HARI ini hari pertama aku memulakan tugas. Agak penat memandang aku sudah lama bertapa di rumah. Sekali buat kerja memang penat.
"Banyak kerja ke? "
Tanganku berhenti mengurut bahu. Kemudian aku memandang Fattah di sebelah. Sejak kejadian buas hari tu aku sedikit kekok berbual dengan Fattah.
"Banyaklah juga. "
Tak sempat hilang penat bekerja, Fattah mengajak aku makan malam di luar pula. Di mana? Fattah saja yang tentukan.
Tapi pelik pula. Selalunya kalau keluar makan aku hanya memakai blaus dan seluar slack saja. Tiba-tiba malam ni Fattah suruh aku melaram pula.
Siap belikan satu set dress, tudung dan kasut lagi. Jenama pun kaleng-kaleng. Nak beli pun aku fikir dua tiga kali.
"Kita nak makan dekat gerai mana ni? "
Kata Fattah gerai. Tapi gerai apa sampai aku dipakaikan baju mahal?
"Just wait and see. "
Suka macam tu. Wait and see.
RUMAH tersegam indah itu dipandang lama. Masa beginilah Cik G dan Encik R muncul. Gemuruh dan Resah.
"Fattah dah sampai. "
Seorang lelaki separuh abad dan wanita muda mungkin tiga puluhan datang beriringan. Yang si lelaki ada iras wajah Fattah. Tak pula pada si wanita.
"Meet my walid and my mummy. "
Tangan keduanya disalam hormat.
"Maaflah tak dapat datang nikah hari tu. Walid ada meeting di Dubai. "
"Sempat pula tu honeymoon dengan mum. " usik Fattah.
"Cantik. Jadi inilah Kartina? Iras Kirana. " ujar mummy.
Dahiku nyaris berkerut. Mummy kenal arwah ibu. Tak silap lagi. Pengesahan pun tak diperlukan apabila sudah keluar sendiri dari mulutnya. Senang kerja aku.
"Mummy kenal ibu? " sengaja aku menyoal. Aku mahu tahu reaksinya.
Nampak wajah mummy berubah. Senyumannya berubah kelat. "Mestilah. Raudah, kan? Err... kita masuklah. Mak Som dah siap masak tu, "
Yasirah menarik tangan suaminya ke dalam rumah. Tak mahu banyak cerita, aku hanya mengekori langkah Fattah.
"AKU dah jumpa dia. Doktor Yasirah. Mak Fattah. "
Gadis berambut pendek yang berdiri di belakang aku kerut dahi. "Doktor Yasirah? Bukan ke nama mak Fattah tu Faridah? "
Hampir saja aku menoleh. Namun sempat aku mengingatkan diri sendiri. "Bukan Yasirah? Habis tu, siapa Yasirah? " soalku.
Rupanya masih banyak perkara yang perlu dirungkaikan. Semakin lama, semakin berbelit. Sedangkan sudah hampir ke penghujungnya. "Benar kata Hud. "
"Kalau kau nak aku cari siapa Yasirah, aku boleh tolong. "
"Boleh. Aku bagi masa seminggu. Kemudian kita jumpa di sana. Masa yang sama dan tempat yang sama. "
"Deal. "
"Jangan sampai orang nampak atau perasan. Tutup mulut. " pesanku.
"Baik, bos. "
Gadis tomboi itu mengambil sebotol minuman isotonik. Minuman dibayar. Pura-pura meneguk air dan kemudian keluar dari kedai. Tak lama kemudian aku ke kaunter bersama satu paket biskut.
Jadi, Yasirah bukan ibu kandung Fattah? Interesting.
SELESAI solat Isyak berjemaah, aku terus membentang duvet atas lantai. Sebiji bantal atas katil dilempar ke bawah. Selimut diambil dari laci almari.
"You tak nak tidur atas ke? "
Berkerut dahi memandang Fattah. Mimpi apa dia malam-malam ni? "Kenapa? Bukan selalu ke saya tidur bawah? "
Ya. Bukan suami yang tidur bawah. Tapi aku. Sebab itulah kadangkala aku sakit belakang dan tengkuk. Tapi aku diamkan saja. Malas beritahu Fattah.
"Tapi... lately I selalu nampak you sakit badan. Lagipun tak elok perempuan tidur atas lantai sejuk. "
Amboi... dah berani guna modal nama kaum nampak?
"Badan saya bukan badan awak, "
"Tapi tanggungjawab I untuk bagi tempat tidur yang selesa untuk you. You nak I tanggung dosa? "
Ah... ni yang aku lemah ni.
"Ya lah, ya lah. Tepi sikit. "
Duvet dan bantal dibawa ke atas katil. Aku menolak Fattah menjauh dengan bahu. Kemudian aku baring mengiring menghadap pintu bilik.
"Tak elok tidur membelakangkan suami. You tak nak pahala free ke? "
Lambat-lambat aku memusingkan badan. Boleh pula Fattah sedang merenung wajahku. Anak mata biru itu penuh kelembutan.
"Kenapa awak pakai contact lens? "
"Jatuhlah market I kalau pakai spek. Buruk, nerd. "
"Kenapa biru? "
Bibirnya naik sedikit. "I rasa ramai orang akan sependapat dengan I. Kalau yang clear, bila jatuh susah cari. Kalau warna biru, senang cari. "
Ada betulnya juga.
"Kenapa awak kahwin dengan saya walaupun tahu saya bukan Karmila? "
Dari dulu lagi aku mahu tahu jawapannya. Alang-alang Fattah dalam mood yang boleh dibawa bincang, baiklah aku ambil peluang ini.
"Maybe because of.... "
Tiba-tiba dia tersenyum. "Let's sleep. Esok kerja. "
Argh...!
Share this novel