"YOU'RE awake. "
Aku memalingkan wajah. Tak ingin melihat lelaki yang baru keluar dari bilik mandi itu. Badan mengiring menghadap pintu.
"I never thought that I'm the one who going to have fun playing this game. Seronok. " Fattah tersenyum. Sinis dan mengejek. Dia sedang mengejek kekalahanku.
Sudahlah. Aku tak peduli lagi. Mata dipejam. Tidurlah, Kartina. Jangan sedar pun lebih bagus. Lebih baik aku mati.
"You mesti tak reti main catur, kan? "
Aku tahu dia sengaja memancing aku. Dan tahniah, dia berjaya. Aku memilih untuk memandang wajahnya. Inginkan jawapan. Walaupun aku tahu, jawapannya bakal menyeksa jiwa raga sendiri.
"You tak boleh gunakan strategi yang realistik untuk menang. Just use a simple one. The simpler the better. But you chose a realistic one. And look, you lose. "
Bibir diketap kuat. Aku menahan air mata dari gugur. Duvet tebal digenggam erat. Geram, marah. Semuanya bercampur.
"Apa lagi awak nak? Saya dah bagi semua, " Suaraku bergetar.
Fattah melangkah ke arahku. Dia duduk. Tangannya mengusap rambutku lembut. Aku cuba menepis.
"You deserve the happiness, Kartina. And I want you to be happy. We are going to be happy. With our own way. My way and your way. But not this way. "
"Cara you hanya akan menyakitkan diri you kembali. I don't want to see you hurt yourself. We can start all over again. "
Aku menatap anak mata biru itu. Wajahnya penuh pengharapan. Namun, keutamaan aku sekarang ialah tujuan utama aku mulakan semua ini.
"Awak tak rasa kekecewaan yang saya alami. "
Panjang Fattah mengeluh. "Dendam akan selesaikan segalanya ke? Andai kata dendam you terlunas, ibu you akan hidup balik ke? Berdendam tiada gunanya, sayang. Past is past. "
"Stick this into your mind. You can't change the past. Never. You learned from it and never repeat it. "
Tombol pintu dipulas. Fattah melangkah keluar dari bilik. Akhirnya aku menangis seorang diri.
"EAT something, please. Jangan macam ni, sayang. " Mata Fattah penuh bias kerisauan. Lagi-lagi melihat aku yang hanya merenung pinggan.
"Did I hurt you so much? "
Aku menggeleng kepala.
"Then, eat. Please, eat. "
Anak mata bundarku memandang Fattah. "Ceraikan saya, "
Fattah meraup wajah. "After what happened last night, you want me to divorce you? No, hell no. I promised. You'll be next to me forever, sayang. "
Posesif.
Lelaki itu bangun lalu melangkah ke arahku. Dia menunduk. Bukan, melutut. Tanganku digenggam erat.
"Kenapa you tak bagi diri you peluang untuk bahagia? Cuma sekali, Kina. Be selfish for your own happiness. But don't hurt yourself. "
Kemudian tubuhku dipeluk erat. Air mataku gugur juga. Aku turut memeluk lelaki itu. Menangis semahunya.
"Cara you bahaya. In future, you akan menderita. But I'll make sure. We're going to face it together. We'll find the truth. Itu janji abang. "
SUNYI agak lama. Masing-masing lebih suka melayan perasaan. Bercakap pun cuma sepatah dua. Kekok punya pasal.
"Awak reti jahit baju ke? "
Hilal menggeleng kepala. "Kenapa? "
Zita pun menggeleng. Nasib baik tak reti menjahit. Jika ya, bermakna Hilal juga
dalam kalangan designer bapok. Ah, tak mahulah aku.
"Lama kita tak jumpa, kan? "
Bibir Zita mengukir senyuman kelat. Lama sangat. Selepas kejadian itu, masing-masing ambil haluan sendiri. Mana peduli hidup ke mati atau frust menonggeng.
"Jahatnya saya, kan? "
Naik sebelah kening Zita. "Sebab? "
Dalam hati Zita ketawa kemenangan. Memang jahat. Sedar pun. Agaknya kejahatan dia dulu dah dibalas dengan balasan dunia yang setimpal. Sebab tu sekarang menggelupur datang minta maaf. Haha.
"Saya yang bersalah suruh awak terima Irwan dulu. Manalah saya tahu dia dah kahwin. Dua pula tu. "
Bro, tolonglah. Jangan cakap pasal hal lepas. Zita rasa cringe.
"And sorry for leaving you. "
Mata Zita dan mata Hilal saling menatap. Ada bias rindu dalam pandangan mereka. Rindu yang mendalam. Sakit yang perit. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya penderitaan yang mereka tanggung.
"PANASNYA. Sayang demam ke?" Tangan Fattah beralih menyentuh leherku pula. Seluruh badanku panas.
"Sakit... "
Raut wajah Fattah berubah riak. Makin cemas. Lekas-lekas dia menutup pendingin hawa. Kemudian dia ke bilik mandi.
Kepala berdenyut kuat bagaikan mahu pecah. Tubuhku terasa berat. Bagaikan makin tenggelam ke dalam katil.
"Ibu... "
"Sayang, I'm coming. "
Fattah membasahkan sehelai tuala kecil dengan air dalam bekas. Kemudian diperah sedikit. Perlahan-lahan diletakkan atas dahiku.
"Ibu... "
"Ibu... sakit... "
Fattah mengusap rambutku. Serba salah kerana merasakan dia punca aku demam. Perkataan maaf tidak berhenti meniti di bibirnya.
"Abang pergi ambil ubat ya. Sekejap, "
Aku mengenggam tangan itu kuat. Pandangan mataku berpinar-pinar. Entah mengapa aku melihat bayangan Ibu. Adakah aku sedang bermimpi?
"Jangan tinggalkan Kina. "
Fattah duduk semula. "Tapi abang nak ambilkan ubat untuk sayang. " Sebelah tangan menggaru kepala. Diam-diam dia tersenyum.
Tangan menyeluk poket. Nombor telefon rumah nenek didail. Beberapa saat panggilannya dijawab.
"Ya, Tuan? "
"Erm... boleh tak bik datang sini? Hantarkan bubur dan ubat. Kina demam ni. "
"Boleh, boleh. Nanti bik datang. "
Lega.
"Nak Fattah datang ambil ke? "
"Eh, tak payah. Azam saja yang hantar nanti. Mungkin lima belas minit nanti bik sampai. "
"Great, "
Telefon diletak tepi. Pipi pucatku dielus lembut. Matanya memandang tangan yang digenggam erat. Senyumannya makin lebar.
Suka!
AZAN yang berkumandang sayup-sayup kedengaran. Perlahan-lahan aku membuka mata. Terkejut melihat Fattah yang sedang duduk atas lantai tertidur.
Aku mengalihkan tuala basah di atas dahiku. Aku demam? Setahu aku, jarang juga aku jatuh sakit. Demam lagilah jarang.
"Sayang dah bangun? "
Sayang?
Terus aku memejam mata. Kejadian malam semalam berulang tayang lagi. Aku benci dengan diri sendiri. Benci.
"Tak payah sayang sayang lah. Geli, "
Fattah hanya tersenyum. Dia tak peduli. Sekarang mahu mengamuk sakan, mengamuklah. Dia yakin dia boleh membuat Kartina Wahida jatuh cinta pada Khair Fattah.
Telefonku berdering. Aku cuba bangun. Perlahan-lahan Fattah membantu aku duduk bersandar di kepala katil.
"Wa'alaikumussalam, ada apa Mak Nani? "
Senyap.
"Mak Nani? "
"Tuan... "
"Kenapa dengan ayah? "
Hatiku mula rasa tak senang. Sudahlah sejak bergaduh dengan ayah tempoh hari aku langsung tidak pulang ke rumah. Bahkan tidak meminta maaf pun kerana berkasar dengannya.
"Tuan masuk hospital. Datang cepat, Kina. "
Mendadak aku bangum dari katil. Tubuhku yang mahu meluru keluar ditahan Fattah. Wajahnya nampak risau.
"Kenapa ni? "
"Ayah masuk hospital. "
"Hah?! "
"Cepatlah, abang! Dah lambat ni? "
Aku menepis lembut tangannya. Kemudian aku melangkah keluar dari bilik. Tiba-tiba aku berhenti melangkah.
Abang?
Aku panggil dia abang?
Aku dah gila!
Share this novel