JAM tangan asyik dipandang. Mungkin setiap dua saat. Dia mengigit bibir. Kemudian dia memandang pekerjanya yang sedang menanyakan pendapatnya.
Dia hanya mengangguk sambil tersenyum kelat. Kakinya di bawah meja sedang menghentak perlahan lantai. Jiwa kacau dia sekarang ni.
Hesy... cepat lah habis...
Hilal menepuk bahunya. Terus Fattah menoleh memandang sahabatnya. "Kau dah kenapa? Macam cacing kepanasan. Isteri kau nak beranak ke apa? " sindir Hilal.
Fattah mencebik. "Mana ada. Meeting ni, berapa lama lagi nak habis? Bosan tahu tak dengar idea dia orang yang cliche tu. " getusnya.
"Amboi, bukan selama ni idea cliche ke yang kau dengar setiap kali mesyuarat? Dah kenapa kau ni? "
Tiga.
Dua.
Satu.
Tiba-tiba Fattah berdiri lalu menghentak meja. Semua ahli mesyuarat memandangnya dengan wajah terkejut.
"Baik, sampai sini sahaja mesyuarat kita. Jangan lupa emel saya semua details, " ujarnya lalu melangkah keluar dari bilik mesyuarat.
Hilal tercengang sekejap melihat Fattah yang sudah hilang di sebalik pintu. Dia tersenyum kelat memandang ahli mesyuarat yang memandangnya seakan meminta penjelasan.
Pertama kali Fattah terkejar-kejar mahu keluar dari mesyuarat. Dating dengan Kartina lah tu. Macam dia tak tahu.
Eh, aku pun ada isteri lah!
"Encik Hilal, kita baru di agenda kedua. Masih ada lima agenda lain lagi. "
Hilal garu kepala. Sesak dada aku dengan perangai kau ni, Fattah!
"Kita postpone lusa lah. Boleh? "
KERUSI roda ayah ditolak perlahan. Bibir tersenyum melihat ayah semakin sihat. Ayah juga semakin banyak tersenyum dan ketawa.
"Fattah mana? "
Aku mengalih pandangan ke tempat lain. Tiada jawapan. Tak, malas sebenarnya mahu menjawab soalan itu.
"Entah ."
"Entah? Kina... tak baik tahu. Syurga Kina di bawah tapak kaki suami. "
Terus aku menarik muncung. Aku mahu lancarkan perang dengan Fattah. Biar padan muka dia.
Sampai hati dia lupa semalam hari lahir aku. Dari pagi sampai petang aku tunggu ucapan itu keluar dari bibirnya. Aku tak mahu hadiah. Aku cuma mahu dengar ucapan itu keluar dari bibirnya.
"Mesti sebab Fattah lupa birthday Kina, kan? " tebak ayah.
Ayah tersenyum. "Kina... biasalah tu kalau dia lupa. Fattah kan sibuk. Kina pun tahu. "
"Tapi.... "
Ayah memintas. "Tak ada tapi tapi. Kina kena terima hakikat yang Fattah juga manusia. Dia tak sempurna. Dia boleh lupa, ingat. Otak dia pum bukannya memory card nak ingat banyak benda. "
Haa... kena bebel lagi.
"Ya... ya... Kina tahu. "
"Bagus. Mila mana? Tak balik lagi? "
"Belum. "
"Dia pergi mana? "
Aku tayang muka bosan. "Malas cakap. Ayah tahu dekat mana. "
Beberapa bulan sebelum.
RESAH. Dia berjalan mundar-mandir dalam bilik. Baju nikah yang bergantung di almari dipandang. Ah, makin kusut!
Jam dinding pula dipandang. Lagi satu jam jurumekap akan tiba. Kepala digaru kasar. Fikir, Mila. Fikir!
Lari.
Lari?
Yes, lari!
Sehelai kertas kosong diambil. Sungguh dia tiada niat mahu malukan keluarga. Dia cuma perlu masa.
"You masih ada masa sampailah rombongan I datang. You decide. "
Kata-kata Fattah tempoh hari kembali terngiang dalam telinga. Dia masih ada peluang. Ya, masih ada!
Perlahan-lahan dia menapak keluar. Mujurlah Mak Nani dan mama sibuk di dapur. Adiknya pula sibuk menyusun juadah di khemah luar.
Pintu belakang!
Mata memandang sekeliling. Line clear! Pintu pagar dibuka berhati-hati. Cepat saja dia melangkah keluar.
Step one, done!
Belum sempat dia mahu melangkah lebih jauh, mulutnya ditekup. Karmila meronta sepuasnya. Menggunakan semua tenaga untuk melawan.
"Woi! "
Buk!
Lelaki. Dia yakin yang mahu menculik dia tadi ialah lelaki. Lelaki itu memakai minyak wangi yang sering dia hidu. Takkanlah...
"Kau okey ke tak? "
Karmila mendongak. Terkebil-kebil memandang lelaki berhoodie itu. Wajahnya kelihatan samar-samar dek hood yang menutup wajah.
"Sa.. ya okey. "
"Nothing to be worried. I'll protect you. "
Baru jumpa tapi sudah mengungkap janji. Siapa dia ni?
"Panggil aku Hud. "
"AYAH suka kalau Mila dengan Hud. Dia boleh lindungi Mila. "
Aku mencebik. Ini lagi seorang. Sejak kebelakangan ini Karmila asyik keluar bersama Hud. Ada apa-apa ke?
"EVERYTHING are ready? " soalnya. Pekerja itu mengangguk. Muncul senyuman lebar di bibirnya.
Dia mencekak pinggang sambil mata memandang sekeliling ruang yang sudah dihias indah itu. Sangat berpuas hati.
Semalaman dia kesunyian disebabkan rajuk si isteri. Sanggup membawa diri ke rumah ayah. Pula tu bluetick semua mesej.
"You're going to love it. "
Telefon dikeluarkan dari poket. Nombor telefon ayah mentua didail. Beberapa saat panggilannya dijawab.
"Assalamu'alaikum, ayah. "
"Wa'alaikumussalam. Macam mana? Dah settle? "
"Amboi, ayah. Laju aje... Dah, ayah. Tunggu Kina saja lagi. "
"Hehe... itu Fattah jangan risau. Ditanggung beres! "
Fattah tersenyum lebar. "Macam ni lah ayah Fattah! "
Ayah mentua sekepala memang boleh buat geng!
"HELAH apa pula kali ni, ayah? " Aku mendengus perlahan. Mimpi apa ayah semalam? Tiba-tiba mahu jalan-jalan di taman malam begini. Kalau bertemu jodoh dengan Kak Pon, macam mana?
"Ayah bukan magician nak helah segala. Salahkah ayah nak menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan? Entah esok boleh ke tidak ayah buka mata. "
Tengok tu, tengok. Dia mula lagi.
"Ayah ni, janganlah cakap macam tu. Kina masih perlukan ayah tahu. "
"Kalau masih perlukan ayah, dengar cakap ayah. "
Bibir tersenyum. Kepala diletakkan di atas bahu ayah. "Kina sayang ayah. "
"Ayah pun sayang Kina. "
Kerusi roda ayah ditolak perlaham di sepanjang laluan taman itu. Benar kata ayah. Taman ini indah di kala malam. Lampu jalannya, orang ramai yang bergembira dengan keluarga. Indah.
"Ayah nak pergi mana-mana ke? "
Ayah hanya diam. Mana mungkin ayah mahu buka mulut. Memang begitu. Dah sampai baru nak bagitahu.
Memang pelik dengan ayah. Lagi-lagi sekarang ini. Ada ke patut suruh aku pakai dress, bersolek segala semata-mata mahu ambil angin di taman tepi tasik?
Aku percaya instinct aku. Ada sesuatu yang ayah rancangkan.
"Ayah nak pergi ma... "
"Suprise! "
Bibir tersenyum lebar. Tak sangka mereka akan buat kejutan hari lahirku. Air mata hampir menitis. Terharu.
"Semua orang ada dekat sini. "
Aku memeluk Karmila. Patutlah seharian tak nampak batang hidung. Buat kerja tepi rupanya.
"Mila dengan Hud ni... " Karmila hanya tersenyum. Tahulah aku maksud dia.
"Ayah setuju, " celah ayah.
"Happy birthday, sayang. "
Aku menoleh Bibir tersenyum lebar. Terus menerpa ke arahnya lalu aku memeluk Fattah erat.
"Thanks, abang. It's perfect. "
"Marahkan abang lagi tak? " soal Fattah.
Laju aku menggeleng. "Tak marah dah, "
"Eee... sweet lah tu? Nak muntah aku, "
Aku memandang Zita tajam. Dia sedang mendukung bayi kecilnya. Dah jadi mak pun mulut puaka.
"Ajar sikit isteri awak ni supaya mulut tak cabul. " sindirku.
"Betul tu. Asyik nak selar orang saja. "
"Eh, Lin! Kau pun ada? "
Lin tersenyum. Manis bertudung. Tangan sedang memeluk lengan seorang lelaki. Tapi, dia bukan Bunyamin.
"Suami aku, Ryu. "
"Ryu, "
"Fattah. "
Aku mencebik. "Tunang dengan orang lain, kahwin dengan orang lain. Pui, "
"Kau pun sama je. "
Lambat-lambat bibir menguntum senyum. Malas mahu masam muka lama-lama. Lebih baik aku isi perut.
Kerusi roda ayah ditolak. "Jom, makan! "
SAAT ini terasa indah. Semua orang yang aku sayang, ada di sini. Siapa sangka, hidup yang aku mahukan ringkas bertukar penuh dengan.... cabaran? Haha, atau boleh aku gelar dugaan.
"Kina... "
"Hmm... "
"Siapa tu? " soal Zita.
Dahiku berkerut. "Siapa siapa? "
"Tu... " Zita menjuih bibir ke satu arah.
Aku menoleh. Mati senyuman gembira di bibir. Berganti dengan raut wajah tegang. Depan mata aku.
Depan mata aku, wanita itu memeluk Fattah. Aku kenal dia siapa. Kenal walaupun sebelum ini hanya mendengar nama.
Engku Najihah.
Share this novel