SEBAIK saja keluar dari lif, aku melangkah laju ke arah pintu rumah. Menonong berjalan meninggalkan Fattah di belakang.
Hati aku baru baik. Dia sakitkan lagi hati aku. Puaskah hati dia buat aku begini? Apa yang dia mahu sebenarnya?
Pintu rumah dibuka. Terus aku meluru masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci. Aku bersandar pada pintu. Perlahan-lahan hingga aku duduk di atas lantai.
"Sayang.... kenapa ni? Buka pintu ni. "
Aku memeluk lutut. Bibir digigit. Cuba untuk tidak mengeluarkan bunyi tangisan. Apa yang aku lihat tadi... benar-benar menyakitkan.
Setelah dia berpelukan dengan Najihah depan mata aku, dia hanya buat selamba saja. Macam tiada apa-apa yang berlaku. Aku siapa di mata dia? Patung lilin hiasan tidur ?
"Sayang... okay, look. Kalau sayang marah pasal Jiha, I'm sorry. Abang pun tak expect dia akan peluk abang. "
Tipu. Berapa banyak kali lagi dunia ni mahu menipu aku?
"It almost five years kami bercerai. Kami kahwin pun bukan sebab cinta. My love only for you. "
Dusta. Habis itu, gambar yang aku jumpa bergantung dalam bilik kerja dia itu apa? Patutlah beriya halang aku masuk.
"Sayang... "
Ketukan di pintu semakin perlahan. Aku tahu dia akan berputus asa. Sesiapapun takkan tahan dengan perangai keras kepala aku. Termasuk dia.
"Abang tidur dulu ya? Kalau sayang dah tak marah, abang tunggu dekat bilik. "
Aku dapat rasakan suasana di luar bilik sunyi. Tahu dia sudah masuk ke dalam biliknya.
"MURAM saja. Kenapa tiba-tiba Kina datang sini? Selalu hujung minggu aje. "
Straw dalam gelas dipusing-pusing. "Entahlah, mum. Kina rasa... macam... "
Aku menghela nafas. Susah untuk aku ungkap kata-kata. Tapi itu saja jalan terbaik sekarang.
"Kalau Kina cerai dengan Fattah, macam mana? "
"No! "
Terhenjut bahu mendengar mummy yang tiba-tiba menengking. Okey, bercerai juga bukan jalan terbaik. Aku tarik balik.
"Why? "
"Hari tu, masa birthday Kina. Jiha datang. Dia... peluk, cium pipi... F-fa... "
Argh... mahu sebut pun kembang tekak aku. Malaslah fikir. Cukuplah dua hari ini kepala aku berdenyut bagai nak pecah.
"Jiha memang macam tu. "
Dahi berkerut. "Macam tu? Suka peluk cium? "
Mummy mengangguk. "Itu satu punca juga mereka bercerai dulu. Awalnya macam Mila sepatutnya kahwin dengan Fattah. Bezanya Jiha kawan baik Fattah dari kecil. "
"Mulanya bahagia. Fattah dan Jiha belajar untuk terima diri masing-masing. Hingga satu hari, masa tu Fattah baru balik dari England. Dengan mata dia sendiri nampak Jiha bawa lelaki lain masuk rumah dia. "
Tangan sudah menutup mulut. Tragis betul kisah silam Khair Fattah. Macam mana dia hadap kehidupan ni selepas apa yang berlaku? Isteri dia curang kut.
"Then, Fattah pergi bawa diri. Lama juga dia dekat London. Kemudian dia balik Malaysia bila walid nak kahwinkan dia dengan anak Kamil. "
"We didn't expect he would agreed. Kami main-main saja cakap dia akan kahwin dengan anak Kamil sebagai balasan kami tolong company Kamil. Hakikatnya kami memamg ikhlas tolong Kamil. Keluarga Kina baik sangat dengan keluarga kami dulu. "
Aku tersenyum. Tahu tentang cerita itu. Ibu selalu bercerita tentang mummy. Tahu-tahu saja aku sudah jadi menantu mummy. Itulah yang selalu ibu guraukan saban hari.
"Malam sebelum nikah tu, walid suruh dia test lafaz akad. Payah nak paksa dia. Sampai kena skype Zid untuk pujuk. "
Bibir diketap. Tahan ketawa. Boleh bayang wajah cemberut Fattah. Lelaki tu pantang dipaksa. Buas. Cuma bapa serigala saja berjaya jinakkan dia.
"You know what... " Mummy senyum. Eh, lain macam saja.
"Fattah tak sebut nama Karmila Adrina. Dia sebut nama Kina, Kartina Wahida. "
Nama aku?
PUKUL sembilan malam. Fattah masih belum pulang. Aku risau. Marah macam mana pun dia tetap suami aku.
"Mana dia ni? "
Lauk atas meja dipandang sepi. Semuanya sudah sejuk. Sia-sia saja aku sediakan makanan kegemarannya.
Pak!
Pintu dibuka. Fattah melangkah masuk terhuyung-hayang ke dalam rumah. Aku menerpa ke arahnya.
"Abang kenapa ni? "
"Be careful, Kina. " pesan Hilal.
"Hah? Eh, Abang Hilal! Apa ni? Tunggu lah. "
Cepat saja Hilal cabut lari. Kemudian tangan Fattah mencengkam bahuku erat. Mata coklatnya memandang aku dalam-dalam. Deja vu. Aku pernah alami benda ni. Nenek!
"Tadi... abang... makan... dengan Hilal... "
Keluhan panjang dilepaskan. Ada-ada saja idea tak masuk akal nenek ni. Pasti mummy pecah rahsia pada nenek.
"Panas ke? "
"How can... you ask me... that question? "
Betul juga. Tanya lagi buat apa?
"I can help. "
Fattah menggeleng. "No, Kina. You don't even know... what am I going... to do to you. "
Bibir tersenyum. "It's okay. This night, I'm yours. "
CAHAYA matahari yang menerobos masuk melalui tingkap membuatkan aku tersedar. Bibir mencebik. Ulah Fattah lah ni. Konon lima minit. Ini matahari dah terik atas kepala!
Fattah masih lena. Perlahan-lahan tanganku mengusap rambutnya. Rambutnya bukan hitam. Sedikit perang.
Mummy ada ceritakan. Umi Faridah ialah seorang mualaf dari London. Bernikah dengan walid dan menetap di Malaysia. Meninggal dunia akibat kanser. Terkilan juga kerana tak dapat bertemu arwah umi.
"Abang... "
"Hmm... "
Tangannya semakin erat memeluk aku. Pasti memenatkan melawan nafsu sendiri. Nenek pun satu lah. Bagilah signal awal-awal sikit. Boleh aku prepare.
"Abang, bangunlah. Dah terlepas subuh ni. "
"Penat... " Keluhnya.
Hujung bibir terbaik sedikit. Comelnya! Geram aku.
"Ya, tahu penat. Tapi bangun lah. Abang tak kerja ke? "
Buat masa sekarang Fattah saja yang bekerja. Katanya dia mampu tanggung aku. Jawabnya tergantung sepi sajalah master aku tu. Buat pameran di ruang tamu.
"Abang tak larat... "
Tangan melekal pada dahinya. "Ui... panas. Abang demam ni...."
BUBUR disuap ke dalam mulutnya. Pucat wajah yang sudah sedia putih itu. Nampak tak bermaya.
"Apa jadi semalam? "
"Semalam.... ada dinner dengan client. Sorry, sayang. Abang lupa mesej. "
"It's okay. Kina faham. " Macam kata ayah, Fattah juga manusia biasa. Boleh lupa.
"And I met Jiha. We three discussed about the project, we ate. And then I felt something. She did something to my food. "
"Dia cuba papah abang tapi abang tolak. Nasib baik abang minta Hilal hantarkan sebelum tu. Kalau tak... "
Ops, sorry nenek. Tertuduh nenek pula. Padahal tak ada kena-mengena. Ampun!
"Biasalah tu. Attention seeker. "
Fattah tersenyum tipis. "Sorry susahkan sayang. "
"Haih... tugas Kina sebagai isteri. " Aku tersenyum panjang.
Jiha... Tengoklah. Aku tahu apa nak buat.
TERKEDU. Itulah yang dia rasa. Penampar tadi cukup padu. Wajahnya pasti sudah merah. Silap-silap berbekas.
"Kau gila ke? "
Aku memeluk tubuh. "Hey, who's talking here? " sindirku.
"You siapa hah?! "
Haih...aku ingat aku saja yang tak kenal Engku Najihah. Rupanya dia pun sama. Saling tak kenal.
"Saya isteri Fattah. "
"Hah, you ingat I peduli? "
"Awak fikir saya peduli ke kalau awak peduli? "
Aku... memang juara bab-bab julingkan telinga orang ni. Silap-silap terhipnotis dengan ayat sendiri.
"Saya tak suka gaduh sebenarnya. Malas nak kotorkan tangan dengan darah. Lagipun dalam kisah Red Riding Hood, tak patut ada orang ketiga. " ujarku dengan nada suara selamba.
Dahi Najihah berkerut. Aku mengeluh perlahan.
"Tahu tak Werewolf dalam cerita tu sebenarnya serigala jadian? Bila dia jumpa Red Riding Hood dan mereka bercinta, sumpahan Werewolf tu terlerai dan Werewolf kembali jadi manusia. Then, mereka happy ever after. "
"Nampak tak? Dalam kisah ni hanya ada saya dan Fattah. Tak ada nenek tua iaitu watak awak dalam cerita ni sebab Werewolf tu awal-awal lagi dah makan awak. Saya dah berjaya leraikan sumpahan awak pada Fattah. Betul tak? "
Ah... hikayat apa kau merepek ni, Kina? Buku cakap lain!
"Macam ni lah. Air liur saya mahal sebenarnya. Khas untuk perkara penting. So, Puan Najihah... itu baru penampar. Belum lagi sampai terteleng kepala atau patah tulang. Saya boleh buat lebih dari tu. Try me, "
Anak mata Najihah nampak tak keruan. Baru kau tahu. Buat kau jatuh gaung pun aku mampulah.
"Jangan lupa taubat, Puan Engku Najihah. Kasihan pada Engku Iman. Oh, ya. Dengar cerita Engku Iman dah kahwin dengan model yang tengah naik tu. Apa namanya? Cynthia? Maybe, hmm... I don't know. "
"I... Iman... " Najihah tahan geram.
"Assalamu'alaikum. Have a good life. "
Bahu Najihah ditepuk perlahan. Kaki melangkah meninggalkan Najihah. Puas hati aku melihat dia mengepal penumbuk. Sayang sangat dekat Engku Iman tu. Siapa tak tahu Engku Iman tu player? Padan muka kau.
Berani lah kau kacau Fattah. Bukan teleng saja, silap-silap putus kepala kau aku kerjakan.
padan muka jiha
Share this novel