang dikatakan Puan Runia.
"Waalaikumsalam. Dah nak bersalin ke Nana? Kejap, makcik ambil barang-barang makcik dulu."
Makcik Milah terus mengambil barang-barangnya dan bergegas ke rumah Puan Runia diikuti oleh Lan.
Setelah sejam Lan, abah Nana dan adik kembar Nana menunggu di ruang tamu, akhirnya Makcik Milah keluar.
"Lan, Makcik cadangkan, baik kamu bawa isteri kamu ke hospital. Pendarahan Nana akan menjadi teruk selepas bersalin kalau tak dirawat dengan segera. Makcik dah telefon ambulans untuk ambil Nana."
"Baiklah makcik. Terima kasih."
Setelah beberapa minit, akhirnya siren ambulans berbunyi dari jauh dan tiba di hadapan rumah mereka. Nana yang tidak sedarkan diri diangkat masuk ke dalam ambulans. Perjalanan kampung Nana ke hospital tidak seberapa jauh dan mengambil masa selama lima belas minit sekiranya ambulans tersebut memecut.
Share this novel