Epilogue

Short Story Completed 27144

SELESAI membuat pembayaran, aku menyambut huluran kon ais krim dari penjual itu. Bibir tersenyum. Dapat juga aku makan ais krim walaupun senyap-senyap.

Kaki melangkah ke arah sebuah bangku. Perlahan-lahan aku melabuhkan duduk. Kemudian aku bersandar. Jalan beberapa langkah pun sudah penat.

Tak sempat ais krim mahu masuk ke mulut, mataku tertancap pada seorang gadis yang duduk di sebelahku. Nampak seperti dia kusut dengan masalah.

"Adik.... okey ke? "

Gadis itu menoleh. Matanya basah dengan air mata. Ya Allah, Kasihannya...

Agak lama dia memandang wajahku. Kemudian dia tiba-tiba tersenyum. Tiada kata yang mampu ungkapkan senyuman itu selain manis.

"Nanti kakak kena buat check up lagi sekali tahu. Bila dah check up nanti, mesti kakak dengan suami kakak happy. "

Dahi sudah berkerut mendengar kata-kata gadis itu. Seram pun iya juga. Happy? Atas sebab apa?

"Sayang! "

Aku menoleh. Fattah berlari anak ke arahku. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

"Pergi mana tadi? "

"Terjumpa kawan tadi. Itu yang sembang kejap tu. Sayang jangan marah okey? "

Tak sampai hati pun nak marah. Baru tarik muncung sudah macam-macam ayat manis memujuk diberikan.

"Cair dah aiskrim tu, sayang. Kita beli baru nak? "

Aiskrim di tangan dipandang. Cair habis. Lagi-lagi sekarang cuaca agak panas. Tengah hari saja memang aku cari air cond.

"Sayang sembang dengan siapa tadi? "

"Kina sembang dengan di... "

Tergamam sekejap. Gadis tadi sudah hilang dari radar. Oh my God. Sumpah tak tipu. Seram!

"Tak apa lah. Kita balik, jom? Kina nak baring lah. "

Fattah tersenyum. Tangan dihulur. "Jom, balik. Baby papa mesti penat, kan? "

"Penat sangat. Buas macam papa dia. "

"Well.... like father like daughter. Oh, ya. Esok check up, kan? "

Fattah membuka pintu kereta untukku. "Abang cutilah esok. Alang-alang singgah melawat ayah. "

"Eh, tak apa lah. Selalu mummy yang teman. Kina tahu abang sibuk. "

Panjang senyuman Fattah. "Abang terasa nak teman sayang esok. "

"IT'S a miracle! Bukan ke hari tu kita check up, gender bayi ialah perempuan. Kenapa jadi lelaki? " Tergaru-garu kepala doktor itu dibuatnya.

Belum pernah berjumpa kes sebegini. Keajaiban Tuhan ada di mana-mana.

"A... anak kami... lelaki? " Fattah sudah tergamam. Aku tahu memang impian dia mahukan anak sulung kami lelaki.

"Kakak dan suami kakak mesti happy. "

Teringat pertemuan dengan gadis itu. Kata-katanya menjadi kenyataan. Aku dan Fattah sangat gembira. Persoalannya, bagaimana dia tahu?

Penuntut Hogwarts?

Atau dia boleh meramal masa depan hanya melalui mata? Ya lah, bukan main lama pula tu dia tenung mata aku. Tak mustahil.

Dahiku dikucup sayang. Dia benar-benar gembira. Keajaiban Tuhan itu benar wujud.

"Thanks, sayang. Thank you so much. I love you. "

"I love you too, abang. "

Maka, Red Riding Hood dan Werewolf bahagia selamanya bersama bakal anak mereka. Happy ending.

Eh, Kartina Wahida dan Khair Fattah lah. Salah pula.

Yes, again. Happy ending. The end!

TAMAT.

"... Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik pula... " - [ An Nur : 26 ]

Waaaaa dah happy ending!! Thanks kepada semua yang setia menanti dan membaca dari awal hinggalah tamat, all your supports help a lot... sayang semuaaa maka dengan itu, sya akan berehat buat beberapa ketika hehe... apa-apa pun tunggu sya buat comeback okeyy?? again, sayang semuaaa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience