Vol. 15

Short Story Completed 27144

"KALAU tak ada apa-apa, saya keluar dulu lah ya, Encik Azhar. " Selesai memberikan fail kepada lelaki itu aku memang berkira-kira mahu keluar. Malas mahu melayan lebih-lebih.

"Kar... "

Belum sempat Encik Azhar mahu bersuara aku sudah mencapai tombol pintu. Cepat-cepat aku keluar dari pejabatnya. Langkah berjaga-jaga.

Kalau tak buat begini, nanti mulalah nama Bakhtiar disebut. Lepas tu apa? Suruh aku pujuk dia terima proposal tu. Oh, no. I won't do that.

Lepas tu Bakhtiar pula akan lebih-lebih. Fikirkan pasal kita lah, kita dulu kawan rapat lah. Eh hello, aku dah berpunya.

Cakap pasal dah berpunya ni teringat pula hal semalam. Hari ini aku macam orang sengal. Asyik tersenyum sampai ke telinga.

"I won't divorce you. Never in my lifetime. "

"Tapi... Karmila... "

"Listen, sayang. Abang hanya perlukan sayang di sisi. Beribu perempuan pun takkan ada yang boleh gantikan tempat Kina. "

"Abang mengaku sebelum ni abang pernah gagal. Tapi abang akan pastikan kali ni, abang takkan gagal. "

Ayat yang paling hujung itu jugalah yang aku ingat. Pernah gagal. Apa maksud sebenar Fattah?

Entah kenapa aku teringat nama Jiha. Hilal pernah sebut nama Jiha. Ya... betul tu. Siapa Jiha, itu yang perlu aku siasat.

MATA memandang kanan dan kiri. Kurang selesa dengan mata tajam yang sedang memandangnya. Tali leher dilonggarkan.

Ketaq lutut !

"Kenapa Kina pandang macam tu? " soalnya.

Aku mengecilkan mata. "Boleh tanya Encik Hilal satu soalan? "

Hilal mengangguk. "Kina nak tanya apa? "

"Siapa... Jiha? "

Air liur ditelan kesat. Dia sudah buat sumpah setia dengan Khair Fattah. Takkan ungkit hal ini tanpa kebenaran lelaki itu. Kalau Fattah tahu, hilang sebelah tangan aku.

"Kenapa diam? Cakaplah. "

Jangan main-main. Keluar aura kak long kawasan aku nanti.

Hilal menggaru kepala. "Jiha.... Jiha... dia... "

Pak!

Meja ditepuk kuat. "Cakaplah! " jerkahku.

"Dia ex wife Fattah! "

Hilal menghela nafas. Fuh, rasa macam satu batu besar sudah hilang atas bahunya. Eh, sekejap. Alamak, dia tercakap!

"Fattah pernah kahwin? "

Lelaki itu gigit bibir. Mampus, mampus.

"Jiha bekas isteri Fattah? "

Berkerut dahiku memandang Hilal. Mata sudah memandangnya tajam. Tak puas hati bila dia tidak memberikan jawapan.

Pap!

"Engku Najihah! "

Hei... nak kena gertak baru nak buka mulut.

"Engku Najihah? "

Hilal mengangguk laju. "Itu je saya boleh cakap. Yang lain-lain Kina kena tanya Fattah. Saya dah bersumpah dengan dia. "

Aku mencebik bibir. Dasar setia kawan. Tak apa, tak apa. Aku pakar menyiasat. Sekejap saja boleh dapat maklumat.

PINTU almari ditutup. Fail putih itu diletak atas meja. Tangannya mengusap lembut fail itu.

"Ini saja mummy dapat bantu Kina. "

Bibir tersenyum tawar. "Sedikit pertolongan pun Kina dah bersyukur, mummy. "

"Dalam fail ni ada semua laporan perubatan. Termasuklah sebarang pembedahan, rawatan dan kematian. "

Helaian dalam fail itu diselak satu persatu. Tiada yang menarik sebenarnya. Cuma aku mahukan kebenaran.

"Macam mana mummy kenal ibu? "

Yasirah tersenyum panjang. Kemudian dia menongkat dagu atas mejanya. "Kami berkawan. "

"Tapi Kina tak pernah dengar pun ibu cakap nama mummy. "

"Ibu Kina panggil mummy dengan nama Siti. Pernah dengar, tak? "

Dahi berkerut halus. Minda cuba mengingati sebaris nama itu. Siti. Aku pernah dengar ibu menyebut nama Siti.

"Siti.... Siti Yaya? "

Laju mummy mengangguk. "Tak sangka anak dia jadi menantu mummy. Muka Kina iras arwah Kirana. Sama sangat. Rasa macam jumpa semula dengan Kirana. "

"Kalau ibu masih ada, dia mesti gembira. Ibu dulu selalu nak kenankan Kina dengan anak Auntie Siti. Handsome lah, tinggi lah. "

Mummy ketawa kecil. "Tapi kahwin juga, kan? "

Terkebil-kebil aku memandang mummy. Akhirnya kahwin juga dengan Khair Fattah. Oh, ya. Cakap pasal Fattah. Teringat pula soalan yang sejak semalam aku simpan.

"Kenapa muka Yazid tak sama dengan muka Fattah? "

Mummy tersenyum. Simpan lama-lama pun tiada guna juga. "Yazid anak mummy dengan walid. Fattah anak arwah uminya dengan walid. Uminya orang yang baik. Disenangi ramai. Tapi, Allah lebih sayangkan arwah. "

Tak sangka Fattah punya kisah sedih sebegitu. Aku turut simpati dengan nasibnya. Mujurlah mummy seorang ibu yang baik. Tak seperti ibu tiri dalam cerita Cinderella. Kalau tidak Fattah dah jadi Cinderben. Haha.

"Boleh tak kalau Kina nak tanya pasal Fattah? "

Yasirah tersenyum. "Tanya je sayang. Apa saja yang Kina mahu. "

"Siapa... Engku Najihah? "

Lama aku memandang wajah mummy. Saat soalan itu terpacul keluar dari mulut, riak wajahnya berubah.

"Err... mummy tak tahu cerita sebenar. Tapi apa yang mummy tahu sebelum mereka bercerai, mereka nampak bahagia. Entah di mana silapnya, "

"Disebabkan hal tu, dia bawa diri jauh. Jauh sangat. Makan tiga tahun untuk dia ubatkan hati yang terluka. Walid pernah cadangkan beberapa calon, tapi mentah-mentah ditolak. "

Tiba-tiba tanganku digenggam kuat. Anak mata mummy memandang aku dalam-dalam.

"Fattah pernah gagal dalam perkahwinan. Kami saksinya. Biarkan kali pertama jadi kali yang terakhir. Bahagiakan Khair Fattah, Kartina. "

PERMINTAAN mummy tadi terasa agak berat. Bukanlah aku benci Fattah. Tidak. Suka itu ada. Tapi itu bukan cinta.

"Have feelings for him is the first step. Second step, make yourself fall in love with him. "

Betul. Langkah pertama ialah wujudkan perasaan itu. Sekarang langkah yang kedua. Cambahkan ia.

Tapi....

"Kina dah siap masak ni. Abang tak nak makan? " Mata memandang Fattah yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya.

"I tak lapar. "

I? Mana pergi 'abang' awak?

Pelik. Khair Fattah bersikap aneh sejak tengah hari tadi. Sudahlah aku jauh hati dengannya kerana menyuruh aku makan tengah hari seorang diri. Balik pun suruh aku naik GrabCar.

Fattah seolah... pinggirkan aku. Tapi, kenapa? Aku tak buat apa-apa salah pada dia. Pagi tadi elok saja mencium pipi aku. Siap bagi pick up line lagi.

Mata mengerling kalendar. Aku layan lagi blues aku. Tambah pula malam ini hujan lebat. Makin overwhelm aku jadinya.

Mungkin... dia nak ceraikan aku?

Eh, mustahil. Janji dia dua hari lepas sebagai jaminannya.

Dua hari lepas. Hati manusia boleh berubah.

Doa-doalah kau mengandung. Supaya lafaz cerai yang dilafaz tak sah.

Panjang aku mengeluh. Hilang riak teruja mahu hidangkan makan malam buatnya. Lantas aku mengemas meja makan.

Lauk-lauk yang dimasak tadi dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian dimasukkan pula ke dalam peti sejuk. Dia tak mahu makan, aku lagilah tiada selera.

"Abang dah solat? "

"Dah. "

Jawapan itu membuatkan hatiku rasa tersiat. Makin menjerit-jerit si hati di dalam. Dia solat tanpa aku?

"Kina nak masuk tidur ni. Abang tak penat ke? "

"Tak. Tidur je lah. "

"Abang.... tidur sekali malam ni, kan? "

"No. I tidur kat living room. "

Dang! Rasanya jantung bukan lagi luluh. Malah dah berkecai. Tak mampu dicantum lagi mana satu arteri, mana satu aorta.

"Kalau macam tu... Kina masuk tidur dulu. "

"Hmmm. "

Ya Tuhan, rasanya sakit. Akhirnya aku tidur bertemankan air mata dan langit hujan yang seakan turut menangis denganku.

Alamak, kenapa dgn Fattah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience