"MACAM mana, Ita? Berjaya tak? " Sedari tadi Nek Qamariah dan Bik Ita menghendap di depan bilik Khair Fattah. Punya baik dia rencanakan plan ini. Mustahil gagal.
"Lepas puan pengsan, saya dengan Caca terus tukarkan baju puan muda. Kasi wangi-wangian lagi, puan besar. "
"Saya siap kira lagi bila last puan muda haid. Ikutkan pengiraan saya, semalamlah hari puan muda paling subur. "
Meleret senyuman Nek Qamariah. Makin cerah harapannya mahu menimang cicit. Ah, tak sabarnya.
"Marilah kita turun. Tak elok menghendap lama-lama di sini. " Nek Qamariah ketawa.
FATTAH mengerang sedikit tatkala pergelangan tangannya terasa sakit. Perlahan-lahan dia membuka mata. Apa semua ni?
Mata memandang sekeliling bilik. Berantakan semuanya. Tiada satu barang pun yang tegak berdiri. Semuanya jatuh menyembah bumi.
Hulk mana mengamuk semalam?
"Dah bangun? "
Fattah menoleh ke atas suara itu. "Kina? Kenapa pakai macam tu? "
Aku mencebik. "Ask yourself. What happened to you last night? "
Aku bersandar di kepala katil sambil memeluk tubuh. Sesekali aku mendesis sakit tatkala salah bergerak. Semuanya sebab Fattah! Penuh hickeys di leherku.
"Apa ni, Kina? Buka! "
"Yakinkan saya yang awak dah kembali waras. "
Fattah mendengus. Dia cuba membuka ikatan tali leher yang terjerut di tangannya. Sampai hati isteri dia ikat dia macam ni!
"Tolong lah Kina..."
Aku mendengus. Kemudian aku melangkah ke katil. Mataku terasa berat. Disebabkan jebon ni lah aku tak cukup tidur.
Kebuasan Fattah memaksa aku menjadi Hunter. Bengong sekejap lelaki itu terkena pukulan padu lampu tidur. Masih belum berkarat lagi skill besbol aku. Aku ambil kesempatan itu untuk mengikat dia di katil.
Mata Fattah tak lepas memandang aku. Tahu apa yang dia pandang. Dasar miang!
"I ke yang buat macam ni dekat you? "
"Habis siapa? Bff awak? "
Ikatan dibuka. Fattah terkebil-kebil melihat butang baju kemejanya terbuka habis. Dia memandang aku.
"Saya perlukan penjelasan. Saka mana yang rasuk awak sampai jadi macam semalam? Nyaris patah riuk tulang saya tahu tak? "
Masih terasa sakit akibat tindihan Fattah semalam. Nasiblah aku ni ada juga kudrat. Kena sekali tendangan, jatuh tersungkur Fattah ke lantai.
"I'm sorry. "
Naik lori lah!
"Sorry okay? "
Aku sengaja diam.
"Tell me, macam mana I boleh tertidur semalam? "
Otot muka mengendur. Mengenangkan kebodohan diri sendiri semalam, rasa menyesal pula kalau biar Fattah tahu apa yang jadi. Kina... tak habis-habis nak malukan diri sendiri.
"Awak... tidurlah. "
Takkanlah aku nak cakap aku cium muka dia, lepas tu peluk dia dodoikan dia sampai tidur? Kerja gila namanya.
"You kissed me. Whole-heartedly. " Fattah sungging senyum.
Tangan mencapai bantal. Spontan dicampak kepada Fattah. "Sengal! "
"Quite bad. " Mata Fattah memandang bintik merah dan lebam di leherku.
Mahu saja aku sumpah seranah mamat ni berbakul. Sengaja!
"Tapi tak salahkan kalau terbabas semalam? Halal bagi I, halal bagi you. "
Fattah bangun lalu melangkah ke bilik mandi. Aku mendengus geram. Rasa nak sekeh kepala Fattah!
BERKERUT dahi Yazid melihat aku melangkah ke meja makan. Naik sebelah kening. Hidung aku tercabut ke apa?
"Kenapa? "
"Hah? "
"Kenapa pandang akak macam tu? "
"Oh... tu... " Yazid menyentuh hujung bibirnya membuatkan aku memegang hujung bibir sendiri. Pedih.
Fattah lah ni!
"Semalam kak dengan abang... ehem ehem eh? " Yazid senyum meleret.
Berbahang wajahku jadinya. Walaupun apa yang Yazid katakan tidaklah terjadi, tapi tetap rasa malu. Fattah pula selamba senyum.
"Wah... jadi uncle lah Zid tak lama lagi. "
Uncle hotak!
"Makan. Kalau tak, saya sumbat nasi ni dalam lubang hidung awak. "
Senyuman Fattah mati. Sudu dicapai lalu nasi goreng disuap ke dalam mulut. Yazid pula tahan ketawa. Sweet sangat.
"SAYA tukar number baru. Nanti saya miss call. " Naik sebelah kening Fattah. Tukar nombor?
"Kenapa tukar? "
"Dah expired. Lambat top up. " jawabku selamba. Menipu, Kina. Menipu.
Suasana dalam kereta kembali sunyi. Sesekali Fattah memandang aku. Agaknya risau dengan kebisuan yang aku lancarkan.
"You nak jumpa siapa? "
"Kawan masa U dulu. "
Handbrake ditarik. Fattah menukar gear. Kereta sudah sampai di hadapan sebuah taman tasik.
"Nanti dah siap, call I. I datang ambil. "
"Okey, "
Selesai bersalaman dengan Fattah, aku melangkah keluar dari kereta. Kaki melangkah pula mencari kelibat yang aku tunggu. Bukan, dia yang tunggu aku.
"You're early. " ujarku.
"On time is late, "
Bibirku tersenyum. Tangan menyeluk beg tangan. Karung kecil semalam aku campak ke tasik. Mujurlah tiada siapa yang melihat. Kalau tidak, sia-sia kena saman.
"Apa info yang kau ada? "
"Like what you've predicted. Mila has something to do with that case. "
Aku dah agak. "Then? "
"She keeps denying. As if someone she wants to protect. "
"Dia. " ujarku. Tangan digenggam.
"Benda ni penuh konspirasi. Betul kau nak teruskan menyiasat? " soal suara garau itu.
"Aku akan teruskan. Sampai aku dapat apa yang aku nak. Aku takkan mengalah. "
sorry lama x update, kalini update sekali tiga hehe
Share this novel