Vol. 10

Short Story Completed 27144

MATA meliar mencari kelibat Fattah. Bibir tersenyum tatkala menangkap bayangnya sedang berbual dengan Hilal. Sekejap, kenapa aku senyum?

"Awak, "

Selamba saja tangannya melingkar di pinggangku. Aku cuba menepis dengan siku. Tapi makin erat pula rangkulannya. Ambil kesempatan.

"Awak bukan ke yang saya jumpa dekat ladies tadi? "

Berkerut sekejap dahiku. Cuba mengamati wajahnya. Ya, dialah yang melanggar aku tadi di hadapan ladies. Kami bertemu lagi.

"Let me introduce you. This is Khair Fattah and... "

Fattah tersenyum. "Kartina. My wife, "

Gadis itu mengangguk faham. "I'm Haliya. "

Aku mengetap bibir. Memang ambil kesempatan ni. Tangan Fattah sedang merayap di belakang aku. Wah... miangnya.

"Sayang sembang dulu dengan Haliya. Abang ada hal nak bincang dengan Encik Radzi. "

Sayang? Abang? What?

"Jom, Kartina. Kita borak dekat sana? " ajak Haliya.

Aku mengangguk. "Jom. "

"AWAK baru grad lah maknanya ni? " Aku mengangguk. Sempat aku meneliti wajah cantik Haliya.

"Lama dah ke awak kahwin dengan Khair Fattah? " soalnya lagi.

"Dalam dua minggu. Baru aje. "

Entah sampai bila agaknya perkahwinan ini. Kalau boleh aku mahu cepat-cepat berpisah. Risau juga andai apa yang aku lakukan sekarang akan menjerat aku kembali.

"Awak dengan Encik Radzi bercinta ke? "

Meletus tawa Haliya. "Me? And him? No lah. Saya dah ada boyfriend. Kami akan bertunang. "

Kemudian Haliya mendiamkan diri. Agak lama. Perlahan-lahan aku mencapai tangannya.

"Awak ada masalah sebenarnya dengan boyfriend awak, kan? "

Haliya angkat wajah. Matanya sedikit membulat. "Macam mana awak tahu? "

Aku hanya angkat bahu. "I trust my instinct. Instinct saya tak pernah salah. "

Kemudian Haliya mengeluh. "It's hard to say. Kami macam main tarik tali. Dia nak kami bertunang tapi mak dia macam.... "

"Awak kena percaya kata hati. "

Again? Kau nak dia jadi sama macam Karmila ke?

"Tapi andai kata saya dan dia tiada jodoh, saya kena terima. Saya percaya perancangan Allah. "

Aku tersentap dengan ayatnya. Aku pula bagaimana? Percayakah aku pada perancangan Allah?

"YOU got any info? " soal Fattah. Mata birunya masih setia memandang wajah Radzi. Menagih jawapan.

"Aku dah minta mereka siasat. Suprisingly, server tu memang kena hacked. Tapi macam tak ada jejak. Mereka yang buat ni mesti pakar. "

Fattah diam seketika. Semakin Lama dia semakin rimas dengan semua ini. Naik tepu kepala otak menyelesaikan puzzle rumit ini.

"Memang tak boleh trace ke? "

Radzi tersenyum tawar. Tidak mengangguk atau menggeleng. Membuatkan Fattah kerutkan dahi.

"You know something, isn't it? "

"Aku mimta tolong Rei. And luckily they got her. "

"Her? "

Radzi mengangguk. "Virus ni virus yang sama hacked sistem hospital Auntie Yasirah dulu. Memang pandai menyelinap. "

"Tell me, who is she? " Bahu Radzi dicengkam.

"You know her. "

"I know her? "

LANGKAH kaki diperlahankan. Sempat mata memandang sekeliling. Selamat. Aku pura-pura melangkah lambat lalu duduk di antara seorang lelaki berkot hijau zamrud dan gadis berambut pendek memakai dress lengan panjang hitam.

"Kau yakin sini selamat? "

"Kalau tak selamat, kau rasa berani ke kami nak jumpa sini? " soal Hud.

Aku tahan geram. Tak apa. Sekarang sindirlah sepuas kau. Nanti kau tahulah apa nasib kau.

"Any info? "

"At first, kami syak D tapi bila fikirkan semula, something is wrong. Ikut logik akal. Takkan dia boleh bergerak sendiri, kan? "

Aku mengiyakan kata-kata gadis berambut pendek itu dalam hati. Tanpa arahan, masakan tugas itu terlaksana? Lainlah jika motif utama ialah dendam.

"Selepas buat risikan, kami mula syak pada A dan R. Walaupun semua bukti terarah pada A, tapi ada sesuatu yang pelik. "

Dahiku berkerut. "Apa dia? "

"D ada hubungkait rapat dengan R. "

Tergamam. D dan R. Bukan A dan R?

"KEDAI nak tutup ni, mak. Esok-esok sajalah. Zita bukannya nak mati malam ni. " Tangannya sibuk mengemas kaunter.

Maknya datang. Terus kena sebiji penampar. Spontan Zita menggosok bahunya yang sakit. Perit woi.

"Mulut tu, cabul! Cakap yang elok sikit boleh tak? " marah Puan Zana.

Zita menarik muncung. Maknya tak habis-habis dengan perancangan mahu kahwinkan dia. Ayahnya pun bukannya kisah sangat pasal kahwin ni. Yang penting lelaki itu boleh jaga dan membimbing anak daranya dengan baik sudah cukup.

"Designer bapok mana pula kali ni, mak? "

Puan Zana mencekak pinggang. "Amboi, kau perli mak ya, Zita? "

"Eh, mana ada. Zita saja je tanya. "

"Ini bukan bapok, Rozita. Ini lelaki tulen. Paling hangat dalam pasaran sekarang. " ujar Puan Zana.

"Oh... tengah hari tadi saham dia naik berapa? Positif ke negatif? "

Sekali lagi makan penampar. Zita memang suka loyar buruk. Mak pun satu, melayan.

"Sorry, auntie. Jalan jammed tadi. "

Tiba-tiba pintu terbuka. Seorang lelaki menerpa masuk. Tercungap-cungap seperti baru selesai marathon.

Mata Zita membulat. "Hil? "

KIRI, clear. Kanan, clear. Bagus! Kaki terjingkit-jingkit keluar daripada bilik mandi. Boleh pula aku diserang penyakit lupa.

Oh, tidak. Baju tidur aku sudah pandai hilangkan diri. Sejak bila berguru dengan ahli silap mata ni?

"Looking for this? "

Laju aku memusing badan. Baju yang kucari ada pada Fattah. Tangan menggenggam kuat tuala. Ya, aku sekarang hanya bertuala. Fattah juga sama. Bukankah sepatutnya dia sudah siap berpakaian?

"Awak jangan macam-macam. Saya tahu bersilat. "

Fattah maju selangkah. Aku pula undur selangkah. Pakaianku tadi dicampak tepi. Shit, dia sengaja.

"Who are you, Kartina Wahida? "

Bibir tersenyum kelat. Adakah rahsia aku sudah bocor? Tak mungkin. Aku belum pernah gagal.

"I am Kartina Wahida. No more, no less. "

"But, you are more than a just ordinary Kartina Wahida. "

Aku telan air liur. Pahit. Bermakna rahsia aku sudah pecah. Tapi bagaimana? Ah, memanglah. Dia berduit. Sepantas kilat maklumat boleh dapat.

"You're having so much fun, making me look like a fool, huh? Who are the real you, Kartina Wahida? Or should I call you.. White Rose? "

Kering tekak. Rahsia aku sudah bocor. Sepatutnya aku sudah jangka ini akan terjadi. Bodohnya kau, Kina. Kau dah perangkap diri sendiri.

"The truth is, Karmila doesn't disappear. But you... made her disappeared. "

Tubuhku tersandar di dinding. Kedua tangan Fattah mengepung aku. Ah, sudah tiada jalan keluar.

"All these times, you pura-pura jadi Little Red Riding Hood. Tapi sebenarnya you ialah Hunter yang memburu Werewolf. Tapi you lupa something, Kartina. Hunter juga boleh mati jika dia yang diburu Werewolf. "

Tangannya mencengkam bahuku. Dia mendekatkan wajahnya. Nafas panas itu deras.

"This night, let the Werewolf get its Hunter. "

"Don't do it, Fattah. " rayuku.

Fattah tersenyum sinis. "I'll make sure you're going to enjoy it. Soon, you'll be next to me forever. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience