Vol. 16

Short Story Completed 27501

"SEMBAB je mata? Tak cukup tidur ke? Ke... kerja banyak? Kina, kalau kerja banyak, berhenti je. Lagipun, Kina dah kahwin. Fattah boleh tanggung Kina. "

Tiba-tiba kedengaran bunyi ketawa. Terus aku memandang Lin yang duduk di sebelah Karmila. Dia ejek aku. Kurang ajar.

"Kau kan.... " Aku sudah bangun dari kerusi. Lengan baju sudah disinsing.

"Mula lah tu. Jangan gaduhlah. Macam budak-budak je. " tegur Karmila.

"Siapa yang mula dulu? " Sebelah keningku naik. Tak puas hati dengan Lin.

Terus Lin angkat tangan separas bahu. "No war okay? Aku terhibur je. "

Aku memandang Lin tajam. Terhibur? Ingat kisah hati aku hiburan domestik ke? Aku sudah buntu minda dan hati memikirkan cara untuk selesaikan kemelut ini.

"Chill, Kina. Dia pun ada perasaan juga. Takkan selamanya dia nak bertolak ansur dengan kau. Tak adil. "

"Maksud kau, apa yang dia buat sekarang ni adil lah ya? " giatku.

"Kina, relax. We can figure this out. " pujuk Karmila.

Kasar aku mendengus. Kemudian aku bersandar di kerusi. Mata meneliti pelan atas meja. Aku tak nafikan, sejak berkahwin dengan Fattah, aku mudah hilang tumpuan.

Bukanlah secara total. Tapi kadang-kadang ada yang aku terlepas pandang. Leka dengan cinta mencurah Khair Fattah.

Kenapa dia berubah? Atau dia punya niat untuk ceraikan aku?

"Dengar tak apa kakak kau cakap ni? "

"Hah? "

Lin mendengus. "Inilah dia orang angau. Tak fokus! Membazir air liur aku saja. "

Mencerlung aku memandang Lin. "Ulang balik apa kau cakap. "

Gadis itu tersenyum sinis. Tatkala bibirnya melengkung senyum terserlah kejelitaan wajahnya. Rambutnya juga semakin panjang. Sejak kebelakangan ini pandai pula Lin simpan rambut.

"Apa dia, Mila? "

Mata beralih memandang Karmila. Malas melayan Lin. Aku juga yang dapat sakit hati nanti. Mencegah lebih baik daripada merawat!

"Stay away from T. "

Dahiku berkerut. "T? "

Karmila mengangguk. "Dia ada kaitan R. Dia juga punca kejadian hari tu. "

Penumbuk dikepal. Geram hinggakan tanganku mengigil. Tak guna. Berani dia kacau Karmila.

PEN diletak atas meja. Hilang semangat mahu bekerja. Mahu saja dia baring di atas katil dan kosongkan fikiran. Tapi kerja di pejabat pula bertimbun.

"Jangan berani kacau Kartina. "

"Or what? "

"Aku akan pastikan kau menyesal. "

Bakhtiar tersenyum sinis. "Really? "

"Kartina isteri aku. Hak ada pada aku. Bukan kau. Sedikitpun kau tak berhak. "

Menyeringai Bakhtiar ketawa. Kemudian dia mengeluarkan satu sampul surat dari poket kotnya.

"Fikirkan semula bila kau kata aku tak berhak. "

Anak mata Fattah bergerak-gerak memandang foto-foto itu satu persatu. Tangannya menggeletar. Bibirnya diketap kuat.

"Semua ni edit! "

"Selain buta, kau juga bodoh. "

Fattah menampar meja. Dadanya berombak menahan marah. "Mustahil. Kartina takkan buat macam ni. "

"Kau tahu apa? Hidup dia cuma ada aku sebelum kau datang. Aku muncul dulu sebelum kau. "

Senyuman Bakhtiar melebar. Tangan disulam di atas meja. Matanya memandang Fattah yang sedang keresahan. Suka.

"Give up on her. Aku tahu kau bukannya cintakan dia. Hati kau masih ada nama Engku Najihah. Am I right? "

Pantas Fattah mencengkam kolar baju Bakhtiar. "Jangan kau sebut nama dia lagi! "

Keluhan berat dilepaskan. Wajah diraup perlahan. Semalaman dia berfikir. Adakah bercerai jalan yang terakhir?

SEDAR tidak sedar sudah masuk dua minggu berlalu. Namun Fattah masih juga belum memberi kata putus. Ikutkan tempoh sebulan itu, hari ini sudah lewat satu minggu enam hari. Esok genap dua minggu telat.

Semalam sudah ada drama air mata. Tempoh dua minggu percubaan aku sudah tamat. Paling teruk menangis mestilah Kak Zah dan Cik Alice.

Encik Azhar pula sempat meminta maaf atas tindakan keterlaluannya. Tapi aku tidak ambil hati. Faham jika Encik Azhar berusaha mahu merebut tender penting.

'Kina free tak? Can we meet? ' -Bakhtiar.

Ini lagi satu. Tak habis-habis mesej aku. Mahu block nombor dia, serba salah pula. Dia bukannya buat apa-apa yang memudaratkan aku.

'Sibuk, Tiar. Ayah tak sihat sekarang ni. '

'Kalau macam tu, Tiar datang sana.' -Bakhtiar.

Tak faham bahasa! Aku tak nak jumpa kau lah!

Aku membiarkan saja mesej dari Bakhtiar. Kemudian aku membuka mesej yang aku hantar pada Fattah petang tadi. Dibaca tapi tidak dibalas. Blue tick.

'Kina nak tinggal dekat rumah ayah sementara waktu. Nanti abang datang ambil Kina ya'

Ekor mata sempat menangkap bayang Karmila yang sedang melangkah mendekati aku. Keluhan berat dilepaskan. Terdetik untuk berputus asa.

"Apa sebenarnya yang Tuhan cuba rencanakan untuk Kina? "

Karmila mengusap bahuku lembut. "Perancangan Allah itu indah. Kina cuma perlu percaya dan serah diri pada Allah. Insya Allah, jodoh Kina dan Fattah kuat. "

"Kina! "

Serentak aku dan Karmila menoleh. Lin tercungap-cungap berlari ke arah kami. Nampaknya ada sesuatu yang penting mahu diberitahukan.

"Apa dia? "

"Hud... Dia... dapat info. "

"Info apa? "

"Ayah... Ayah kau orang dalam bahaya! "

"What?! "

SKRIN telefon diusap lembut. Satu-satunya foto milik Fattah yang aku simpan dalam galeri telefon ditenung. Apa khabar dia sekarang? Baikkah?

"Rindu ke? Call aje lah. "

Aku menggeleng. Aku nekad mahu selesaikan masalah ini dulu sebelum selesaikan masalah aku dan Fattah. Sudah terlalu lama aku menangguh.

"Biarlah. Kina redha kalau dia nak bercerai. "

"Ya Allah, Kina! Cakap apa ni? "

"Fattah dah tawar hati dengan Kina. Mungkin dia nak kami bercerai. "

Karmila mengeluh panjang. "Nonsense, Kina. Mila sendiri nampak macam mana dia pandang Kina. Full of love. Dengan Engku Najihah pun tak begitu. "

"Mila kenal Engku Najihah? "

Karmila tersenyum sinis. "Long story. "

"Ceritalah. "

"Okey, kita pendekkan cerita. Hmm... what can I say? Jiha was Fattah's first love. But not his true love. "

Dahiku berkerut halus. "Maksudnya? "

"Pernah dengar tak serigala ialah haiwan yang setia kepada satu pasangan saja? "

Perlahan-lahan bibirku mengukir senyuman. Faham maksud Karmila.

AGAK lama Fattah termenung sendiri. Mesej terakhir dari isterinya berjaya mendatangkan rasa gundah dalam hatinya. Roboh segala benteng ego.

-Halalkan makan minum Kina. Kalau ada apa-apa terjadi pada Kina, Kina harap abang dah ampunkan dosa-dosa Kina pada abang. Kina minta maaf. Kina sayang abang.

Wajah diraup perlahan. Kenapa tiba-tiba minta maaf? Kenapa dengan semua ayat itu?

"Kau kenapa? Resah je. "

"Hil, aku rasa ada something wrong lah. "

Sebelah kening Hilal naik. "Kenapa pula? Cuba kau story sikit. "

"Kartina. "

"Okey, what's wrong with her? "

"Kenapa dia tiba-tiba minta maaf? Cakap halalkan makan minum dia, ampunkan dosa-dosa dia. Lepas tu dia cakap dia sayang aku. "

Hilal yang sedang menatap skrin telefon terus angkat kepala. "Fa... "

"Kenapa? "

"Something is wrong. "

"TAK apa ke Kina seorang je dengan mama? " soal Karmila. Matanya memandang sekeliling. Agak berat hati meninggalkan aku sendirian.

"Okey je. I can protect myself. No worries. " jaminku. Aku nampak Karmila tersenyum kelat. Tahu dia tak yakin.

"Sekejap saja, kan? Pergi beli barang dapur tak sampai sehari pun. " tambahku lagi.

Akhirnya Karmila mengangguk. Bahaya jika aku bersendirian. Tapi lebih bahaya jika biarkan ayah bersendirian.

"Hati-hati, "

"You too. "

Karmila masuk ke dalam kereta yang dipandu Pak Samad. Aku yang meminta Mak Nani masakkan soto ayam. Disebabkan bahan tak mencukupi, terpaksalah aku minta Mak Nani membeli barangan masak.

Kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat. Tipu kalau aku cakap aku tidak gementar.

Satu persatu anak tangga didaki. Tujuan ialah bilik ayah. Tugas aku sekarang adalah memastikan ayah selamat.

Tujuan aku sudah hampir ke penghujungnya. Sedikit saja lagi. Hanya perlu beberapa gerakan sebelum check mate.

Dahiku berkerut melihat pintu bilik ayah terbuka. Entab kenapa hatiku dipagut rasa kurang senang. Kenapa?

Tangan menolak pintu perlahan-lahan. Aku melihat bayangan mama sedang berdiri di samping katil. Ayah sedang tidur.

Apa yang mama sedang lakukan?

"Mama? "

Raudah menoleh. Matanya membulat sedikit. Pisau di tangan disorok. Tak mahu anak tirinya terhidu apa-apa.

"Mama... buat apa? "

Perlahan-lahan aku melangkah menghampiri mama. Aku percaya firasat aku. Ada sesuatu yang aneh.

"Mama buat apa dekat ayah? "

Laju Raudah menggeleng. "Mana ada mama buat apa-apa. Mama tengok ayah je. "

"Tapi Kina tak percaya. "

"Terpulang pada Kina. Untuk apa mama sakitkan ayah? "

Keyword!

"Kina tak tuduh mama sakitkan ayah. Tak sebut pun. Kenapa mama ingat Kina syak mama sakitkan ayah? Atau betul mama sakitkan ayah? "

Raudah tertawa kekok. Dia berundur. Aku tahu ada sesuatu yang tak kena.

"Kenapa mama nak lari? "

"Lari? Mana ada, "

"Kina tahu, mama. Kina tahu semua yang mama buat. Kina.... argh...."

Mataku membulat. Rasa sakit yang tiba-tiba itu membuatkan aku tergamam. Lambat-lambat aku menunduk memandang bahagian yang sakit.

Terketar-ketar tanganku memegang tangan Raudah. Mataku mula berkaca. Sakitnya terasa seksa.

"Mama... "

"Kau tak sepatutnya masuk campur dalam hal ni. Tapi kau degil. "

Raudah tersenyum lebar. Laju tangannya memcabut pisau yang ditikam di perutku. Nafasku terasa sesak. Aku memandang Raudah.

"Check mate! " Raudah tersenyum sinis.

"Mama.... "

Akhirnya aku rebah.

oh tidakkk

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience