KETIKA INI aku benar-benar mahu hentakkan kepala Khair Fattah pada dinding. Atau tolak dia dari tingkat lapan puluh lapan KLCC.
Geramnya aku!
Mata meneliti pantulan diri di cermin. Punyalah banyak hickeys yang ditinggalkan. Ada yang masih merah. Ada yang sudah bertukar biru.
"Tak guna punya anak Khair Tarmizi. "
Bekas foundation dicapai. Kegeraman aku menepek foundation pada hickeys di leherku. Kenapa tak hilang ni?!
Krek...
Terus aku menoleh. Senyuman sinis Fattah menjamu mata. Dia berdiri bersandar di pintu sambil memeluk tubuh. Baru aku tahu rupanya mata biru itu contact lens.
"Cubalah tutup macam mana sekalipun. Takkan dapat. "
Aku mengetap bibir. Ada yang aku terajang nanti ni. Silap-silap terajang sampai Perlis. Setelah apa yang dia lakukam, berani lagi dia tunjuk muka? Memanglah halal. Tapi kalau mama atau ayah nampak macam mana? Malulah aku.
"Tak nak makan ke? "
Aku hanya berlagak selamba. Malas melayan si werewolf. Hati Red Riding Hood ni tengah sakit tahu tak? Nanti ajak grandma sekali bawa kapak, padan muka.
"Oh... dah kenyang makan kisses I semalam ke? Faham... faham... " Fattah mengangguk sendiri.
Assumptions! I hate assumptions!
"Hey! "
Terus aku memusing badan. Marah sudah sampai di kepala. Aku bukanlah seorang panas baran. Tapi dengan perangai jebon Khair Fattah ni aku jadi hilang sabar.
"What hey hey? I suami you tahu. Berdosa tinggi suara dekat suami. "
"Habis, suami tinggi suara dekat isteri tak berdosalah? "
Sekejap, kau melalut apa ni, Kartina? Ah, lantaklah. Tengah marah ni. Sembur sajalah apa yang terlintas dalam fikiran. Malu nombor dua.
"Hello, bila I tinggi suara dekat you? Sekarang ni you yang tinggi suara dekat I. Ke you nak I diamkan you macam semalam? "
"Argh...!!! "
Bekas foundation dicampak masuk ke dalam bathup. Lantak kau berkecai berderai sekalipun. Aku melangkah keluar dari bilik mandi.
"Sengal! "
SUASANA sewaktu sarapan tidaklah sendu seperti semalam. Nampak ceria. Ayah dan mama berbual rancak dengan Fattah. Bertanya itu ini.
"So, bila Kina nak balik rumah Fattah? "
Pertanyaan ayah membuat aku dan Fattah saling memandang. Balik rumah Fattah? Maksud sebenar ayah ialah tinggal berdua. Aku dan Fattah tinggal berdua? Hell no, ayah.
"Kalau tak ada aral melintang, petang ni, yah. Esok Fattah dah start kerja. " jawab Fattah tenang. Tangan menyuap nasi goreng ke dalam mulut.
Amboi... Baru kahwin semalam, hari ni cuti, esok dah kerja. Apakah si Khair Fattah ni kerja kerajaan?
"Eloklah tu. Belajar hidup berdikari. Belajar mengenal hati budi masing-masing. "
Terasa kaki dipijak kaki Fattah yang duduk di sebelah. Kurang ajar. Nak kenakan aku saja kerjanya.
"Fattah, pasal Karmila... "
Khair Fattah memintas. "Ayah, Fattah terima siapa pun Kartina seadanya. Walau sesiapa pun dia. Mungkin Fattah dan Karmila tak ada jodoh. "
Kata-kata itu kedengaran ikhlas. Seperti tiada walau sekelumit pun kepura-puraan. Tapi benarkah Khair Fattah ikhlas?
Paling penting, adakah dia akan masih akan menerima aku seadanya jika dia tahu siapa aku sebenarnya?
"WE'RE here. Our house. " Fattah menukar gear. Tali pinggang keledar dibuka. Kemudian dia memandang aku.
Argh... betul ke aku akan tinggal dengan lelaki ni? Tapi hanya sebulan saja, kan? Sebulan tu sekejap. Pejam celik pejam celik, dah sebulan.
"Tak nak keluar ke? Ke... nak I angkut masuk? Hmm.. boleh juga. That's a great idea. "
"In your dream! "
Aku cebik bibir. Pintu kereta dibuka. Laju saja langkah kaki ke arah pintu masuk rumah. Tangan belum mencapai tombol sudah ada yang membuka dari dalam.
"Cucu nenek dah sampai, "
Tubuhku dipeluk erat. Kaku seketika. Terkebil-kebil aku jadinya. Tiada meteor, tiada komet tiba-tiba dipeluk.
"Cantik cucu nenek, "
Wajahku diusap lembut. Matanya penuh dengan kasih sayang. Siapa wanita ini?
"Amboi, Tuan Khair. Laju saja bawa pulang Puan Isteri ke rumah ya. Tak menyempat betul. "
Bahu Fattah ditampar sebaik saja lelaki itu melalui pintu. Fattah menggosok bahunya. Dahinya berkerut.
"Sakitlah, nek. Apa main pukul-pukul ni? "
"Tahu pun sakit. Jom, sayang. Kita masuk. "
Wanita itu menarik tanganku. Mataku memandang sekeliling ruang tamu. Baru tengok ruang tamu rasa macam nak jatuh rahang. Ini belum lagi bilik.
"Hai, Fattah. Sendiri minum aje? Kamu ingat kamu je haus? Isteri kamu tak haus? " sindir Nek Qamariah melihat Fattah meneguk air di dapur.
Fattah herot bibir. Air kosong dituang ke dalam cawan. Kakinya melangkah ke arab set sofa. Cawan dihulur kepadaku.
"Terima kasih, "
"Sama-sama, "
Nek Qamariah menggamit aku duduk. Dari tadi tangannya tak lepas memegang tanganku. "Kina datang sini tangan kosong aje ke? Beg pakaian tak bawa? " soal nenek.
"Eh, ada, nek. Dalam kereta. Nanti Kina bawa ke bilik. "
Nenek menggeleng. "Tak payah. Fattah yang bawa. Buat apa bela otot banyak-banyak kalau tolong isteri pun liat? Baik jual je. " sindir nenek lagi.
Aku ketap bibir. Berusaha tahan ketawa. Nampak wajah Fattah mencuka disindir nenek. Jual otot? Online atau car boot sale? Luculah nenek Fattah ni.
"Sekarang, Fattah. " tekan nenek.
"Ya.... "
Mata hanya memandang lelaki itu keluar dari rumah. Beberapa minit kemudian dia masuk kembali bersama beg pakaianku. Tak banyak pun. Dua luggage dan dua kotak barang.
"Kina naiklah rehat. Nanti makan malam Bik Ita ajak turun. "
Bibir tersenyum kelat. Kepala hanya mengangguk. Kemudian aku bangun lalu mengekor langkah Fattah di belakang.
BARANG-BARANG diletak tepi dinding. Khair Fattah sudah merebahkan diri atas katil. Matanya terpejam rapat. Pastinya kepenatan didera nenek.
Tangan menolak perlahan pintu bilik mandi yang terbuka. Mata membuat scanning keseluruhan bilik. Agak minimal dan dominan dengan warna gelap. Suramnya hidup si KFC ni.
KFC stands for Khair Fattah... Hmmm... C untuk apa ya? C for... Haha, save for later.
"Baju-baju you separuh letak dekat closet sana. I ada sediakan ruang kosong. "
"Kenapa separuh? "
Ingatkan dah syahid. Hidup lagi rupanya. Tanganku mencapai luggage. Semua pakaian aku simpan dalam luggage. Taklah pening nanti.
"Adalah. Ikut je cakap I. "
Bibir mencebik. Pintu closet dibuka. Tergamam sekejap melihat deretan pakaian, kasut, tali leher dan jam tangan mewah milik lelaki itu. Aku pun fikir dua tiga kali tahu tak sebelum nak buat koleksi ni.
Koleksi tahi mata memang akulah jaguhnya. Tapi ni koleksi baju dan barang mewah. Orang kaya lah katakan. Tak tahu mana nak campak duit bergunung tu, hamparlah pada koleksi barang atau kereta mewah.
Zita pernah kata kalau beli barang bukankah sepatutnya makin banyak makin mahal. Tapi pernah terfikir tak kenapa kereta yang tiada bumbung dan hanya ada dua pintu lebih mahal berbanding kereta ada bumbung dan ada empat pintu? Sampai sekarang aku tak tahu jawapannya.
"Skodeng baju I? "
Terus aku menoleh. Dia ni, bikin terkejut lah. Nasib aku tak ada penyakit jantung. Dua kali aku cakap ni. Jangan sampai betul-betul dia jadi duda. Astaghfirullah. Jangan doa yang bukan-bukan.
"Mana ada. "
"Dah siap kemas? "
"Dah, "
"Good. Kalau macam tu, teman I tidur. "
Eh, kau cakap apa ni? Teman tidur? Ingat aku teddy bear kau ke?
Tapi di mulut lain. "Isy, buat apa? Saya tak habis kemas lagi lah. " ujarku mencari alasan.
"Alah, nanti lah boleh kemas. Sekarang I penat tahu tak? Dah lah semalam tidur tak lena. Lepas tu memandu pula. Angkat barang you lagi. Ganti balik lemak-lemak I yang you dah bakar. "
Tahi apa yang lelaki ni mengarutkan? Ganti lemak? Kau ingat ni sama macam ganti pemadam ke? Badan kau tak nampak macam ada sekelumit lemak pun. Banyak otot sajalah.
"Tidurlah sendiri. Saya maa... arrgghh! "
Tubuhku dicempung lalu dibawa ke katil. Tak sempat aku bangun, laju saja tangan kekar itu memeluk pinggangku. Erat melingkar seolah tak mahu melepaskan aku pergi.
"I penat, Kina. "
"Kut ya pun lepas lah dulu. "
Terasa kepala itu menggeleng. "I nak bantal peluk I. "
Wah... Aku bukan lagi manusia nampaknya. Sudah jadi bantal peluk tidak bernyawa.
Kepalanya disembamkan ke leherku. Nafas panasnya terasa dekat. Aku hanya membiarkan saja. Malas mahu melawan.
Akhirnya aku turut sama terlelap.
AZAN yang berkumandang sayup-sayup kedengaran. Lenaku terganggu. Bantal peluk itu dipeluk makin erat.
Belum pernah selama aku hidup dapat tidur selesa begini. Semalam aku sudah menyeksa badan tidur atas lantai. Hari ini tidur atas katil empuk ini benar-benar selesa.
"Kartina... "
"Hmm... "
"Sukanya I kalau you buat macam ni hari-hari. "
Automatik mata terbuka. Bukan saja aku memeluk Khair Fattah, malah sebelah kaki pun naik ke atas. Aduh, Kartina. Jatuh saham Wanita Melayu Terakhir aku.
"Mana sengaja. Kan saya tidur, "
Aku mengalihkan tangan. Namun cepat pula tangan kekar Khair Fattah menahan. Eh, ambil kesempatan pula kau.
"You tak nak ke I jadi bantal peluk you selama-lamanya? Bukan untuk sebulan je? "
"We've talk about this yesterday. Karmila bukannya pergi keliling satu dunia. Dia cuma tenangkan fikiran. Sebulan baliklah. Lepas tu kita ce.... "
Argh... aku lupa amaran dia semalam.
"TAMBAH lagi, Kina. Sikit je makan. Dah kenyang ke? " tegur nenek. Bibir hanya tersenyum kelat. Kepala mengangguk.
Mahu gerakkan mulut pun sakit. Tak guna punya Khair Fattah. Tunggulah kambing ni bertukar jadi kerbau. Aku terajang kau cukup-cukup.
"Sayang nak Anje suap ke? "
Terus kepala berpusing sembilan puluh darjah memandang Fattah. Jin sengal apa yang merasuk mamat ni? Makin lama makin aku rasa nak bawa pergi berubat.
"Tak apa. Saya masih ada tangan, "
Beberapa suap nasi masuk ke dalam mulut. Akhirnya aku mengalah. Pinggan ditolak ke tepi.
"Kina naik dulu. Nak rehat, "
Telefonku dalam poket bergetar sejak tadi. Aku yakin itu bukan panggilan saja-saja.
Share this novel